Jawatan PM | Saya belum gagal - Anwar Ibrahim

VIDEO ; BENAR TERJADI- TUN MUSA HITAM KATA " JANGAN PERCAYA MAHATHIR"? ULASAN S...

VIDEO : Menjawab Tuduhan Azmin Terhadap Saifudin, Azmin Haprak

KERAJAAN KATAK

 May be an image of text


BOB KELANANG


Kerajaan PN yang memerintah la nih bukan sahaja sekadar Kerajaan Katak... tapi segala jenis jenayah DAN maksiat ader dalamnya... Ini realiti...

Penjenayah rogol pun ader, penjenayah pedophilia pun ader, penjenayah seksual pun ader, penjenayah rasuah itu paling ramai... DAN macam-macam lagi penjenayah...

KOH KOH KOH… skang depa tengah kumpul seberapa banyak yang ader...

Sebab apa... sebab ader pendalil... sebab ader lobai yang akan bersih cucikan semua penjenayah nih...

ALA… lobai pon bukan bersih sangat lar... https://m.malaysiakini.com/news/566422

KOH KOH KOH… tunggu masa jer akan terdedah...

KOH KOH KOH…

Aper pun.... Ini bukan berita palsu...

KOH KOH KOH… ini berita realiti...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 




WISDOM DSAI mendekati pembaca Utusan Malaysia


No photo description available.


Meskipun Media Mulia Sdn Bhd sudah ambil alih dan UMNO tiada lagi cengkaman ke atas UM, ia tetap sebuah akhbar yg sentimental bagi org Melayu. Ramai yg ternanti-nanti kemunculan semulanya satu ketika dulu.

Dibaca ramai Melayu atas pagar dan juga yg totok, yg dulunya menolak DSAI. Soal mereka yakin, percaya atau tidak, tolak tepi dulu. "Pintu" harus mula dibuka.

Ia adalah gelombang yg harus dibina dalam keadaan masing-masing sudah tersangat rimas dengan tekanan demi tekanan ekonomi dan kos sara hidup di bawah kerajaan sediada.

Apapun...yang takut akan kerjasama PKR-UMNO tak akan tidur lena...Org Tua "TERTENTU" akan panas hati. Yg jenis rit dan khianat khabarnya dah merayu pada UMNO utk runding 13 kerusi yg dianggap punca pertikaian dan sengketa.

Begitu juga yang acah-acah berprinsip, nak ikut ke nak lawan? Ada yg keras dan menyanggah. Tapi ada yg dulu acah2 berprinsip tetiba mula lunak dan sedia pertimbangkan kerjasama dengan UMNO.

Masing-masing dah menggelabah, gelisah menunggu apa yang akan berlaku seterusnya. Apakah mereka akan tertinggal "bahtera jajaran baru" yg terus belayar?

Wallahualam.

- Zus Din

15 March 2021

************************

Katanya, matlamat kerjasama itu adalah untuk membentuk KERAJAAN BAHARU yang mana DASAR EKONOMInya mengutamakan RAKYAT JELATA, selain menyelamatkan NEGARA dari kebobrokan yang ada sekarang.

"Kita memberikan ruang dan kita lihat beberapa kenyataan pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal MENYELAMATKAN EKONOMI NEGARA dan MENOLAK kerajaan Perikatan Nasional (PN) yg TAK SAH ini".

"Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya PRO RAKYAT, itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti)," katanya.

Tanpa menyebut nama, Anwar berkata, BEBERAPA PERTEMUAN dengan PIMPINAN UMNO telah dibuat dan hasilnya POSITIF.

Hal ini, katanya, susulan PERSEFAHAMAN antara KEDUA-DUA PARTI yang BERJAYA dibentuk, malah beliau MEYAKINI IDEALISME dibawa UMNO.

"PERBINCANGAN ADA, perbincangan tidak rasmi dengan pimpinan parti, dan ia hanya prbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini apa yang saya dapat kesan? Ia satu yg POSITIF. Sebab kita lebih FAHAM mereka (UMNO), dan mereka lebih FAHAM kita".

"Maka kalau kemungkinan KERJASAMA kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan KINI DENGAN UMNO yang SEHALUAN ini, kalau mereka (UMNO) terima landasan ini, ia landasan berteraskan IDEALISME".

"Saya berpuluh tahun dengan UMNO sebab apa? Sebab saya YAKIN dengan IDEALISME itu. Jadi kalau idealisme itu dijadikan landasan, saya tak fikir ada masalah," katanya.

- Petikan Laporan Wawancara Mingguan Malaysia (14/03/2021)

 

 

PENYOKONG PH PRO DSAI DAN PKR PERLU FAHAM NARATIF SEBENAR.

 

May be an image of 2 people and text that says "Adakah 'TOKOH' seperti ini parti akan calonkan dalam PRU15 nanti Tanya jer.. ylusau Malaysia malaysiakini POLITIK PREMIUM Apa kata Anwar tentang pemimpin-pemimpin pemimpin ini? ALI ngan Azmin Abu Oror Abdul Hafiz malayslakini kalau tengok kenyatao erang saya baik tumpu sebo okyat. Orang Jadi bigr kemnbali kopada andasar untuk mengawal, kerana dalam penjara. ahli politik 'paling jahat' abad Syed Badli 8 minit Datuk Seri? ara, orang luar bing kekuatan bing PH tuto anya rakyat Dikemaskini 58 minit lepas serta do belanja biarkan tumpu kita, langan mudah pe beri janp dan bermuka" muka. Midad Zakaria, Hussin Dkelah and 9 others comments"

May be an image of one or more people and text that says "Abdul Manaf Shafiei 18h feeling exhausted. TOKOH Ter'BESAR' dalam PKR dah mula tunjuk BELANG' bila Sdr Anwar buka mulut..... Alhamdulillah Akhirnya beliau akui Azmin 'TOKOH PALING JAHAT' JADI Mungkin sia-sia bila PKR secara GEROMBOLAN menyerang AMANAH, semenjak 23Sept 2020 Masa tenaga idea, logistik sepatutnya menyerang musuh sebenar PN Azmin...... Barangkali Itu lah kelemahan PKR, menyedia PEL APIS' perjuangan. "BESAR SAJA' OTAK KECHIK...... KECH NOTA KAKI Adakah TOKOH' seperti ini parti akan calonkan dalam PRU15 nanti Tanya jer... malaysiakini clusau Malaysia POLITIK PREMIUM Apa kata Anwar tentang pemimpin-pemimpin ini?"



#Viralbroadcast #SEBARKAN

#PERLU DIJAWAP SEBAB MEREKA SEDANG SELEWENGKAN FAKTA.

*KRONOLOGI BAGAIMANA SERANGAN PANtuk TERHADAP DSAI DAN PKR BERMULA SEJAK JUNE & AWAL JULY 2020*

1) MESKIPUN DIAJAK KEMBALI KE MUAFAKAT SEJAK JUNE 2020, PANtuk TIDAK PEDULI DAN TERUS MENUNJUKKAN KECENDERUNGAN TERHADAP SAKATua dan MULA ATTACK DSAI.

2) Pada 08 July 2020 PANtuk dari PAN Kedah terus menulis dan menghentam DSAI. Penyokong PH pro DSAI termasuk saya masih merayu supaya hentikan serangan ini tapi tidak diendahkan.

3) Pada November 2020 saya CUBA STANDOWN tapi dengan perangai PANtuk yg tak reti nak hentikan penghinaan pada Pengerusi PH dan tidak lsg peduli tentang semangat muafakat PH maka perbalahan penyokong PH pro DSAI dgn PANtuk Namgoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 TELAH TIBA KE "POINT OF NO RETURN..!!"

4) Macam yang berkali-kali saya dah tulis : "TRUST IS TO BE EARNED, NOT GIVEN..!!". Saya tidak lagi mempercayai PANtuk Nangoi Kartel Oren Masam meskipun ada yg 20 thn pernah menjadi sahabat saya sejak mereka dalam PA$.

5) Kini selepas PANtuk LUNYAI diserang oleh penyokong DSAI dan PKR yg lebih ramai, si PANtuk Abdul Manaf Shafiei kata sejak 23 September 2020 "PKR" buat kerja sia-sia serang PAN? Siapa yg buat kerja sia-sia sebenarnya? MENYERANG PENGERUSI PH adalah kerja sia-sia atau MEMPERTAHANKAN Pengerusi PH kerja yg sia-sia? tak boleh beza ke?

6) Siapa yg MULAKAN PROVOKASI? JOLOK SARANG TEBUAN?? Anda harus faham, mereka yg mulakan tapi mereka nak tuduh penyokong-penyokong DSAI. Hati-hati. Simpan SCREENSHOTS YG TELAH SAYA SUSUN BAIK-BAIK. Ini jawapan kepada TEMBERANG mereka. Pemuka NARATIF CELAKA...!! Berhentilah MENIPU. Jangan jadi MUNAFIK dalam PH.

7) PERNAH anda tengok AMK atau Ahli PKR yang berjawatan dalam parti menyerang PANtuk dan PAN? Mereka tidak buat kerja bodoh dan sia-sia. tapi kita boleh tengok dan ada BUKTI SS ramai PANtuk yg jadi ahli PAN yg berjawatan di peringkat Kawasan, Negeri malah Nasional yg menyerang DSAI dan PKR sehingga ke hari ini. Semua itu direkodkan dan pimpinan PKR tahu sape yg khianat dan menyerang kawan.

8) ANDA RASA kita buat kerja sia-sia membalun sampai lunyai sbb MEMBALAS SERANGAN PANtuk Nagoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 atau MEREKA YG SEBENARNYA BUAT KERJA SIA-SIA MENYERANG DSAI PENGERUSI PH dan PKR??

Wallahualam.

- Zus Din

15 March 2021

 

 

Politik | Akar umbi PKR sokong Izzah dan Rafizi kembali aktif



Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).








VIDEO ; Azmin politikus ‘terjahat’, Xavier elak media, 'Durjana politik' semua b...




Antara paparan Sekilas Fakta 15 Mac 2021: 1) Azmin ahli politik 'paling jahat' abad ini! - Syed Badli 2) 'Saya berpegang dengan kenyataan saya' - Xavier enggan ulas 3) PAS sambut baik ‘tawaran baru’ PN pada rakyat Malaysia 4) Polis sahkan insiden pertengkaran mulut perwakilan DAP 5) Khairy individu pertama disuntik vaksin Sinovac pada 18 Mac 6) Bagi 'durjana politik' segalanya boleh dirunding - Shahri







VIDEO : KALAU TIAN CHUA ITU YB, MUNGKIN DIA LEBIH AWAL LOMPAT? HENTI MEMBELA PEN...

KOMPAUN UNTUK RAKYAT MARHAEN MENYIKSAKAN

 

HAMZAH RIE NA

Kompaun untuk pelanggaran SOP dan undang-undang berita palsu digubal di bawah ordinan darurat tanpa dibahas di parlimen.

Apa manfaat pengisytiharan darurat ni untuk rakyat?

Darurat ni lebih kepada menghukum rakyat berbanding menyelesaikan masalah rakyat. Majoriti rakyat Malaysia tak mampu pun bayar kompaun RM10,000 tu berbanding menteri² yg dah byk kali langgar SOP tapi tiada satu kompaun pun dikenakan terhadap menteri berikut.

SR


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎ن Hasil Ordinan Darurat Kompaun SOP naik ↑ RM10,000 Denda 'Berita Palsu' RM100,000 Apa manfaat darurat kepada rakyat? Darurat kekang wabak COVID-19 atau darurat kekal berkuasa?‎"‎‎

 

 





ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BELANDA




Menerima kunjungan hormat Duta Besar Belanda ke Malaysia TYT Aart Jacobi pagi ini.

Perbincangan kami menyentuh hubungan dua hala Malaysia dan Belanda.

Kami juga bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Saya yakin hubungan kedua-dua negara akan terus erat dan diperkukuh.

-

Receiving courtesy call from Netherlands Ambassador to Malaysia H.E. Aart Jacobi.

Our discussion pertains to the bilateral ties between Malaysia and Netherlands.

We also exchanged views on domestic and international issues which are pertinent to our shared interest.

May relations between both countries remain strong and stable.

DSAI.

 

VIDEO : Pas parti pelacur! Kalau tak nafi betullah tu kata Nassuruddin Daud

VIDEO : PAKATAN HARAPAN MENANG PILIHAN RAYA UMUM KE-15





Kedudukan PERIKATAN NASIONAL (BERSATU, PAS, GERAKAN dan GPS) tanpa penyertaan UMNO lebih baik sedikit. Didapati 16.34 peratus responden memilih PERIKATAN NASIONAL, dengan PAS mendapat tempat teratas, iaitu 7.58%, diikuti BERSATU 5.O8%, GPs 2.29% dan GERAKAN 1.39%). Sementara itu, parti MUDA turut menjadi pilihan apabila mendapat 5.32% mengalahkan WARISAN 5.18% dan PEJUANG 2.16%.






24 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA  AWAL.


 SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.



May be an image of 1 person and text that says "Nurul Izatee Adam is with Aiman Haziq and 5 others. 3h Mohon pembetulan di pihak Harakah. Gambar tersebut adalah gambar saya. Dan saya bukanlah Dr. Wan Rohila Ganti. Jauh benar ilmu saya yang cetek ini jika nak dibandingkan dengan ilmu Dr. Yutaka Rohilla. Darul Naim Institute SR rakyat Harakah beluayarts PAS PENYATU Perkukuh agenda penyatuan ummah mendepani PRU-15 LEPAS dan MAL 187 SEBARKAN BERSAMA 70 comments 14 shares"


JADI EDITOR PUN BANGGANG JUGA YA...........





Negara ini bukan hak peribadi sesiapa, tak boleh buat sesuka hati – Tok Mad

 


Negara ini bukan hak peribadi sesiapa, tak boleh buat sesuka hati – Tok Mad


Sistem demokrasi pasca moden Malaysia kini semakin susut dan merosot, sedangkan ia seharusnya lebih kukuh dan baik berbanding sebelumnya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara ini semakin mundur daripada kualiti kepimpinan apabila Ahli Parlimen bertindak sesuka hati atas perkiraan peribadi dan bukan prinsip serta nilai.

Kebebasan bersuara dan berekspresi juga semakin mengecil dengan pelbagai ordinan dan tindakan yang menanam ketakutan dan bukannya pertanggungjawaban.

Menurutnya, apabila Parlimen digantung dan Perlembagaan dilumpuhkan, semua ini adalah kesusutan nilai demokrasi yang sangat dibimbangi.

Oleh itu, katanya, Malaysia mesti keluar dari defisit demokrasi ini.

“Kita sepatutnya lebih baik dan lebih unggul dalam mengurus negara ini dan menampilkan amalan demokratik yang lebih maju,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, membiarkan potensi Malaysia dalam kedudukan seperti sekarang sangat mendukacitakan.

Sehubungan itu, menurutnya, rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memperbaiki kedudukan demokrasi Malaysia.

”Sama ada kita seorang Menteri Kabinet, atau penjawat awam, atau ahli politik pembangkang, atau kumpulan masyarakat sivil mahupun hanya orang biasa, marilah kita mengembalikan amalan demokrasi di Malaysia ke tahap dan kedudukan lebih baik,” ujarnya.

Tambah beliau, negara ini adalah tanahair yang istimewa buat semua penduduknya, bukan hak milik peribadi atau sesiapapun dan tidak boleh diperlakukan dengan sesuka hati.

Negara ini adalah hak semua untuk semua. Rakyat negara ini mengimpikan watan idaman yang benar-benar akan memberikan mereka rasa kepunyaan kepada Malaysia.

”Lalu marilah kita memperbaiki demokrasi di Malaysia ini tanpa lelah. Lakukan apa jua yang termampu, agar akhirnya, dengan usaha kolektif semua, demokrasi di Malaysia akan menjadi lebih baik dan lebih maju,” katanya



Denda RM10,000 langgar SOP: KEADILAN Johor tawar khidmat guaman percuma






KEADILAN Negeri Johor menawarkan khidmat guaman percuma kepada rakyat Johor yang dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid 19 yang mula dikuatkuasakan pada 11 Mac lalu.



Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse, khidmat guaman itu bagi membantu individu yang mungkin membuat rayuan ke atas kadar kompaun atau sebarang masalah berkaitan hukuman tersebut.

"Bermula 11 Mac lalu kerajaan telah kuatkuasakan hukuman berat iaitu kompaun berjumlah RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara maksimum 7 tahun sekiranya rakyat ingkar SOP pencegahan wabak Covid-19.

"Tidak menjadi kesalahan jika kerajaan menguatkuasakan sesuatu hukuman bertujuan mendidik rakyat agar mereka patuh kepada undang-undang, tetapi kerajaan juga perlu mengambil kira keadaan semasa rakyat yang terhimpit dengan masalah ekonomi seperti kehilangan kerja, pendapatan dipotong atau perniagaan merosot kesan daripada pandemik Covid 19.

"Sudah tentu nilai RM10,000 itu besar buat mereka untuk meneruskan kehidupan," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, ADUN Bukit Batu itu mencadangkan agar kerajaan bertimbang rasa dengan mengenakan hukuman yang lebih ringan dan secara berperingkat menaikkan kadar kompaun sekiranya melakukan kesalahan berulang.

"Saya berpandangan, lebih molek jika kerajaan melaksanakan kompaun yang dinaikkan secara berperingkat. Contohnya, kesalahan pertama RM1,000, kesalahan kedua RM3,000, kesalahan ketiga RM5,000 dan kesalahan seterusnya RM10,000.

"Selain itu, kerajaan juga wajib bersikap adil dan tidak memilih kasih atau membezakan darjat antara hukuman kepada rakyat biasa dengan wakil rakyat kerajaan.

"Jika rakyat dikenakan kompaun RM10,000 maka Menteri juga patut dikompaun dengan jumlah yang sama. Tolong jangan ulangi peristiwa di mana ‘Makcik Gelang Pink’ dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 tetapi Khairuddin, Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi cuma didenda RM1,000. Walhal keduanya melakukan kesalahan yang sama iaitu ingkar arahan kuarantin," katanya lagi.

Justeru kata Jimmy, pasukan peguam dari KEADILAN Negeri Johor akan memberikan khidmat guaman pro-bono (percuma) kepada semua rakyat negeri itu yang dikompaun di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.



 

'Kita akan menang selagi dalam kerangka reformasi' - Amirudin

 



Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan pemergian pimpinan utama parti tidak akan mengugat semangat juang ahli akar umbi selagi mereka terus istiqamah dalam menegakkan agenda reformasi.



Menurut beliau, KEADILAN masih menjadi pilihan utama rakyat Selangor biar pun wujud sedikit masalah sejak Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu



“Kita tetap jadi tiang seri di Selangor dan jadi pilihan ramai. Selagi dalam kerangka reformasi, kita akan menang.



“Dalam politik kita tidak boleh terus berpuas hati walaupun sudah menang sebaliknya terus bekerja.. terus bergerak untuk rakyat. Pengundi lebih penting dari calon dan jentera,” katanya dalam majlis makan malam KEADILAN Shah Alam di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.



Majlis penutup siri jelajah Kita Selangor sepanjang hari itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi MPN, Hee Loy Sian; Ketua Wanita negeri, Rodziah Ismail dan Ketua Angkatan Muda Selangor, Najwan Halimi.

 

Arafat sokong Nurul Izzah kembali aktif lawan kerajaan ‘tebuk atap’

 


Arafat sokong Nurul Izzah kembali aktif lawan kerajaan ‘tebuk atap’


Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kedua-dua mereka ialah bekas Naib Presiden parti, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beberapa pemimpin akar umbi PKR yang ditemui berkata, kedua-dua tokoh muda itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk membantu Pakatan Harapan menghadapi PRU15.

“Dua tokoh ini ada kelebihan, ada kebolehan, bersih dan wibawa. Kita perlukan tokoh-tokoh ini untuk kembali aktif dalam Keadilan dan inilah masa untuk menggembleng, kekuatan untuk kita nak lawan kerajaan ‘pintu belakang’ ni. Maka kita kembalikan ke arah usaha nak kembalikan kerajaan mandat rakyat, itu amat penting,” kata Ketua Cabang PKR Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Sementara itu, Ketua Ranting PKR Seksyen 8, Shah Alam, Monaliza Mohtar berpendapat bahawa kemenangan Pakatan Harapan sebelum ini sebenarnya adalah kerana ketajaman (strategi) Rafizi dan juga Nurul Izzah.

“Nurul Izzah memang terkenal sebagai Puteri Reformasi yang dididik baik oleh Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) sebagai Ibu Reformasi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Bapa Reformasi yang ingin membuat reform (perubahan) dalam negara kita.

“Rafizi juga anak didik daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh dengan prinsip dan berkaliber sebagai pemimpin yang ada pengikut, serta boleh menerima corak perjuangan yang begitu ikhlas,” ujarnya.

Pada Ahad, Anwar berkata, PKR cuba memujuk dua pemimpin mudanya itu untuk kembali aktif ke pentas politik menjelang PRU15.

Malah, Anwar sendiri mengakui pemimpin berusia 44 dan 41 tahun itu masing-masing sebagai orang muda memiliki idealisme, baik dan berketokohan.

Pada 15 November 2019, Rafizi mengumumkan berehat daripada politik selepas bebas daripada hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Sementara itu, Izzah yang juga anak sulung Anwar meletakkan jawatan dalam parti pada 17 Disember 2018.



KAH...DULU BUKAN PAS NAK LANTIK KU LI NI JADI PM..LANGKAH SAILANG PAKATAN RAKYAT ?

 


Kesal dilabel pelacur politik, PAS hantar surat pada Ku Li

Kesal dilabel pelacur politik, PAS hantar surat pada Ku Li

PAS dalam masa terdekat akan menghantar surat kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li bagi menzahirkan kekesalan berhubung tindakan veteran Umno itu melabelkan parti itu sebagai ‘pelacur politik’.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu adalah sesuatu yang tidak wajar apatah lagi kenyataan tersebut dikeluarkan secara terbuka menggunakan saluran media.

“Kita (PAS dan Umno) ada hubungan baik dalam Muafakat Nasional (MN) dan kita ada platform untuk bincang apa-apa yang kita rasa tidak setuju. Mesyuarat MN pun terus berjalan dua minggu sekali dan di situ kita tidak ada isu pun. Kenyataan yang tidak membantu seperti ini perlu dihentikan oleh mana-mana pihak,” katanya yang menyifatkan ia adalah pendapat peribadi Tengku Razaleigh dan bukan mewakili keseluruhan Umno.

Tuan Ibrahim, yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undi Perdana Kerja-kerja di bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Baru-baru ini,Tengku Razaleigh dalam wawancara dengan sebuah portal berita dilapor melabelkan PAS sebagai ‘pelacur politik’ yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyifatkan tindakan PAS dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sebagai bukti parti berkenaan tidak boleh dipercayai.

Sementara itu pada program berasingan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata meskipun terdapat segelintir pihak melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan, parti itu tetap sentiasa mengutamakan dan meneruskan usaha penyatuan Ummah yang telah diperjuangkan sejak sekian lama.

“Penyatuan Ummah ini yang pertama orang Islam, yang kedua (penyatuan) manusia. Mana yang ekstrem kita tolak. Kita bukan sahaja hendak satukan PAS dan Umno tetapi semua sekali. Kita tidak terhad,” katanya.

Ditanya adakah kenyataan Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, itu dirasakan keterlaluan, Abdul Hadi sekadar berkata, “Itu terpulang kepada orang ramai untuk menilai”.

Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di sini hari ini.

Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan antara penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia bagi fasa pertama ini selain bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, 96, dan isterinya Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, 95. 



Kartel Azmin, MP Alor Setar yang aku kenali ….

 

Kartel Azmin, MP Alor Setar yang aku kenali ….


Dalam PKR ni aku tak kenal sangat, Mana kartel Azmin..Mana tidak.. Tapi tengok kan List, ada seorang MP Chan Ming Kai.. Tak tahu lah betul atau tak.. geng kartel..Tapi aku kenal lah dia.. Dia ni dulu Adun kawasan aku, Adun Simpang Pulai.. Duduk dalam Parlimen Dr Lee Boon Chye.. Tak tahu kalau Dr Lee Boon Chye pun kartel..

Dia ni muda lagi..kelahiran Ipoh…kira Ipohmali lah.. Rajin buat kerja, Jumpa rakyat bawahan, Program masjid dan Surau pun aktif.. datang Surau pakai baju melayu ngan songkok..orangnya Humble..Selalu kemana mana naik motor jer.. tak pun kereta Kelisa dia.. Adun dan MP skarang, tahun pertama wajib pakai Vellfire,baru nampak mcm YB..

Sama mcam MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye.. depa ni memang orang yang rajin buat ,kerja bertemu rakyat.. Bukan Berlakon macam sesetengah Pemimpin Politik.. Dok berfalsafah dengan ungkapan reformasi sana sini..berteori sana sini..Apa pun kerja tak buat, melainkan buat kerja Politik….

Aku sentiasa nampak Pajero, SUV berlogo PKR kesana kesini buat kerja.. Biarpun MP dan Adun nya Cina, yang gerakkan kerja ramai budak Melayu yang depa manfaatkan.. gerak kerja depa sama seperti DAP.. Cukup dekat dengan rakyat.. cara depa manfaat orang muda, Penyokong parti jauh lebih baik dari Amanah yang pada aku organisasi depa Fail..kat Ipoh lah..

