Kisahku dgn Malaysia Airlines menang dan kalah

 





NORMAN RAZDUAN


Pemberian kacang kpd influencer siapa yg bersalah?

Kisahku dgn Malaysia Airlines menang dan kalah

AKU MENGGODA DAN TERGODA

Malaysia Airlines adalah pilihan utama saya utk penerbangan domestik dari KK ke KL. Jika dahulu saya memilih Malindo tetapi sejak PKP penerbangan itu pupus dari rada KK-KL…jadi saya memilih MAS.

Mengapa bukan Air Asia? Bukankah tambangnya lebih murah dan pramugarinya seksiDescription: 😂 Seksi itu tidak dpt melupakan siksa duduk seat yg sempit dan kerap terkena delay flight yg kdg2 sehingga 3-4 jam tanpa rasa bersalah.

So MAS adalah yg terbaik walaupun harga sedikit mahal. Pertama jadual penerbangan selalu punctual… jika delay pun 5-10 minit sahaja. Kedua seat yg luas serta seatback screen dia yg membuat org seperti saya yg tidak boleh tidur dlm flight tidak merasa jemu menonton movie dari stress dlm kapal terbang.

Yg paling dinanti nantikan oleh saya ialah kacangnya selepas makan. Semua akn menyukai kacang famous MAS. Baru2 ini tular di laman sosial Twitter mengenai pramugari MAS berdepan risiko dikenakan tindakan tatatertib selepas didakwa memberi kacang kpd seorang influencer dlm jumlah yg banyak.

Baiklah saya cerita pengalaman baru2 ini dlm perjalanan pulang ke KK. Kebiasaan saya akn mengambil flight terakhir jam 10 mlm. Selalu kacang ini saya akn perolehi lebih dari satu seperti kebiasaannya.

Skill saya bila memasuki pesawat akn menggoda pramugari MAS dgn pujian… “ Wah nampak berseri, dah makan ke belum, apa khabar, how your day dan bla bla bla…” Di situ dia dah notis siapa kita. Selalunya dah habis makan bila pramugari yg saya tegur itu lalu saya akn minta kacang.

Minta tambah satu…selalu dua tiga dia beri (seperti di gambar). Dah berpuluh kali saya buat skill yg sama tak pernah gagal utk dpt extra. Jadi tak salah kita berikan senyuman atau berbaik dgn mereka sb mereka itu human bukan robot.

Tentang pemberian pramugari kpd influencer kacang yg begitu byk… saya rasa pramugari itu over excited. Jika saya majikan dia pun saya tidak bersetuju. Just beri extra 2-3 tu ok la… kesian MAS tak pernah untung.

Ok apa yg saya kalah… on the way ke Gate terminal KLIA saya disapa oleh seorang gadis …” Versace Eros…”. Saya terus berhenti sambil beri senyuman. Tanya saya, “ Mana tahu…”… jawab gadis tersebut , “ Saya kan penjual perfume.

Dia adalah org ketiga menegur perfume ini. Tapi digodanya lagi…” Bang (panggilan ini pun dah buat Abg Jamil rebah) Versace Eros ini memang perempuan suka tapi jika abg beli Bleu Chanel buat wanita mcm nak pinang abang..”.

Fuh dia punya ayat tak boleh bincang…Ustaz pun boleh tercabut serban. Dia sembur di tangan saya, dia pula yg asyik dgn bau tu…” Fuh bang dia punya bau saya mcm nak ikut abang terbang.”

Last2 kerana dah tergoda dgn ayat2 marketing dia ini di saat akhir nak naik kapal terbang ‘lebuh’ Rm380 hanya utk 50 ml botol. Bukan nak beli sgt tapi kerana ‘macho’ la konon.

Apapun adik jika abang buka bisnes di KL awk abang perlukan utk buat marketing. Masakan mungkin org beriman mcm Abg Jamil boleh spend my money begitu di saat 200 meter ingin menaiki kapal terbang. Abg Jamil bukan bisnes makan komisen juta2.

Sampai KK sembur kiri kanan… panggil staff mereka suka yg mana… 17 kata Bleu Chanel dan 9 kata Versace Eros… betul la adik tu. Hilang sikit rasa menyesal tergoda tuDescription: 😀