1) TERKADANG terasa lelah utk diperjelaskan berulang-ulang
bahawa kita perlu buka minda utk menerima REFORM dalam Politik. Tapi itu adalah
sebahagian dari bentuk "Psywar" yg penting dan perlu utk persediaan
kempen kesedaran. Ia jadi bertambah sukar jika berlawanan arus dgn pendapat
ramai atau merupakan sesuatu yg baru dan tidak diterima kerana menyanggah norma
serta pemikiran lama.
2) Bila membaca wawancara DSAI dgn Mingguan Malaysia saya
tersenyum sendirian. Tahun lepas saya dah dedahkan soal Politik Konsolidasi,
usaha DSAI, PKR bekerjasama dgn pimpinan, MP-MP UMNO demi ekonomi rakyat dan
negara.
3) Tapi ada penyokong PH yg maki hamun, tuduh saya lapaqkan UMNO
dan jaja sana sini walhal saya sekadar menceritakan perkara benar dlm usaha
DSAI, DHM mengubah landskap politik Malaysia yg sudah jauh tenggelam ke dasar
kebencian dan kejumudan Politik Dunia Ketiga.
4) Hari ini DSAI dedahkan wujud pertemuan dan perbincangan dgn
pemimpin UMNO. Nak kata apa? Adakah saya telah mendedahkan sesuatu yg tidak
betul?
5) Politik dan demokrasi di negera-negara maju bukan berkisar
tentang soal kebencian dan permusuhan yg tajam sebaliknya soal idealisme, buah
fikiran, kaedah dan siapa boleh melakukan perkara lebih baik buat rakyat.
Rakyat mereka boleh kembali bersatu membina negara selepas Pilihanraya tapi
rakyat kita terus bermusuh dan berpolitik setiap hari walau PRU dah berlalu.
Kerosakan ini adalah berpunca dari sikap Ahli-ahli Politik sendiri sejak
Merdeka.
6) Rakyat ditanamkan pemahaman songsang bahawa mereka mesti
membenci dan bermusuh dgn ahli atau pemimpin parti lain ke tahap memutuskan
silaturrahim dan lsg tiada ruang utk perbincangan secara "gentleman"
mengenai kemaslahan umum. Pernah kita dengar ahli politik Malaysia menasihati
ahli-ahli parti supaya melakukan "engagement" secara bertamaddun dgn
ahli parti musuh? TIADA. Ini menggalakkan perseteruan berpanjangan.
7) JIKA kita menelusuri pemikiran DHM kita akan melihat visi
DSAI itu. DHM adalah pemimpin pertama yg bercakap mengenai Politik KONSOLIDASI
yg cuba dibawa oleh DSAI. Dr. Mujahid terkemudian mula melihatnya sebagai
jajaran baru yg perlu meskipun utk sementara waktu demi menyelamatkan rakyat
dan negara dari cengkaman PNKhianatan.
8) Ada shbt2 yg gusar kerana dlm usaha Konsolidasi LGE pula
asyik meroyan menyanggah DSAI dan berulang kali "melantunkan"
kehendak OT95 supaya tidak bersetuju PH bekerjasama dgn UMNO.
9) Saya kata biarlah dgn perangai acah-acah berprinsip LGE tu.
Itu bukan suara seluruh DAP. LGE tu terikat dgn OT95 apa kita nak heran sgt?
Akhirnya terpulang kpd konsensus DAP. Apa kita sudah lupa ke LGE pernah mengaku
dia pandai-pandai sendiri calonkan Shafie Apdal sdgkan itu BUKAN pendirian
parti DAP? Ertinya dia memg suka buat kenyataan sendiri mendahului parti
sehinggakan pimpinan DAP tak dapat nak kata apa.
10) Sikap keras LGE itu lsg tidak menguntungkan imej DAP. Banyak
perkara dapat dilenturkan jika DAP dapat menerima kerjasama UMNO. Ia mampu
membuatkan DAP lebih diterima org Melayu dan mengendurkan ketegangan, kebencian
kaum dan agama malah isu 3R tidak lagi berkesan, tidak akan laku utk
dipergunakan oleh mana-mana parti politik selepas itu.
11) Sewaktu isu pembentukan kerajaan Perak, Ronnie Liu pernah
berkata demi rakyat dan negara PH perlu berani meneroka kerjasama baru atau
"Uncharted Territory". DAP sudah tak bleh lagi terus jumud mcm skrg
ni kerana ia akan memberi gambaran yg DAP adalah RASIS dan benci kpd parti
Melayu sehingga sanggup ketepikan kepentingan Rakyat dan Negara.
12) Ronnie Liu juga mengingatkan kita perlu lebih positif dalam
sebarang kerjasama demi kesan perubahan, REFORM dgn mengutamakan Rakyat dan
Negara. Kata beliau :
" In politics, we should be more positive and be willing to
working together to affect change and reform for the greater good of all
Malaysians.
While I can understand why some quarters are concerned about the
cooperation between PH and Umno, we have to remind ourselves that the political
landscape in the country is going through a metamorphosis.
While a number of the leaders from Umno are facing corruption
charges, PH leaders and supporters have to understand that we must be brave to
accept changes and work out the best combination for the sake of the
people."
13) Politik KONSOLIDASI perlu kerjasama baru antara parti sambil
mengenepikan permusuhan lama. Ia sebenarnya mampu MENGENEPIKAN, MENINGGALKAN
DAP SEANDAINYA PA$, GPS dan Warisan turut serta sbb itu DAP harus memikirkan
pendirian LGE itu berkali-kali dan jgn terlalu "capoi" mulut tu.
Wallahualam
- Zus Din
14 March 2021
**************************
Dari FB wall MSO....
LAKAR BENTUK KERJASAMA BARU POLITIK
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulangi pendiriannya
(parti) DAP tidak akan bekerjasama dengan Umno. Dengan menyebut DAP tidak akan
bekerjasama dengan "kleptokrat" daripada kalangan pemimpin Umno yang
menghadapi kes rasuah.
Kenyataan itu menunjukkan Guan Eng tidak bersetuju ura-ura PH
(baca PKR) untuk menjalini kerjasama dengan Umno untuk mengambil alih dan
menumbangkan kerajaan PN dalam pilihan raya akan datang.
Tindakan Guan Eng itu baik bagi partinya kerana kalau DAP tidak
bekerjasama dengan Umno, parti itu dilihat mampu mengekalkan pengaruhnya. Dalam
Piraum lalu, kemenangan DAP dikira maksium apabila mendapat 42 kerusi.
Justeru bagi mengekalkan kekuatan itu, DAP tidak perlu sokongan
Umno. Tetapi parti itu kena sedar pancapaian 42 kerusi itu apabila beliau
bersama dengan Keadilan menerusi PH. Tanpa sokongan Keadilan, tidak mungkin DAP
mendapat kemenangan besar itu.
Apakah apabila DAP berkeras untuk tidak sedia bersetuju dengan
Keadilan untuk berkerjasama dengan Umno, parti itu dapat mengekalkan pencapaian
dalam pilihan raya lalu jika bertanding bersendirian atau mencari patner lain?
Sikap tegas DAP yang dilantunkan oleh Guan Eng itu memberi
sedikit masalah kepada penjajaran politik baru politik khasnya Keadilan dengan
Umno. Sekiranya Keadilan mempeduli atau alert kepada kehendak DAP itu, harapan
untuik melihat wujud kerjasama politik Umno - Keadilan tidak akan berlaku.
Gambaran yang tertera kini memberi lakaran wajah Piraum ke-15
seban dan boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai bentuk.
Apakah DAP akan kembali mengambil sikap bersendirian seperti
pilihan raya 2008 dahulu? Atau DAP akan menjalani dengan parti inkubator yang
benci kleptokrasi sehinggakan akan sanggup orang parti inkubator itu bertanding
menggunakan lambang Roket nanti kerana partinya tidak akan diluluskan.
Atau pun DAP hanya akan bersama parti "Rumput Gelang
Samal" RGS)"? Sikap tegas ditunjukkan Guan Eng itu juga selain
memberi tanda tanya kepada bentuk kerjasama politik dalam Piraum akan datang ia
juga boleh memberi kesan tidak baik kepada DAP, kerana pegangan Guan Eng itu
ada yang tidak disetujui. Apakah dari ini akan berputik bibit-bibit perpecahan
dalam parti itu? Trims.
- MSO