BUKTI ANWAR MASIH RELEVEN DI KALANGAN KAUM MELAYU


BUKTI ANWAR MASIH RELEVEN DI KALANGAN KAUM MELAYU 

Rapat Mega Keadilan membariskan semua pimpinan utama Keadilan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim berhimpun di Taman Melawati, Gombak malam kelmarin.  

Saya melihat kehadiran luar biasa terutamanya di kalangan anak-anak muda dan kaum Melayu yang begitu ramai memenuhi tapak bazar Ramadhan Taman Melawati malam itu.  Saya terbayang era reformasi di mana kaum melayu adalah pendokong kuat Anwar Ibrshim ketika itu, cuma bezanya kali ini kaum bukan melayu telah mula bangkit seawal 2008 lagi.  Kini, PH benar-benar menjadi parti yang berbilang kaum serasi dengan kemajmukan negara kita.  

Malam itu, tiada tokoh yang luar biasa tampil kecuali Altimet dengan lagu "Aduh Malaysia" yang menjadi viral kini.  Siti Aishah Shaik Ismail  yang diberi masa singkat untuk berucap malam itu ternyata memukau para hadirin.  Sudah lama kita tidak mendengar pidato dari bekas Ketua Srikandi Keadilan ini.  Menarik juga seorang lagi tokoh muda wanita yang sukar untuk kita lihat beliau berucap di pentas ceramah iaitu Muneerah Raiyan Abdul Rahim Ghous juga bekas Ketua Srikandi Keadilan tampil dengan gaya penyampaiannya yang tersendiri.  

Pimpinan lain seperti biasa yang tidak boleh dinafikan kehebatan masing-masing berpidato terutamanya Anwar Ibrahim yang menjadi penutup pidato malam itu.  Syabas kepada Ketua Penerangan, YB Fahmi Fadzil dan juga Pok Ya yang berperanan menggerakkan mobilisasi.  

Percayalah, kita menghadapi PRU15 bukan sahaja untuk mengambil alih kerajaan dari kerajaan bobrok sekarang agar diganti dengan kerajaan PH yang akan melaksanakan reformasi, tetapi kita ingin tampilkan Anwar Ibrahim sebagai PM kita selepas PRU15 nanti, InsyaAllah.  Tahniah semua.


WFAUZDIN NS