ADA NIAT DALAM DIIRI ???

 



Tak ada sesiapa cakap soal dendam, tiba-tiba dia bangkitkan. Maknanya itu memang ada dalam hati dia. Lagipun BN kenakan orang tanpa perlu dendam pun. DS Anwar dan Rafizi adalah antara contoh mangsa BN. Boleh ke nak percaya cakap dia?

Selain soal dendam, berita ini menyebut tentang Pelan Tindakan Masyarakat India 2.0 juga. Zahid kata kalau BN berkuasa dia nak buat pelan begitu. Boleh baca beritanya di https://bit.ly/3L9SVcj.

Katanya dulu Najib ada buat pelan begitu dan beri peruntukan RM100 juta. Kalau dia nanti nak buat dengan peruntukan RM500 juta pula. Bunyi macam dia pula nak jadi PM. Kata Isnail calon PM BN. Kan?

Katanya lagi, sekarang dah tak ada pelan tersebut. Tapi kenapa tak ada? Kenapa tak buat sekarang? Yang memerintah sekarang pun BN juga. Isnail tu Naib Presiden UMNO kan? Takkan tak boleh buat?

Dia cakap seolah-olah sekarang dia pembangkang. Mabuk ke? Rakyat jangan terpedaya lagi dengan janji sebegini sebab kalau dia nak buat, dia dah buat sekarang. Kenapa nak tunggu lepas PRU15?

Lagi satu, memang boleh buat pelan. Dan memang boleh beri peruntukan. Jangankan RM500 juta, nak beri RM50 bilion pun boleh. Soalnya, betulkah duit itu nanti akan sampai kepada masyarakat India?

Takutnya nanti, peruntukan licin, tapi hasilnya tiada. Masyarakat India terus ketinggalan. 61 tahun BN memerintah. Dalam tempoh selama itu, kalau BN tak cekik duit, bukan setakat masyarakat India, semua kaum dah lama hidup sejahtera. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: