Nurul Izzah bongkar ada 30 polis cawangan khas di London

Nurul Izzah bongkar ada 30 polis cawangan khas di London

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Kerajaan BN menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.
IzzahPCAhli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.
“Bukankah lebih baik sekiranya anggota-anggota cawangan khas tersebut digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan di Malaysia,” kata Nurul Izzah, dipetik The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.
Katanya, beliau mendapat tahu tentang saiz kontinjen di London itu selepas meneliti laporan Rancangan Malaysia ke-10, laporan bajet tahunan dan jawapan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri di dalam Dewan Rakyat.
Nurul Izzah berkata, kontijen London itu merupakan satu lagi contoh pentadbiran Barisan Nasional gagal menggunakan sumber manusia pasukan keselamatan secara efektif bagi menangani jenayah.
Ini kerana, katanya, tugas utama polis yang ditempatkan dalam cawangan khas adalah untuk melakukan intipan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat.
“Pada 1954, untuk memerangi Komunis, kita ada 459 polis cawangan khas. Sekarang kita ada 8,200 anggota cawangan khas. Maksudnya kita ada lebih ramai polis cawangan khas sekarang berbanding zaman darurat.
“Jumlah anggota cawagan khas juga bertambah semasa Najib jadi Perdana Menteri. Pada 2008 kita mempunyai 5,000 anggota cawangan khas. Jumlah itu bertambah sebanyak 3,000 semasa pentadbiran Najib,” kata Nurul Izzah.
Beliau berkata, kes jenayah yang bertambah dapat diselesaikan sekiranya anggota cawangan khas ditukarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID).
Katanya, tahun lalu, cawangan khas menghasilkan 830,000 laporan intipan dan kebanyakannya tentang ahli politik Pakatan, berbanding dengan CID yang menyelesaikan 60,000 kes jenayah.
“Mengapa mereka tidak boleh diletakkan ke dalam CID supaya kita boleh meningkatkan kadar siasatan jenayah,” kata Nurul Izzah.

Anwar dakwa BERNAS hanya untungkan taikun Melayu


GURU KEMPEN HAPUSKAN PBS DAN SPPBS YANG MENEKAN

 

 Gendang perang.

30 ribu guru berkempen bantah PBS dan SPPBS

Ekoran kegagalan kerajaan meringankan beban kerja perkeranian guru sekolah rendah, ada kalangan warga pendidik mewujudkan laman Facebook menuntut supaya Kementerian Pendidikan untuk membuat penambahbaikan atau menghapuskan bebanan mereka.

Aduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka.


Bagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut.

Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.


Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka.
- berita oleh mk / gambar oleh admin sendiri

BERITA PALSU TIDAK MELEGAKAN KAKITANGAN AWAM MENGENAI KENAIKAN GAJI

Senarai Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam : Elaun Perumahan, Sara Hidup (COLA) & Elaun Baru SBM?

elaun 2014 naik
Berita Semasa paling awal bersama pembaca berkongsi maklumat dan intipati Bajet 2014 sebelum pembentangan Bajet 2014 berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi termasuk butiran pemberian bonus setengah bulan gaji (KLIK DI SINI) & nilai agihan BR1M RM650 (SEPERTI DI SINI). Tetapi….
Tetapi…..sekarang ini dilihat ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan informasi terbaru dan memberikan harapan tinggi yang mana Berita Semasa baca seimbas sangat tidak munasaba.
Berita Semasa turut menerima mesej pada aplikasi Whatapps yang mengandungi khabar angin seperti di bawah ini yang mana kami pasti ramai lagi turut menerima mesej seperti di bawah ini. Ramai rakan pembaca Berita Semasa menghantar email kepada kami untuk mendapatkan kesahihan maklumat yang tersebar luas dan menjadi viral ketika ini :
Butiran mesej adalah seperti di bawah ini :

Mesej Whatapp Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?

Senarai kenaikan elaun naik 2014 seperti Elaun Perumahan, elaun Sara Hidup (COLA) & Elaun Baru SBM (Subsidi Bahan Mentah), elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM?
Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012
Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.
Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.
Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.
Sumber Penyebaran Mesej Whatapp Rakyat Malaysia
Jikalau dikira balik nilai kenaikan elaun naik 2014 penjawat awam yang dihebahkan ini, umpama bonus setiap bulan. Sangat tidak munasabah melihatkan kepada penarikan demi penarikan nikmat subsidi yang dinikmati rakyat sebelum ini.

Respon Ketua Pengarah JPA Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?

Ketua Pengarah JPA pun telah tampil menjawab persoalan ini di Facebook
kenaikan elaun 2014
Semoga berita ini sedikit sebanyak meredakan persoalan kalangan penjawat awam mengenai penyebaran berita palsu kononnya berlakunya kenaikan elaun naik 2014 kakitangan awam. Apa kata anda?

RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan

RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan

OLEH MD IZWAN

November 13, 2013
Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (gambar), berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.
"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

(function() { var d = document, w = window; w

KITA SEMAKIN MUNDUR KE BELAKANG

  NORMAN RADZUAN 'Dasar Apartheid' dan Kasta di Malaysia KITA SEMAKIN MUNDUR KE BELAKANG Org Melayu cuba berkata soal profesional ta...