Dia ni bernasib baik.. Dari Adun Simpang Pulai, 2013 dia dicampak ke Indera Kayangan Perlis, Aku terkejut Dia boleh Menang..Harun din pun tak menang..Situ pekat UMNO jugak, tau lah kawasan Mufti Utara…. tapi tak heran dia ni dekat dengan orang Melayu di Surau dan Masjid.. PRU 2018, depa campak lagi dia ke Alor Setar Kedah..Dia menang lagi.. Apa maknanya? tu petanda dia orang buat kerja..Dekat dengan Rakyat..

Kebelakangan Entah geng Jual Tshirt Reformis mana letak List senarai MP geng Kartel.. zaman PAS berpecah dulu ada juga geng Jual Bihun Sup, meniaga Expo Ceramah PAS buat Cai list geng pro Ulama dan Anwarinas.. Rupanya berlaku lagi dalam PKR.. watak macam ni sebab Parti Berpecah.. mcm Geng geng Ulama dulu..Geng Azli Taliban, Din Ayam ,Nik Abduh dan Takiri..

Tapi kalau MP Alor Setar ni keluar PKR… Bagi aku satu kehilangan Besar pada PKR.. Dah pasti ada sesuatu yang tak kena dalam PKR kalau orang sebaik dia disenaraikan geng Kartel..Pemakan dedak oleh pemecah Belah disekeliling Presiden PKR sebagaimana geng Sekeliling Haji Hadi.. Sudah sudah esok, Dr Lee Boon Chye pun angkat kaki..

Sedap jer depa ni senaraikan nama Pengkhianat.. Mana tak pemimpin depa lari..hat ada sekeliling Presiden ,Pengampu ni ganas sangat..Lagi ganas dari geng Chegu bard dulu.. Cakap main sedap Mulut..Tuduh orang sana sini.. Buat ramalan Bodoh membodohkan Pengikut bawahan macam PAS dulu..

Orang lain aku tak sembang lah..sebab Tak kenal..Kalau MP Alor Setar..Bekas Adun kawasan aku, kawasan Parlimen Gopeng tu, Itu aku boleh komen.. Esok esok geng jenis Buat kerja habis keluar, Tinggal geng kerja depa sembang kat Facebook ngan youtube.. 🙂

Ipohmali


Jadi Perdana Menteri? Bukan gagal, cuma belum lagi... - Anwar Ibrahim

 

Hasimi Muhamad
Jadi Perdana Menteri? Bukan gagal, cuma belum lagi... -  Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut mengakui, beliau masih boleh menjadi calon Perdana Menteri bagi PH - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bukan gagal (jadi Perdana Menteri), cuma belum lagi…
Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai perasaannya apabila gagal menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) diambil alih oleh Perikatan Nasional (PN) pada Februari tahun lalu.
Menerusi temu bual bersama akhbar Mingguan Malaysia terbitan Ahad, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut mengakui, beliau masih boleh menjadi calon Perdana Menteri bagi PH.
Jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, sekiranya sokongan diberikan oleh rakyat, beliau akan terus menjaga kepentingan terutamanya rakyat bawahan.
“Saya tahu yang kaya raya ada duit berbilion-bilion itu memang tak berapa setujulah (saya jadi Perdana Menteri). Tokoh yang billion-bilion ini, dia memang takut dengan saya.
“Saya ingat rakyat lebih faham dan lebih selesa,” katanya memetik laporan tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar yang sebelum ini dijanjikan jawatan Perdana Menteri ketika pemerintahan PH berkata, ‘kejatuhan' PH bukan sesuatu yang mengejutkan.
Katanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu yang memberikan pandangan berhubung perkara itu.
“(Bekas Peguam Negara) Tommy Thomas (juga) ada pandangannya (mengenai kejatuhan PH) dan pelbagai yang lain turut ada pandangan masing-masing. Tapi pada fahaman saya, hal ini bukan satu kejutan.
“Telah ada satu persiapan yang lebih awal termasuk kelompok yang khianat daripada PKR dan Bersatu, dan saya juga ada hubungan dengan pemimpin UMNO, yang beri gambaran sedemikian,” jelasnya.
Anwar juga mengakui bahawa telah berjumpa dengan Dr Mahathir sebaik kejatuhan PH.
“Dia kata semua okey, jadi saya pun faham lah. Tapi sekarang ini ia sudah terdedah, kita ada rakaman audio, kita ada kenyataan, malah kenyataan ustaz Hadi Awang (Presiden Pas) misalnya.
“Maksudnya perkara kejatuhan PH itu berlaku dengan direncanakan konspirasi itu agak lama.
“Saya kira yang berlaku ini, kalau tanpa dalangnya, maka ia tak akan berlaku. Siapa dalang itu? Umpamanya pengkhianatan dalam PKR itu sendiri, yang melakukannya tak akan ada keberanian kalau tiada back up di belakangnya secara langsung atau tak langsung. Cukup setakat itu,” jelas Anwar.
BACA: Anwar Ibrahim sahkan wujud rundingan PKR dengan UMNO
Ditanya siapa pemimpin Melayu yang berwibawa dan boleh diangkat sebagai Perdana Menteri, Anwar berkata: “Itu bergantung kepada mesyuarat pimpinan parti, serta keputusan rakyat.”
Sementara itu, Anwar berkata, PH mengambil sikap terbuka sekiranya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ingin bersama-sama komponen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, keterbukaan itu termasuk tidak meletakkan syarat yang tidak munasabah, selain menzahirkan keyakinan bahawa Dr Mahathir sudah tidak memiliki sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.
Anwar juga bersedia untuk bersara daripada arena politik apabila tiba masanya bagi memberikan laluan kepada generasi baharu.
Kemelut politik negara tercetus apabila Dr Mahathir bertindak meletakkan jawatannya pada 24 Februari tahun lalu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudian berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menerajui negara selepas semua Ahli Parlimen dipanggi menghadap untuk mengemukakan nama-nama bakal Perdana Menteri kelapan.
Sebelum ini, Anwar beberapa kali mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada Ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Istana Negara bagaimanapun berkata, Anwar sekadar mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau, tanpa mengemukakan senarai nama bagi mengukuhkan dakwaan itu.


Azmin tidak layak komen isu moral lompat parti - Syed Badli

 



Menteri Kanan, Mohd Azmin Ali tidak layak untuk bercakap mengenai soal moral atau lompat parti apatah lagi mengecam pimpinan KEADILAN.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Azmin wajar mencermin dirinya sendiri terutama dalam hal politik toksid yang diamalkan beliau sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

"Datuk Seri Azmin Ali langsung tidak layak bercakap soal moral dengan menuding jari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu lompat parti.

"Beliau adalah watak sebenar yang merosakkan Parti Keadilan Rakyat dengan mempamerkan perilaku tidak bermoral.

"Malah rancangan untuk merosakkan KEADILAN telah disusun rapi oleh Azmin sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syed Badli, politik toksid Azmin yang menyusupkan 'anak buah' beliau ke dalam sayap pemuda dan wanita KEADILAN sebelum ini telah menimbulkan pertentangan meruncing.

Azmin juga, kata Syed Badli sengaja meletakkan rakan-rakan beliau sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 14 lalu dan kemudian melompat parti bersama-sama beliau membentuk Perikatan Nasional.

"Beliau turut menyusun sayap pemuda dan wanita dengan meletakkan mereka yang tiada kreadibiliti sebagai calon pemilihan parti sehingga timbul perbalahan dalaman yang meruncing.

"Beliau juga mendesak presiden parti ketika itu untuk memilih orang-orang tertentu sebagai calon pilihan raya yang lalu. Akhirnya mereka yang dipilih telah berkhianat dan melompat.

"Azmin adalah punca kepada kerosakan yang berlaku di peringkat dalaman KEADILAN," katanya lagi.

Bagaimanapun, Syed Badli bersyukur kerana sekutu-sekutu Azmin satu demi satu berundur dari KEADILAN, yang akan memudahkan pemilihan calon-calon lebih berwibawa dalam PRU ke 15 kelak.

"Namun begitu usaha untuk memperbaiki imej parti semakin berhasil apabila ramai watak-watak antagonis sekutu Azmin memilih untuk keluar dari KEADILAN.

"Justeru itu saya menyeru agar beliau insaf dan bertaubat," katanya lagi.

Untuk rekod, Azmin mengecam Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana sejarah bertukar-tukar parti. Namun penghijrahan Saifuddin direstu pimpinan parti dan tidak menimbulkan sebarang bencana politik sebagaimana dilakukan oleh Azmin dan para sekutunya.

 

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa ...

KENYATAAN MEDIA - 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita me...