Ketua Hakim Negara tegur 'loyar buruk' PAS.

 





Ketua Hakim Negara tegur 'loyar buruk' PAS.


https://www.facebook.com/zulqarnain.lukman/posts/10233392935872283


BILA HAKIM BERANG DENGAN PUTAR BELIT


Jarang-jarang kita lihat seorang Hakim berang dengan peel perangai lawyer. Apatah lagi kalau Ketua Hakim sendiri yang berang dengan peel perangai lawyer. 


Pastinya jika kenyataan terbuka sebegini dibuat oleh Ketua Hakim pastinya adalah sangat serius.


Ketua Hakim mengatakan bahawa ada yang putar belit fakta kes Nik Elin ini. Kalau ikut laporan akhbar, Ketua Hakim sebut perbuatan peguam itu tidak wajar. 


Kita pun tidak tahu setakat mana perbuatan peguam itu sehingga Ketua Hakim kata tidak wajar. 


Adakah perbuatan tidak wajar peguam itu terjumlah kepada maksud putar belit?


 Rencana akbar yang sama melaporkan bahawa Ketua Hakim sebut banyak fakta telah diputar belit berkaitan kes Nik Elin ini.  


Selalunya kita panggil orang yang putar belit ini adalah loyar buruk.  Loyar yang ada lesen kita tidak panggil loyar putar belit walaupun ada ketika loyar berlesen pun putar belit juga.


 Maka, sebab itu loyar ada etika dan adab yang perlu dipatuhi supaya dia tidak dipanggil loyar putar belit. 


Selain itu,kalau kita lihat dalam media sosial ramai lagi yang putar belit malah ada juga ahli parlimen dan  ulama pun putar belit juga. 


Contohnya, ada ulama putar belit kata Syariah dicabar tetapi Ketua Hakim kata yang dicabar itu adalah kecekapan undang-undang syariah atau kompetensi DUN untuk gubal undang-undang tertentu sahaja.


Jadi dalam hal ini kita nak percaya kat ulama yang putar belit atas pentas atau percaya kat Ketua Hakim yang dengar kes dalam Mahkamah?

...........................................................................

Sinar Harian (20/11/2023) melaporkan, "Tengku Maimun berkata, kenyataan peguam, Yusfarizal Yusoff yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) selaku pemerhati ialah sangat tidak wajar."


“Tanggapan itu tidak benar kerana pendengaran hari ini hanya bertujuan mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bukan merendah-rendahkan enakmen dan Mahkamah Syariah."


“Orang ramai bercakap mengenai kes ini, apatah lagi versi yang mengelirukan, isunya di sini bukan memburukkan Islam atau Mahkamah Syariah sebaliknya, kecekapan enakmen undang-undang Syariah, jadi kita perlu memahami latar belakang kes itu," katanya."


https://www.sinarharian.com.my/.../petisyen-cabar-enakmen...

------------------------------------

Malaysiakini (20/11/2023) melaporkan, "Pada prosiding hari ini, Tengku Maimun mengingatkan semua pihak supaya menegakkan prinsip undang-undang dan tidak membuat sebarang kenyataan yang bersifat menghasut."


"Peringatan itu dibuat susulan, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pempetisyen, membawa perhatian mahkamah terhadap kenyataan peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, mengenai isu dalam pendengaran berkenaan."


"Menurut Tengku Maimun, kenyataan Yusfarizal Yussoff yang menyentuh sentimen yang tidak sepatutnya dibincangkan dalam khalayak umum ketika prosidng itu masih didengar."


“Kami mengambil maklum dan membuat pemerhatian kerana isu yang dibangkitkan dalam pendengaran ini telah diperkatakan oleh ramai pihak namun ia merupakan versi yang telah diputar belit.


"Banyak pihak yang membicarakan mengenai kes ini di luar dan kenyataan yang dibuat adalah mengelirukan.


"Kami ingin mengingatkan peguam untuk tidak membincangkan mengenai kes ini di khalayak umum,” katanya.


Ketua Hakim Negara itu berkata, tidak timbul persoalan sama ada pihak pempetisyen mahupun mahkamah ini ingin menidakkan atau merendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.


“Isu dalam pendengaran petisyen itu bukan melemahkan agama Islam dan Mahkamah Syariah, tetapi ia adalah berhubung kompetensi kerajaan negeri dalam menggubal undang-undang. Kenyataan bahawa Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia adalah tidak betul.


https://www.malaysiakini.com/news/687148

Dr Zulqarnain Lukman

20 November 2023

6 Jamadil Awal 1445H```


Ketua Hakim Negara sudah bersuara.

