KEBETULAN ATAU DISENGAJAKAN?




Perspektif dan persepsi saya mengenai media

KEBETULAN ATAU DISENGAJAKAN?

Gambar 1. Cuba lihat grafik di TV3 ini? Mungkin bagi sesetengah orang ia biasa tetapi berdasarkan pengalaman saya… grafik ini salah etika. Dari persepktif dan persepsi saya sebagai bekas pengamal media grafik ini kurang beretika (terpulang kpd pandangan masing2).

Sekali pandang siapa banduan siapa Perdana Menteri? Pandangan saya sepatutnya wajah Perdana Menteri itu yang bersaiz lebih besar dan wajah banduan itu kecil. Dari sudut berita ia baik di mana seorang Perdana Menteri yg dituduh tidak mahu membela bekas Perdana Menteri mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri atau dikenali ‘Bos ku’ kepada Perdana Menteri sekarang.




Gambar 2. Baru-baru ini saya menonton secara live di Astro program ‘Dialog Bipartisan’ di Astro Awani. Sekali pandang biasa-biasa sahaja tetapi dari perspektif dan persepsi saya seolah olah ada agenda tersembunyi?

Jemputan pada hari itu BN diwakili Datuk Arman, PN diwakili Datuk Mohd Rafiq, Dr Mohd Hafiz mewakili Pejuang dan Howard Lee mewakili PH.

Dari perspektif dan persepsi saya tertanya tanya mengapa wakil PH dijemput dari DAP? Adakah PH tidak mempunyai wakil Melayu seperti Yb Fahmi yg saya anggap lebih sesuai utk tujuan tersebut. Adakah utk menggambarkan kpd masyarakat PH itu adalah Cina DAP?

PH bernasib baik Howard Lee ini petah berbahasa Melayu dan boleh membaca ayat suci Al Quran. Jika bahasa Melayunya tunggang langgang mcm sesetengah pemimpin DAP yg kurang fasih tentulah persepsi masyarakat kpd PH sgt negatif.

Apapun mungkin ia secara kebetulan tanpa disengajakan. Cuma ia sekadar perspektif dan persepsi saya sahaja.