Pemimpin UMNO persoal sama ada Santhara pemegang visa penduduk tetap di New Zealand

 

Pemimpin UMNO persoal sama ada Santhara pemegang visa penduduk tetap di New Zealand


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi mempertikaikan sama ada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara memegang visa penduduk tetap (PR) di New Zealand.

Beliau membangkitkan soalan itu dua hari selepas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menyoal dalam hantaran di Facebook sama ada Santhara perlu kembali ke New Zealand setiap tahun untuk mengekalkan statusnya sebagai PR.

Puad berkata, jika ini benar, ia seolah-olah memegang visa PR lebih penting daripada tugas Santhara sebagai wakil rakyat di Segamat.

“Adakah dia terpaksa bermastautin setiap tahun di sana dalam tempoh tertentu untuk mengekalkan status PR itu? Itu sebab dapat cuti lama 55 hari,” katanya.

Puad berkata, adalah tidak bertanggungjawab sekiranya Santhara memang meminta cuti 55 hari khusus bagi mengekalkan status PR.

“Perdana menteri patut arah siasat. Bahkan arah timbalan menteri itu balik segera. Rakyat Segamat mesti marah.”

Awal bulan ini, Santhara menjelaskan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membenarkannya bercuti 55 hari untuk berada di New Zealand bersama keluarganya, antara lain disebabkan isterinya sakit.

Beliau berada di New Zealand sejak 23 Dis lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan kedua berkuat kuasa, dan menafikan dakwaan beliau berulang-alik antara dua negara.

Puad sebelum ini mempertikaikan kenapa seorang timbalan menteri boleh diberi cuti begitu panjang untuk bersama keluarganya di luar negara, sedangkan penduduk di negara ini tidak dapat melintas sempadan negeri sekalipun.




No comments: