"WAJIB JATUHKAN KERAJAAN PH"- CABARAN ULAMAK PAS DISAHUT BAHKAN RAMAI YANG BERMINAT


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

ANALISIS TV-ALHIJRAH :

DIALOG ‘FATWA WAJIB’ KINI TERBENTANG LUAS

Saya tertarik dengan kesudian YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh selaku Ketua Dewan Ulama PAS yang baharu untuk berdialog dengan sesiapa sahaja tentang isu kenyataan beliau “Wajib menjatuhkan Pakatan Harapan dalam PRU 15”. Namun beliau meletakkan syarat agar siaran secara langsung diadakan.

Rentetan daripada itu, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dengan ini membuka ruang kepada beliau untuk berdialog di dalam slot rancangan Analisis TV Hijrah pada minggu ini - secara langsung.

Saya mengambil maklum bahawa Ustaz Wan Ji Wan Husin (KEADILAN) dan Ustaz Abu Hafiz Salahudin (BERSATU) telah menyatakan kesediaan untuk berdialog secara bersemuka dengan beliau.

Saya juga dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi telah menyatakan persetujuan namun meletakkan ‘syarat tambahan’ agar ‘regu dialognya’ nanti adalah setaraf (keilmuan agamanya, mungkin – ini memandangkan pandangan “Wajib” yang beliau telah keluarkan sebelum ini atas kapasiti beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia) dan wakil dari Pakatan Harapan (PH) yang boleh membuahkan hasil untuk rakyat dan dasar negara.

Oleh yang demikian, suka saya maklumkan di sini bahawa bagi mewakili PH, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz selaku Pengarah Syariah Nasional Parti Amanah Negara yang jawatannya setara jika dibandingkan dari sudut hierarki parti dengan Ketua Dewan Ulama akan menjadi regu kepada YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi di dalam dialog itu nanti. 
Ustaz Zolkharnain juga di dalam agensi di bawah Pejabat Menteri Agama adalah Timbalan Yang Di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai akses di dalam kerajaan pada hari ini. Maka dengan itu, kesemua syarat dan ‘syarat tambahan’ yang dipanjangkan telahpun dipenuhi.

Gelanggang telah kami buka, suburkan budaya berhujah menerusi ruang dialog demi kepentingan ummah.
Sekian, harap maklum.

Abang Ahmad Kerdee
Setiausaha Politik kepada
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
1 Julai 2019


No comments: