Bahagian 2: PENGANGGURAN DAN MODAL INSAN MALAYSIA

Bahagian 2: PENGANGGURAN DAN MODAL INSAN MALAYSIA


Modal insan gagal dipupuk oleh kerajaan di kalangan majikan


Situasi di dalam sektor sumber manusia hari ini juga sedikit sebanyak tidak mempunyai ruang yang cukup untuk maju dalam kerjaya. Inilah kelemahan dasar modal insan atau ’human capital’ negara ini yang menyaksikan Malaysia telah jatuh ke belakang di dalam amalan modal insan di dalam organisasinya tidak kira awam ataupun swasta. Buktinya baru beberapa hari lalu, Kuala Lumpur dilaporkan jatuh ke tangga 48 dari tangga 40 di antara 65 bandaraya besar dunia yang dilaporkan oleh sebuah firma perunding pengurusan terkenal dunia, AT Kearney. Firma berkenaan berasa ragu-ragu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk menjadikan ibu kota Malaysia ini sebagai kota berkelas dunia dengan kelemahan yang ada.


Antara penyebab utama yang menurunkan Malaysia kali ini ialah kelemahan di dalam rancangan dan pelaksanaan program modal insan (human capital planning). Malaysia ditegur kerana masih menekankan kepada pembangunan fizikal semata-mata apabila Pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang digarapkan oleh Najib masih gagal menitikberatkan isu pekerja dan modal insan. Pada hari ini, Malaysia sudah benar-benar berada dalam keadaan kaget apabila para pekerja masih dianggap sebagai mesin atau alatan untuk sesebuah organisasi untuk tujuan membuat untung semata-mata dan bukannya sebagai aset agar bakat pekerja dapat diasuh, diberikan peluang latihan pembangunan diri, peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya yang berpanduan dan memperolehi sistem penilaian prestasi kerja yang telus melalui KPI dan kompetensi.


Disebabkan keadaan ini, para majikan tidak berasa hairan sekiranya pekerjanya meninggalkan syarikat kerana mereka tidak rasainya sebagai satu kehilangan besar. Untuk itu mereka menumpukan Bahagian Sumber Manusia semata-mata untuk pengambilan pekerja sedangkan di negara-negara maju, kehilangan atau turnover staf adalah satu kerugian besar organisasi dan bahagian sumber manusia mereka lebih menumpukan usaha kepada modal insan terutamanya dalam merangka latihan industri, program menggalakkan pembangunan bakat (talent)dan peluang kenaikan dalam kerjaya yang menjuruskan kepada pengekalan staf di dalam syarikat. Bahagian sumber manusia mereka juga tidak lagi membuat banyak kerja-kerja sumber manusia yang dianggap ortodoks seperti pengambilan pekerja semata-mata sebagai fungsi utama mereka tetapi lebih menumpukan kepada aspek pembangunan organisasi.


Di kalangan syarikat dan firma di Malaysia, hanya yang dilihat sebagai kehilangan besar pada staf mereka yang membawa masuk wang yang banyak ke dalam syarikat sekiranya meninggalkan syarikat mereka terutamanya di sektor perbankan dan kewangan terutamanya pekerjaan berkaitan dengan pemasaran. Ini adalah kerana bentuk budaya kerja yang masih wujud di Malaysia yang hanya mementingkan wang masuk semata-mata yang mana keadaan ini pernah wujud di Amerika Syarikat lebih kurang 30 tahun yang lalu.


Apabila masa kini terus berlalu, keadaan di Amerika Syarikat dan negara-negara maju bukan sahaja mencapai negara berpendapatan tinggi, tetapi juga beralih dari mementingkan keuntungan total kepada melahirkan bakat-bakat yang terbaik di dalam industri dengan melaksanakan sistem modal insan yang menekankan kepada aset kemanusiaan untuk masa depan syarikat yang lebih bertahan lama dalam dunia persaingan. Jika kita masih pada tahap yang sama ini sehingga tahun 2020, maka Wawasan 2020 akan hanyalah satu khabar yang indah dari rupa.


Majikan masih mempunyai kuasa penentu mutlak skim gaji dan manfaat pekerja


Di Malaysia, bukan sahaja peluang pekerjaan yang semakin kurang untuk golongan yang berijazah tetapi sikap majikan yang kini mampu berkuasa mengawal dan menentukan gaji pekerja. Ini kerana mereka tidak bimbang untuk tidak mendapat pekerja baru sekiranya pekerjanya berhenti. Bagi mereka, berduyun-duyun mahasiswa yang ada di luar untuk mendapatkan pekerjaan itu walaupun dengan gaji yang rendah. Ada syarikat yang sanggup menyediakan program persaraan secara sukarela atau lebih dikenali sebagai VSS dan ada juga secara paksa atau MSS untuk menyingkirkan golongan pekerja lama yang memperolehi gaji yang tinggi. Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka mencari pekerja muda yang boleh ditawarkan dengan gaji yang rendah.


Maka dengan itu peluang pekerja lama untuk maju ke hadapan dalam kerjaya dan mempertingkatkan kualiti hidup mereka semakin berkurangan. Selain dari kemampuan majikan menentukan gaji pekerja baru yang hanya mahu memerah habis keringat yang sebolehnya ke atas pekerja mereka dengan gaji dan manfaat pekerjaan yang rendah, inilah yang boleh ditakrifkan sebagai kegagalan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di dalam memperkasakan sistem modal insan di kalangan majikan kita. KSM perlu menyedarkan majikan-majikan di Malaysia bahawa syarat mencapai negara k-ekonomi menjelang 2020, mereka perlulah mula menganggap setiap individu yang bekerja dengan mereka adalah aset yang perlu digilap dan dijagai.


Malaysia menguar-guarkan keyakinannya di dalam media dan di meja-meja perbincangan di dalam dan luar negara bahawa kita mampu mencapai negara maju menjelang 2020. Bagi pendapat saya, Malaysia yang bakal memasuki dekad yang baru tidak lama lagi, sebenarnya amat sukar sekali untuk mencapainya. Petanda-petanda dan penanda aras ekonomi yang ada memang menunjukkan negara akan terus berkembang makro ekonominya tetapi akan sampai satu masanya akan menurun kerana golongan pekerja semakin penat bekerja, revolusi buruh akan mengambil tempat akibat mereka sedar kerajaan menyokong majikan dan produktiviti yang berkurangan beserta dengan masalah kualiti. Ini seterusnya lambat-laun akan membantutkan pembangunan ekonomi yang berterusan untuk mencapai agenda transformasi ekonomi nasional.


Bukan itu sahaja, masalah ini akan menjadi faktor penolak kepada pelabur luar negara untuk memindahkan pelaburan mereka dari negara ini dan kini perkara ini memang sudah pun mula berlaku. Maka, masalah-masalah dalaman pekerja, perkara-perkara berkaitan modal insan, pendidikan, perkongsian ilmu antara institusi akademik dan swasta perlu diberikan perhatian segera sekiranya kita masih kepinginkan status negara maju dalam masa terdekat ini.


Namun begitu, tahun 2020 yang hanya 10 tahun dari sekarang, bagi mencapainya adalah satu perkara yang mustahil buat masa sekarang. Faktor yang menyumbang kepada kemungkinan kecil bagi mencapainya adalah kerana pemimpin negara utama negara yang lebih gemar berpolitik daripada melakukan kerja yang diamanahkan rakyat untuk pembangunan negara. Mereka lebih nampak sibuk melakukan apa sahaja menerusi agenda politik untuk memastikan mereka terus berkuasa dan terus lupa bahawa mereka menerima gaji daripada rakyat pada hari ini untuk mentadbirurus negara ini supaya menjadi lebih baik.


Ingatlah! Masa tidak menunggu kita dan balaslah balik amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Tidak kira siapalah yang bakal membentuk kerajaan di masa depan, BN atau Pakatan Rakyat tetapi kepentingan negara ini adalah jauh melampaui batas politik masing-masing. Menyempurnakan amanah adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam dan ia juga dititikberatkan di dalam ajaran agama-agama yang lain.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

ELERT: BUAT PAKATAN RAKYAT...

TPM dah mula cakap soal calon pilihanraya Bn.Maknanya dalam kepala otak mereka, sudah ada pelan pilihanraya mengejut dalam masa 6 bulan ini. Jika masih lagi tidak menyelesaikan masaalah dalaman dan masih lagi mementingkan kedudukan..natijahnya semua tahu. PAS sudah bersedia dengan media, dan juga berbagai seminar mengenai pilihanraya. DAP dalam diam telah selesai proses dalaman parti dan mempunyai cara tersendiri menawan hati masyarakat tionghua....hanya satu..PKR masih belum bersedia ..baik jentera, baik media.....kerana apa??kerana nak promosi free dan tak pandai dekat dengan wartawan..bukan itu sahaja...orang nak tolong pun masih tak mahu.....mungkin dah cukup promosi gamaknya..





petikan malaysiakini


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN mempunyai kata pemutus dalam proses pemilihan calon pada pilihan raya umum akan datang, kata timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

gerakan gdc agm 071110 muhyiddinKatanya, BN akan terus mengamalkan konsep pemuafakatan dan tidak bercadang membuat perubahan besar dalam soal memilih calon.

Justeru, menurut Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, perkara itu bukan sesuatu yang penting untuk dibincangkan pada Konvensyen BN pada 28 November ini.

"Saya tidak fikir itu satu mauduk yang sangat penting untuk dibincangkan di situ (Konvensyen BN) kerana kita sudah wujud satu mekanisme dan tradisi yang masih baik.

Konsep musyawarah

"Saya tidak lihat (perlu) satu perubahan besar dalam soal memilih calon. Yang pentingnya, mesti ada konsep musyawarah sebelum kita capai kata putus yang biasanya dibuat oleh Pengerusi BN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mengenai pembangunan modal insan di Putrajaya hari ini.

NONEMenurutnya, meskipun Najib mempunyai kata pemutus dalam proses pemilihan calon, rundingan dan perbincangan sentiasa diadakan dengan pemimpin parti-parti komponen BN.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai cadangan pindaan perlembagaan BN bagi membolehkan perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dan perkara itu adalah antara isu yang dikatakan akan dibincangkan pada Konvensyen BN.

"Kita hormat kepada apa sahaja pandangan tetapi apa yang penting, kita mesti letak calon yang layak, boleh diterima rakyat, boleh bekerja dan mendapat sokongan sehingga berjaya dan menang," katanya.

NONEBeliau berkata perkara itu akan menjadi asas dan pertimbangan kepada BN dalam meletakkan calonnya dan berpendapat tidak perlu ada perubahan yang drastik daripada segi hendak menilai mana-mana calon.

"Jadi itu asas-asas dan pastinya untuk pilihan raya akan datang pun asas pertimbangan yang sama digunakan. Saya fikir bukan parti kita (gunakan asas-asas itu), parti lain pun ambil kira soal itu juga," katanya.

Piagam BN

Mengenai Konvensyen BN, Muhyiddin berkata antara hasil yang diharap dapat diperoleh pada konvensyen itu ialah Piagam BN yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri kepada rakyat tentang hala tuju parti berkenaan.

NONE

HIBURAN: BEKAS PERMAISURI PUN NAK REFORM JUGA....

(Panas) Pengakuan Berani Mati Uncle Seekers Hangat Bercinta Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah

Uncle Seekers

Dunia hiburan tanah air sekali lagi dihangatkan dengan pengakuan berani mati oleh Uncle Seekers mengenai hubungan cinta dengan Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah. Uncle yang membuat pengakuan berani mati di blognya mendedahkan akan hubungan ‘cinta syyhh’ dan setiap satu pengakuannya itu dipaparkan di Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan yang terbaru adalah Part 6.

Kami juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi part yang bertambah selepas ini. Uncle juga menegaskan bahawa dia berani untuk bertanggungjawab dengan setiap artikel yang ditulis oleh dia sekiranya timbulnya unsur-unsur fitnah.

Uncle Seekers

Uncle Seekers

Uncle Seekers

Pihak Oh! Artis tidak ingin membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan sebarang komen kerana kisah ini melibatkan mereka yang berstatus VVIP. Jadi, kami serahkan kepada anda pembaca semua untuk membuat penilaian secara bijak.

P/s: Kemungkinan besar kisah ‘cinta syyhh’ ini akan terus bersambung dan terus bersambung.. Happy ending atau sad ending? Allahualam. :)

Sr M: BN boleh rampas satu dua negeri tapi majoriti selesa Parlimen sukar November 18, 2010

Dr M: BN boleh rampas satu dua negeri tapi majoriti selesa Parlimen sukar
November 18, 2010

Dr Mahathir berpendapat BN tidak akan memenangi semula majoriti dua pertiga di Parlimen. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 18 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk merampas balik satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 atas alasan perikatan muda tiga komponen itu berada dalam keadaan goyah, demikian menurut laporan Bloomberg hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, BN kemungkinan “tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen) bagi membolehkan mereka menerajui kerajaan (persekutuan) dengan majoriti selesa.”

Bekas perdana menteri ini memberitahu Bloomberg dalam satu wawancara kelmarin bahawa BN “kemungkinan boleh mendapatkan semula satu atau dua negeri.”

Dr Mahathir melahirkan pendirian itu di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum pada suku pertama tahun depan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat Sabtu ini, dipercayai untuk merangka persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa BN melihat bulan-bulan akan datang sebagai tempoh yang penting memandangkan perikatan tersebut akan mengambil kesempatan daripada persekitaran politik semasa khususnya dalam Pakatan Rakyat selepas Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk keluar PKR.

Kejayaan BN dalam dua pilihan raya kecil serentak awal bulan ini dilihat sebagai sumber pemulihan keyakinannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Buat masa sekarang partinya tunggang-langgang,” kata Dr Mahathir yang merujuk kepada PKR yang penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

Pakatan Rakyat terdiri daripada komponen PKR, DAP dan PAS.

Malah Dr Mahathir juga menyifatkan kepimpinan Najib memperlihatkan “perubahan besar” berbanding era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat Sabtu ini juga diadakan di sebalik tumpuan bahawa pilihan raya umum negeri Sarawak akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Anwar dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin BN telah bersetuju agar isu-isu ini ditangani bersama keperluan persekitaran ekonomi meyakinkan dan kondusif diwujudkan sebelum dengan penuh yakin BN boleh membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Sebelum ini, The Malaysian Insider ada melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin bawahan mahu Najib melewatkan sebarang kemungkinan memanggil pilihan raya umu tergempar.

Mereka yang menentang idea pilihan raya umum awal berpendapat bahawa Najib tidak harus menganggap populariti peribadinya yang tinggi bermakna sudah mula diterima rakyat selepas prestasi BN yang tidak memuaskan pada 8 Mac 2008.

Menurut kajian Merdeka Center Mei lalu, populariti Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri April 2009, telah meningkat sehingga 72 peratus.

PENGUMUMAN : LAMAN MARHAEN DI HIDUPKAN SEMULA

LAMAN MARHAEN YANG TELAH DI TUTUP SELAMA BEBERAPA BULAN KINI TELAH KEMBALI KE PERSADA INTERNET.

ALAMAT ADALAH SAMA SEPERTI DAHULU.MENURUT PENGURUSNYA IANYA DIHIDUPKAN BEBERAPA HARI LEPAS.

Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?-Tanda pilihanraya?

Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

(function() { var d = document, w = window; w

PRN MELAKA – UJIAN AWAL PENTING UNTUK PH, BN DAN PN SEBELUM KETIBAAN PRU15

  Akhirnya SPR menetapkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November depan dengan tarikh penamaan calonnya ialah pada 8 November. Walaupun PR...