ISLAM LARANG ISYTIHAR HARTA?

"WAJIB JATUHKAN KERAJAAN PH"- CABARAN ULAMAK PAS DISAHUT BAHKAN RAMAI YANG BERMINAT


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

ANALISIS TV-ALHIJRAH :

DIALOG ‘FATWA WAJIB’ KINI TERBENTANG LUAS

Saya tertarik dengan kesudian YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh selaku Ketua Dewan Ulama PAS yang baharu untuk berdialog dengan sesiapa sahaja tentang isu kenyataan beliau “Wajib menjatuhkan Pakatan Harapan dalam PRU 15”. Namun beliau meletakkan syarat agar siaran secara langsung diadakan.

Rentetan daripada itu, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dengan ini membuka ruang kepada beliau untuk berdialog di dalam slot rancangan Analisis TV Hijrah pada minggu ini - secara langsung.

Saya mengambil maklum bahawa Ustaz Wan Ji Wan Husin (KEADILAN) dan Ustaz Abu Hafiz Salahudin (BERSATU) telah menyatakan kesediaan untuk berdialog secara bersemuka dengan beliau.

Saya juga dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi telah menyatakan persetujuan namun meletakkan ‘syarat tambahan’ agar ‘regu dialognya’ nanti adalah setaraf (keilmuan agamanya, mungkin – ini memandangkan pandangan “Wajib” yang beliau telah keluarkan sebelum ini atas kapasiti beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia) dan wakil dari Pakatan Harapan (PH) yang boleh membuahkan hasil untuk rakyat dan dasar negara.

Oleh yang demikian, suka saya maklumkan di sini bahawa bagi mewakili PH, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz selaku Pengarah Syariah Nasional Parti Amanah Negara yang jawatannya setara jika dibandingkan dari sudut hierarki parti dengan Ketua Dewan Ulama akan menjadi regu kepada YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi di dalam dialog itu nanti. 
Ustaz Zolkharnain juga di dalam agensi di bawah Pejabat Menteri Agama adalah Timbalan Yang Di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai akses di dalam kerajaan pada hari ini. Maka dengan itu, kesemua syarat dan ‘syarat tambahan’ yang dipanjangkan telahpun dipenuhi.

Gelanggang telah kami buka, suburkan budaya berhujah menerusi ruang dialog demi kepentingan ummah.
Sekian, harap maklum.

Abang Ahmad Kerdee
Setiausaha Politik kepada
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
1 Julai 2019


AMANAH JGN LEPASKAN ANJING TERSEPIT

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Imbass kembaliii penghinaannn Jeminn kepadaa Amanahh terutamaa di Selangorrr...
Bagaimanaa Pak Abu yangg merupakann ADUN dalamm parlimenn dia sendirii diaibkannsebegituu rupaaa dahulu...
Masa nii Jeminn pelahapp kasihh sayangg PAS di Selangorr...
Orangg macamm ni nakkk bercitaa2 jadii PM???
Allah Maha Adil...





OLEH : TULANG BESI

Semalam ntah apa mimpi Azmin ntah dia datang ke Majlis Rumah Terbuka Amanah di Setapak.
Bukan main baik dan halus lenggang lenggok Azmin Ali di hadapan Abang MAt Sabu semalam.
Seolah2 Azmin ingat Amanah dah lupa apa yg dia buat pada Amanah sebelum PRU2018.
Bagaimana Azmin mengiktiraf PAS dlm kerajaan Selangor dan membelakangkan wakil2 Amanah sbg Ahli Majlis, Ketua Kampung dan JKKK seluruh Selangor.
Dia mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor dan dalam Exco dan membuang dua wakil Amanah dalam DUN Selangor dari menganggotai Jemaah Exco.
Itu satu penghinaan yg amat besar bagi Amanah.
BAgaimana Azmin merampas kerusi Gombak Setia, Lembah Jaya, Paya Jaras, Dusun Tua, Selat Klang, Sijangkang dsbnya. Tujuan dirampas supaya dapat ditawarkan kpd PAS dgn harapan berlaku one-to-one melalui political-pact.
Bagaimana Azmin dan kuncu2 nya istiqamah meminta hubungan dgn Amanah dikerat krn lebih untung bekerjasama dgn PAS, kononnya. Berhujjah dgn kajian2 sonsang dari Merdeka Center dan IDE mrk mahukan PKR putus hubungan dgn Amanah utk menjaga hati PAS.
Hanya Rafizi dan Anwar dan kumpulan mrk yg mempertahankan Amanah dari dibuang dalam tong sampah.
Berjela2 perkara buruk yg dilakukan Azmin Ali dan kuncu2nya dlm sabotaj mereka kpd Amanah sebelum PRU yg lepas.
NAmun, skrg ni bila Azmin Ali tgh tersepit, adakah Amanah akan melupakan track record Azmin Ali dan membantu melepaskan beliau dari kesempitan beliau?
Bagi Amanah, membantu Azmin Ali adalah umpama melepaskan anjing tersepit.
Apabila Azmin dapat melepaskan diri nya kelak, dia akan menggigit Amanah semula. Percayalah.
Rekodnya kpd Amanah hanya rekod buruk dan tidak harus dilupakan oleh Amanah dgn mudah. Tiada rekod baik Azmin Ali kpd Amanah sama sekali. Hanya rekod buruk dan menyedihkan.
Sepatutnya pemimpin2 Amanah harus berasa hairan mengapa Haji Hadi Awang dan PAS bermatian2 mempertahankan Azmin Ali dlm kes video homoseks terbaru ini padahal dahulu PAS menolak Anwar sbg calon PM 2013 hanya kerana video "China Doll" yg hitam putih kabur dan tidak berwarna.
TULANG BESI




BETUL, BUKAN ANWAR YANG KEMARUK TAPI PIHAK YANG MENOLAKNYA ITULAH YANG KEMARUK


Anwar Ibrahim semalam mengatakan beliau tidaklah begitu kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri seperti yang dituduh oleh beberapa pihak terhadapnya.
Katanya, perkara itu bukan suatu perkara yang perlu dimasalahkan kerana kedudukan beliau sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad adalah suatu perkara yang sudah ditetapkan oleh PH.
Sebagai makluman, ketetapan untuk menjadikan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir telah dimuktamadkan secara konsensus dalam Kongres Pakatan Harapan yang diadakan pada 7 Januari 2018 iaitu kira-kira empat bulan sebelum PRU14 diadakan.
Hakikatnya, oleh sebab sudah ada persetujuan mengenai kedudukan beliau itu, ia jelas menunjukkan Anwar tidak kemaruk hendak jadi PM, biar pun beliau kerap bercakap mengenainya.
Jadi, apa masalahnya?
Masalahnya ialah media selalu bertanya kepada beliau mengenai perkara itu dan jawapan Anwar hanyalah semata-mata sebagai respon kepada soalan yang ditanyakan kepadanya.
Sebagai pemimpin yang mesra media, Anwar memang perlu menjawab apa juga pertanyaan berkaitan peralihan kuasa itu.
Kenapa pula media suka bertanya kepada Anwar?
Media suka bertanya kerana pendirian Tun Mahathir tidak pernah konsisten dan selalu berubah-ubah berhubung penyerahan jawatan kepada Anwar itu.
Mula-mula Tun Mahathir sendiri mengatakan beliau memerlukan tempoh dua tahun sebagai Perdana Menteri bagi memulihkan ekonomi, membetulkan semula keadaan dan memulihkan negara ini setelah berjaya PH berjaya menumbangkan BN.
Kata-kata itu diucapkan sendiri oleh Tun Mahathir sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tetapi, tidak lama selepas menduduki kerusi empuk Perdana Menteri, nada Tun Mahathir mula berubah dengan mengatakan tempohnya sebagai Perdana Menteri, “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin juga kurang”.
Beberapa ketika kemudian pula, Tun Mahathir pernah berkata, “kalau Anwar beri izin dapatlah saya jadi Perdana Menteri selama dua tahun setengah.”
Baru-baru ini, Tun Mahathir menyebut beliau memerlukan tempoh tiga tahun bagi menyelesailan pelbagai masalah dalam negara ini.
Mengapakah Tun Mahathir selalu berubah-ubah cakap?
Kenapa tidak konsisten dengan pendirian asal mahu memegang jawatan selama dua tahun saja?
Bersama dengan berubah-ubah dan tidak konsistennya pendirian Tun Mahathir itu, muncul pula golongan “hantu raya” yang kerjanya saban hari meratib agar Anwar ditolak sebagai Perdana Menteri ke-8.
Mereka bukan saja tidak segan-segan menamakan pemimpin lain sebagai Perdana Menteri ke-8, malahan sanggup meminta Tun Mahathir berkhidmat sehingga ke hujung penggal iaitu tahun 2023 akan datang.
Sedarkah mereka berapa usia Tun Mahathir pada tahun 2023 nanti dan apakah keupayaannya ketika itu?
Sehingga sekarang ini pun , meski diketahui umum bahawa sudah ada persetujuan dan ketetapan oleh parti-parti dalam PH berhubung kedudukan pengganti Perdana Menteri itu, masih tidak henti-henti munculnya suara-suara “hantu raya” yang mahu calon lain dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8 dan bukannya Anwar.
Sehingga yang tidak tahu hujung pangkal dan baru masuk Bersatu pun sanggup menjadi “hantu raya” dengan berkata, tiada perjanjian hitam putih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Jadi siapa yang kemaruk sebenarnya?
Anwar yang sudah ada perjanjian, ketetapan dan dipersetujui sebagai Perdana Menteri seterusnya atau mereka yang tidak henti-henti mahu menolaknya itu sebetulnya yang jauh lebih kemaruk lagi? (Shahbudindotcom 01/07/2019)

Adakah Zahid kembali semata-mata demi ‘Bossku’?

Dalam gaya penuh dramatik, Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengumumkan kembali menerajui UMNO selaku presiden setelah bercuti selama enam bulan. 
Adakah beliau akan mengalas semula tugas Ketua Pembangkang Parlimen atau mengakui bahawa Presiden UMNO tidak semestinya perlu menjadi pemimpin UMNO di Parlimen?

Tiga perkara yang perlu diberi perhatian tentang berita kembalinya Zahid daripada bercuti, seperti berikut:

  • Pertama, Zahid kembali mengemudi UMNO beberapa hari selepas beliau dikenakan tuduhan rasuah yang baharu, sekaligus menempa nama dalam sejarah perundangan Malaysia apabila dikenakan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah;
  • Kedua, penentangan pemimpin UMNO terhadap keputusan Zahid untuk menamatkan cutinya, seperti yang ditunjukkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilapor berkata bahawa Zahid perlu terlebih dahulu meminta pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum kembali menjalankan tugas presiden; dan 
  • Ketiga, campur tangan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menolak suara-suara penentangan dan membuka jalan seluas-luasnya untuk Zahid kembali menjadi Presiden, malah bertegas bahawa Zahid tidak memerlukan keizinan MT UMNO untuk kembali menerajui UMNO kerana segala keputusan tertaluk secara mutlak kepada kehendak Zahid. 
Adalah menarik untuk kita singkap semula peristiwa yang menyebabkan Zahid mengambil cuti sebagai Presiden UMNO pada enam bulan lalu. 

Zahid merujuk syarat-syarat “hukuman” yang dikenakan terhadap UMNO dan penghinaan yang terpaksa dilaluinya dalam beberapa mesyuarat yang beliau hadiri.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menempa nama dalam sejarah perundangan Malaysia apabila dikenakan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah. – Foto oleh Hasful Zainuddin.
Katanya: “Bukan penolakan secara literal tetapi penolakan untuk penghinaan dan juga suatu tindakan untuk seolah UMNO ini berada di dalam najis mughallazah. Najis ini paling berat sekali, seolah seperti najis binatang-binatang haram,” katanya.

“Ada dua permintaan. Pertama UMNO mesti dibubarkan, ahli-ahli UMNO mesti melompat ke sebuah parti baru. 

“Ertinya sejarah UMNO selama tujuh dekad itu mahu dipadamkan dan oleh kerana kononnya semua rakyat benci kepada UMNO. ‘UMNO rasuah, perompak, penyamun’.”

Akibatnya, beliau terpaksa membayar harga yang mahal kerana bertegas UMNO tidak boleh dibubarkan.

Adakah Zahid kini sudah sedar bahawa segala penghinaan yang diterima itu sebenarnya disebabkan oleh kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri, apabila mereka menggagalkan UMNO dan Malaysia serta bersengkongkol dengan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB dan skandal rasuah lain membabitkan Tabung Haji, Felda, Felcra dan MARA, yang mana membawa malu dan keaiban kepada Malaysia kerana digelar di seluruh dunia sebagai kleptokrasi global?

Adakah Zahid kini memimpin UMNO untuk menunjukkan bahawa pemimpin UMNO sudah menyesal dan bertaubat di atas tindakan keji, malah khianat yang mereka lakukan terhadap negara!

Atau beliau hanya kembali untuk memastikan UMNO kekal sebagai perkakas “Bossku” dan memainkan peranan sebagai proksi “Bossku”, lebih-lebih lagi setelah “Bossku” kini dapat menghidu yang beliau mungkin semakin hilang kawalan ke atas UMNO

Dalam beberapa jam akan datang, rakyat Malaysia akan mengetahui sama ada Zahid akan kembali menjadi Pemimpin Pembangkang Parlimen dan konfigurasi pembangkang baharu di Parlimen! 


PENGANJURKAH CUAI ATAU KEMENTERIAN PENDIDIKAN? DIMANA KREADIBILITI KPM ?

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri


KAH..KAH..KAH....KEMENTERIAN PENDIDIKAN KENA SABOTAJ ?


Penganjur pertandingan tarian di Perak memohon maaf berikutan dakwaan beberapa peserta yang berpakaian tidak sepatutnya pada satu acara Sabtu lalu.Program ini yang telah dilaksanakan sejak 7 tahun lepas oleh kerajaan Umno/Bn tidak pun menjadi kecoh. Sebab itulah , dikatakan program ini disabotaj gamaknya ? kah..kah..kah ianya diadakan kali ke 7 pada tahun 2017. Makna kata, memang dah lama la benda ni berjalan. Bukanlah baru dibawah kerajaan PH.

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri




Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman


Penganjur Perak Muda Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019, JJ & Alice Danceworld, memohon maaf kerana tidak mematuhi kod pakaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda).

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Bagaimanapun, penganjur mendakwa bahawa peserta tidak tahu mengenai syarat pakaian, memandangkan mereka tidak dimaklumkan mengenanya.
“Atas sebab yang tidak dapat dijangka, kami sebagai penganjur, gagal untuk memaklumkan kepada para peserta mengenai kod pemakaian.Demikianlah alasan yang diberikan oleh pihak penganjur.
Pertandingan yang menjadi bahan lelucon di media sosial dan mempersalahkan kerajaan PH itu sebenarnya menggunakan lambang KPM dibanner yang mempromosikan tarian tersebut.
Soalnya, siapakah dari Kementerian Pendidikan yang  bertanggungjawab dalam menjaga dan mengendalikan acara ini? masih nak salahkan penganjur? atau memang kena sabotaj atau memang kelemahan. Sebelum itu timbalan menteri dari kementerian yang sama menimbulkan persepsi berkaitan dengan penilaian subjek agama bagi sekolah rendah untuk dinilai oleh semua kaum.
Adakah tugas menteri memantau? Tentu sekali tidak ? Jadi unit atau bahagian manakah yang memantau melalui Kementerian Pendidikan?
Jawapannnya mudah...selagi membiarkan adanya cap Umno Bn di Kementerian, selagi itulah perkara ini akan berulang. Jangan salahkan orang lain atau rakyat jika teguran dan lecehan yang diviralkan ini menjadikan pengendali KPM dilihat lemah.

Sementara itu, penganjur juga memohon maaf atas penggunaan logo Kementerian Pendidikan sebagai latar belakang acara tanpa mendapat nasihat terlebih dahulu dengan kementerian itu.






(function() { var d = document, w = window; w

TIDAK RASA BERDOSAKAH MEMFITNAH?

“Oleh itu, saya telah mengarahkan Peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang di mana satu Notis Tuntutan telah diserahkan kepada Raz...