 Itu dia. 





Ketua Hakim Negara sudah bersuara. 


Kes ini bukan untuk lemahkan kuasa Mahkamah Syariah. Ini isu membetulkan pertindihan agar senang urusan pentadbiran keadilan. 


Beliau juga berkata, ada 2 daripada 20 peruntukan yang dalam kes ini tak disentuh. Ia bersetuju 2 peruntukan itu Kerajaan Negeri boleh kuatkuasakan. Cuma 18 yang lain ultra vires atau luar bidang kuasa nak dimasukkan. Kerana ia bertindih dengan Kanun Keseksaan. 


Beliau juga tegur seorang peguam yang suka suki komen ada unsur hasutan dan adu domba. Membawa naratif jahat nak meracun umat. 


Taktik depa ni senang je nak paham. Zaman 33 bulan, kes Iki Putra berkali2 masuk mahkamah. Tiada pula depa nak buat demonstrasi ke bermunajat. Walhal itu kes pertama, Undang2 Syariah dicabar dan dibatalkan. 


Fast forward jadi Pembangkang, dibuat jadi modal politik berterusan. 


Benarlah kata Ibnu Khaldun, 650 tahun dahulu. Jangan biarkan orang agama yang jahil pentadbiran memerintah kita. Mereka nescaya menunggang agama sahaja nak berkuasa. Bila berkuasa mereka tak buat apa. Rosak negara dibuatnya. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



REE : AKHIRNYA GENG WALAUN DIDAKWA



Sewaktu SPRM masih melakukan siasatan dan kebetulan DS Saifuddin Nasution Ismail Menteri KDN pula sdg melondehkan keterlibatan pihak dlm MBI dgn kecuriaan REE, walaun & untit kemain SAKAN mcm org hilg akal mengejek2 penyokong Kerajaan dan DS Saif kerana mereka kata takde bukti pun dan puak PA$ tidak pun didakwa.


Nah skrg...akhirnya natijah dari siasatan SPRM berkenaan, 2 individu dari PA$ yg rapat dgn MBSD sudah didakwa oleh AGC. Kita tunggulah perbicaraan penuh nanti mengenai kes rasuah melobi mendapatkan projek REE.


Sementara itu kes kecuriaan REE yg didedahkan oleh DS Saif adalah jauh lebih serious dgn isu pemerdagangan manusia juga terlibat. Yg ini kita tunggu siasatan polis lengkap dan siapa pula geng PA$ atau terkait dgn PA$ akan didakwa.


Wallahualam.


- Zus Din 

20112023




𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗕𝗨𝗥, 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗚𝗨𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗦



1. Tengku Maimun tegur Peguam PAS Yusfarizal yang wakili Majlis Agama Islam Kelantan kerana ucapan itu. 


2. Tengku Maimun dalam amarannya berkata, petisyen ini bukan untuk lemahkan agama Islam atau Mahkamah Syariah, tapi ia berkait isu kompetensi Kerajaan Negeri gubal undang2. Bukan merendahkan enakmen dan Mahkamah Syariah.


3. Ketua Hakim ingatkan supaya ditegakkan prinsip undang2 dan tidak menghasut.


4. Ucapan MB Kelantan lebih teruk dengan menuduh kes Nik Elin sama saja dengan usaha membatalkan Al-Quran dan Hadis. Hairan macamana boleh jadi MB tak faham hal ni. Itukan Takzir?


5. Isunya samada DUN Kelantan gubal undang2 berkait perkara diluar bidangkuasa atau tidak seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan senarai Negeri.


6. Hal Perlembagaan ni kena buat kerja di Parlimen dan DUN. Bukan menghasut di padang Merbok khasnya perkara yang tidak benar.


7. Terangkat kening saya dengar ucapan Tuan Ibrahim, dia akan ambik alih putrajaya jika kerajaan gagal selamatkan syariah. 33 bulan dulu kamu buat apa? Kes mula zaman kamu jadi Menteri.


8. Kerajaan Madani telah berusaha hantar wakil peguam menjadi amicus curiae (MAIWP) untuk berhujah dan membantu Mahkamah.


9. Apa jua keputusan Mahkamah, kerajaan boleh perbaiki dan perkukuh pentadbiran undang2 syariah melalui pindaan perlembagaan dan undang2. Ini bukan pengakhiran Mahkamah Syariah seperti didakwa dan dihasut. 


10. Kedudukan Mahkamah Syariah adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan akan terus wujud.


11. Perlembagaan dan Undang2 sifatnya hidup. Dah banyak kali diperbaiki untuk harmonikan sistem Syariah dan Sivil.


12. Malah Menteri Agama kita Dato Dr. Na'im sebelum ini merupakan Ketua Pegarah merangkap Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malayia (JKSM) yang memang kerjanya perbaiki pentadbiran Mahkamah Syariah dan Kehakiman Syariah.


✍️  Ahmad Mursi



APA SAJA YANG PMX BUAT TAK BETUL DIMATA WALAUN


 

PAS TAK MENGAKU KELEMAHAN SENDIRI


 

APA YANG DIPERTIKAIKAN


 

BEKAS SU MB KENA TAHAN


 

CABARAN MAHKAMAH- KESILAPAN PEMIMOIN PAS. SEMASA JADI MENTERI UNDANG UNDANG


 

RASUAH REE- SEPRANG TELAH DIDAKWA HARI INI


 

KEPALA BAPAK HANG- KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN . IA PUJIAN....HAPA PUN TAK BOLEH


 

MAHATHIR AKHIRNYA KANTOI.


 

MOKHTAR SENIK YANG PENING




Mokhtar Senik yang senak otak. Dia tak baca dulu tarikh berita sebelum mulakan memfitnah Kerajaan Perpaduan ni.


Kejadian ni berlaku pada 27 November 2020. Masa tu Mahiaddin jadi PM. PAS sendiri ada lima menteri tak silap aku.


Masa berita ni keluar dulu, mungkin Mokhtar tengah sibuk berlatih nak drift Alphard. Tak perasan masa tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KETEGASAN MALAYSIA MENEGUR DASAR LUAR A.S & ISU KEMANUSIAAN PALESTIN TIDAK HALANG KEDATANGAN PELABUR DARI SANA









19 November 2023

6 Jamadil Awal 1445H


YAB Perdana Menteri  Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat (AS). 


Kata beliau, kestabilan politik dan dasar yang jelas adalah antara perkara yang dititik beratkan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk melabur di Malaysia.


PMX juga menyatakan komitmen negara untuk memberikan proses kelulusan pantas kepada pelabur dan ia jelas menambah keyakinan kepada syarikat-syarikat antarabangsa ini.


Dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu, rakyat memerlukan peluang pekerjaan.


Kita harus bersyukur yang kepimpinan Madani mampu untuk menarik pelabur serta pelancong asing agar mereka boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara insya-Allah, dan bukannya mencari salah pentadbiran negara semata-mata.


Malaysia kekal tegas tentang isu kemanusiaan di mana pun ia berlaku dan dunia tahu bahawa A.S mempunyai sikap memilih bulu dalam isu Palestin. 


Namun kita tidak boleh menghalang pelaburan dari AS yang akan memberikan faedah langsung kepada rakyat negara ini.


#MenJunjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMADANI 


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat




SAPA PULAK ...ALAHAI.,.


 Shahbudin


Siapakah seseorang yang bertemu Dr Agus dan menggesanya meletakkan jawatan itu?




APA YANG SUSAH SANGAT, MAHIADDIN UMUM UNDUR DIRI, LICINLAH PROSES PERALIHAN KUASA!!



Berdepan desakan yang kian meningkat yang mahukan beliau melepaskan jawatannya, Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin ternampak semakin sedar tentang realiti.


Ahli Parlimen Pagoh itu dilaporkan mengambil maklum dengan gesaan perlunya perubahan dalam kepimpinan parti yang didakwa ada kelompangan dan perlu dibaiki menjelang PRU16 akan datang.


Katanya, apa yang menjadi keutamaannya berkaitan perkara tersebut ialah agar peralihan pimpinan Bersatu berjalan dengan lancar jika beliau memutuskan untuk berundur diri.


Bagaimanapun, Mahiaddin dalam masa yang sama belum dapat mengesahkan sama ada ingin berundur atau masih mahu mempertahankan jawatannya dalam penilihan akan datang ini.


“Saya masih mempertimbangkan sama ada mempertahankan kedudukan atau sebaliknya pada pemilihan parti yang dijadualkan tahun depan,” katanya sebagaimana diinterbiu oleh sebuah portal berita.


Ini yang payah, sekejap mengatakan sedar tentang gesaan perubahan dan adanya kelompangan dalam parti yang perlu kepada peralihan kepimpinan yang lancar, tetapi di waktu yang sama, belum memutuskan pula sama ada ingin mempertahankan jawatan lagi atau tidak.


Jika Mahiaddin benar-benar sedar tentang perlunya perubahan dan mahu peralihan kepimpinan berjalan lancar, keputusan tidak lagi mempertahankan jawatannya perlu segera dimuktamadkan.


Peralihan kepimpinan dalam Bersatu tidak mungkin berjalan dengan lancar selagi Mahiaddin masih masih belum ada keputusan sama ada ingin mempertahankan jawatannya atau tidak.


Hanya jika beliau mengumumkan berundur dan tidak lagi mempertahankan jawatannya saja akan menjadikan proses peralihan boleh berjalan dengan lancar.


Dengan kedudukan Mahiaddin sudah tepu kerana pernah menduduki kerusi Perdana Menteri sebelum ini, selain ada kes mahkamah serta isu menantu yang melarikan diri, ini adalah asas paling kukuh perlunya beliau mengundurkan diri.


Jika Mahiaddin terus memimpin Bersatu, gabungan PN tiada harapan lagi di mata rakyat kerana era kegagalannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini akan terus menjadi igauan ngeri kepada pengundi.


Untuk menggantikan tempatnya, tiada pemimpin lain yang lebih lagak dan sesuai untuk mengambil alih teraju kepimpinan Bersatu selain Hamzah Zainuddin.


Berjawatan Ketua Pembangkang di Parlimen, Ahli Parlimen Larut dan Setiausaha Agung PN/Bersatu ketika ini, beliaulah satu-satunya yang lebih layak untuk mengemudi blok pembangkang menghadapi PRU16 akan datang.


Timbalan Presiden Bersatu sekarang, Ahmad Faizal Azumu tidak sesuai menggantikan Mahiaddin kerana beliau tidak berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, malah wibawanya pun lebih rendah jika dibandingkan dengan Hamzah.


Jadi, jika benar Mahiaddin mahu peralihan jawatan dalam Bersatu berjalan lancar dan mahu PN ada masa depan yang cerah mendepani PRU16 akan datang, beliau harus segera mengumumkan persaraannya dan tunjuklah nama Hamzah sebagai bakal penggantinya.


Apa yang susah sangat? – ShahbudinHusin 20/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/20/apa-yang-susah-sangat.



PAH DEMO , BALUN LU NASI ....PALA BAPAK HANG...PALA BAPAK BUKAN CACI TUAN TUAN . TU PUJI



Che Ibrahim.







 Ambo pun jadi tak faham....


Nak kata lawan Nik Elin Nik Rashid , takkan la habis bala tentera dikerah untuk lawan seorang wanita yang takdak sapa kenal pun sebelum... Hebat sangatlah dia sehingga mampu menghapuskan undang undang syariah??


Bagi ambo puak ni sebenarnya sedang melawan Perlembagaan Persekutuan, mereka tidak mahu Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara buat keputusan mengikut Perlembagaan Negara... Bekali la tuh



ULTRA VIRES (Penjelasan kes Nik Elin)

 ULTRA VIRES

(Penjelasan kes Nik Elin) 


Hari ni 20hb. Pagi ini, ada kes besar akan berlangsung di Istana Kehakiman. Kes Nik Elin mencabar Undang2 Syariah Kelantan. 


Ada 7 Perkara anda kena hadam supaya tak termakan propaganda mana2 pihak. 


1. Asas undang2, Perlembagaan Persekutuan adalah undang2 No. 1 dan paling utama. Ia mengatasi mana2 kuasa dalam negara. Lagi besar dari Kerajaan dan Mahkamah. Lagi besar dari kuasa Raja/ Sultan. Itu sebabnya sistem yang kita guna digelar “Raja Berpelembagaan”. Maknanya kuasa Raja tak boleh melebihi Perlembagaan. 


2. Mana2 undang2 yang bercanggah dengan Perlembagaan akan terbatal dengan sendiri. Ini kita panggil konsep “Ultra Vires”. Dalam latin bermaksud “melanggar kuasa yang ada”. Orang marhein cakap “tak boleh gila kuasa”. 


3. Dalam Perlembagaan, kuasa nak buat undang2 jenayah adalah kuasa Parlimen dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya boleh buat undang2 syariah untuk orang Islam. Supaya tiada pertindihan dengan Kanun Keseksaan. 


4. Sekian lama, Kerajaan Negeri buat Undang2 syariah mengenai hukum hakam. Dilarang berzina, berjudi, syirik, dan minum arak. Hanya terpakai kepada orang Islam. Walaupun ia masih undang2 jenayah, tetapi kerana tiada pertindihan dengan Kanun Keseksaan, semua ok saja. Tiada yang persoalkan. 


5. Isu berbangkit pada tahun 2019, bila Pihak Berkuasa Negeri Selangor ambil tindakan ke atas Iki Putra untuk kesalahan liwat. Mereka ambil di bawah undang2 Syariah Negeri. Bila bertindih dengan Kanun Keseksaan, ia buka ruang untuk dicabar. Dan Iki Putra berjaya. Dia guna Perlembagaan untuk isytihar undang2 liwat Syariah itu “ultra vires”. Sebab memang ia melanggar Perlembagaan, makanya sepatutnya Mahkamah putuskan ia terbatal. 


6. Nik Elin pula bawa ke Mahkamah mengenai kuasa Kerajaan Negeri buat Undang2 Syariah Kelantan. Dia kata ultra vires juga. Ini yang akan dibicarakan hari ini. Kita tunggu keputusannya nanti. 


7. Kena juga ingat, kes Nik Elin ni dibawa sejak 2021, bukan ketika Kerajaan ini memerintah. Kalau masih Pembangkang pun memerintah, mereka tak boleh buat apa. Ia kuasa Mahkamah, mereka tak boleh campur tangan. Seperti mana mereka tak campur tangan Kes Iki Putra. Terjadi pada zaman mereka juga. 


*************************


Walau apa pun, saya percaya perlu ada penyelarasan kembali. Kita nak Mahkamah Syariah ada ruang kuasa buat undang2 ke atas orang islam. Tetapi perlu kena gaya. Kalau tidak diperbetulkan. Ada kes macam mana pun ia akan dicabar seperti kes Iki Putra. Jadi macam mana nak kuat kuasa. 


Yang saya tak bersetuju ia dibuat jadi modal politik setengah pihak. Menyalahkan Kerajaan pula. Walhal, kes Iki Putra itu diputus ketika Pembangkang jadi Kerajaan. Ketika itu mereka senyap dan tak buat apa. Ada desakan untuk pinda Perlembagaan tetapi mereka buat dek saja. Sekarang, nak pulak jadi champion. 


Apa pun keputusan kes hari ini, it’s not the end of the world. Ini platform untuk Mahkamah perbetulkan pertindihan. Agar kita boleh mendesak pindaan Perlembagaan. 


Jangan termakan propaganda senang lenang. Ini bukan isu agama semata2 atau sama ada Kerajaan yang ada liberal pula. 


Ini lebih kepada isu pentadbiran. Supaya di hari muka tiada lagi yang boleh melawan. Agar Kerajaan Negeri jangan hanya buat undang2 syok sendiri. Tapi nak kuatkuasakan tiada gigi. 


Langsung nanti orang main langgar saja dan tak hormati. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki




OWHHH- PAK LEBAI HIPOKRIT.....TENGOK SENARAI KONSERT ZAMAN PAK LEBAI



Ini bukti Kerajaan Perpaduan lebih demokratik dari kerajaan PN sebelum ini.


Sebab masa PN dulu berderet konsert dianjurkan. Malah ada dari mereka yang pro LGBT seperti Billie Eilish. Tapi tak ada sesiapa yang berani bantah.


Cuma selepas Kerajaan Perpaduan ambil alih baru mereka ini berani bersuara. Bererti mereka tak yakin dengan ketelusan PN sebelum ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SYARIAT APA SEBENARNYA YANG INGIN DIPERTAHANKAN??






Che Ibrahim


Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan telah diluluskan oleh DUN Kelantan pada Oktober 2019 dan dikuatkuasakan pemakaian mulai 1 Nov 2021 bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan. 


Ekjs (I) 2019 ini ada 68 seksyen termasuk Seksyen Pemansuhan kepada ekjs 1985 (Seksyen 68) di mana 2/3 @ 70% dari peruntukkannya adalah diambil Dari ekjs 1985, hanya 24 seksyen  shj yang merupakan peruntukkan baru yang tidak ada dalam ekjs 1985. Peruntukkan peruntukkan baru ini juga tidak ada dalam mana mana enakmen jenayah syariah negeri negeri lain selain Kelantan. 


Sayugia disebut ekjs 1985 yang menjadi sebahagian besar peruntukkan dalam ekjs (I)2019 adalah digubal zaman UMNO memerintah Kelantan. Waktu itu Pas cukup lantang menyerang mahkamah syariah dan enakmen enakmen syariah kerana dikatakan bercanggah dengan syariah sehingga digelar enakmen 356 kerana bidangkuasa hukumannya hanya penjara 3 tahun, denda rm5000 dan sebat 6 kali.


Pas pada waktu itu cukup anti dan membenci enakmen enakmen syariah, mereka pertikaikan peruntukkan kena isi borang untuk kahwin, kena dapat kebenaran mahkamah untuk poligami, tak boleh cerai isteri tanpa kebenaran mahkamah dan banyak lagi. 


Saya masih ingat bagaimana pembentangan Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 dalam Dun Kelantan terpaksa ditangguh kerana bantahan yang kuat dari Adun Adun Pas kerana tidak setuju demgan beberapa peruntukkan yang ada dalam RUU tersebut. 


Sepanjang pengamatan saya ke atas ekjs (I) 2019, ada 3 perkara besar yang boleh menimbulkan kontroversi;


1. Hampir semua 24 peruntukkan baru dalam ekjs (I) 2019 seperti liwat, sihir, persetubuhan dengan mayat, persetubuhan dengan bukan manusia, mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan, melakukan muamalat riba dll terdedah kepada boleh dicabar keabsahannya dan bercanggah dengan Perlembagaan kerana kesalahan kesalahan tersebut telah diperuntukan dalam undang undang Persekutuan. 


Ternyata sekarang kegusaran ambo menjadi kenyataan apabila Nik Elin Nik Rashid memfailkan petisyen memohon pengisytiharan Mahkamah Persekutuan bahawa peruntukkan peruntukkan tersebut di luar bidangkuasa negeri @ mahkamah syariah. 


2. Hukuman hukuman yang diperuntukkan dalam ekjs (I) 2019 telah melangkaui bidangkuasa hukuman yang dibenarkan melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)  @ Akta 355 kerana ada hukuman hukuman yang tidak diperuntukkan dalam Akta 355 telah dimasukkan dalam ekjs (I) 2019.


3. Sebahagian besar kesalahan kesalahan dalam ekjs(I) 2019 diperuntukkan dengan hukuman denda Rm3000 ke atas atau penjara 2 tahun ke atas menjadikan kesalahan kesalahan tersebut hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah yang hanya ada satu sahaja, situasi ini sudah tentu memberi beban yang amat kepada Mahkamah Tinggi Syariah. 10 buah Mahkamah Rendah Syariah yang sedia ada tidak boleh membicarakan kesalahan kesalahan dalam ekjs (I) 2019 kerana hukumannya di luar dari bidangkuasa mereka. 


Jadi syariat apakah yang ingin dipertahankan oleh Pas atau Pas sudah menukar akidahnya dengan menjadikan enakmen enakmen syariah yang mereka lawan dan tentang dulu sebagai satu "undang undang syariah" bagi penyokong Pas???



Daerah Kapit bakal terima IPD baharu bernilai RM150 juta

 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Daerah Kapit di Sarawak bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu yang akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.


Pada lawatan kerja ke Daerah Kapit dan Song pada Ahad, Saifuddin berkata, IPD itu akan dibina sebuah lokasi yang baharu yang akan dikenal pasti kelak.


Projek itu disasar untuk dilaksanakan pertengahan tahun hadapan selepas proses mengenal pasti dan pengambilan tanah selesai.


"Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan membantu memudahkan proses mencari tapak yang baharu dengan kerjasama kerajaan negeri dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan," katanya.


Saifuddin berkata begitu kepada pemberita pemberita selepas lawatan kerja bagi Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas (PPK) Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Kad Pengenalan Diri.

Mengulas lanjut beliau berkata, IPD sedia ada di daerah itu diklasifikasikan sebagai Kategori C dan diketuai Ketua Polis Daerah (KPD) berpangkat Timbalan Superintenden.


Kementerian jelasnya telah mengambil maklum permohonan agar IPD Kapit dinaik taraf kepada Kategori B yang akan diketuai oleh Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden sesuai dengan pertambahan penduduk Kapit.


Selain pembinaan IPD baharu di Kapit, Saifuddin turut memaklumkan sebanyak RM318,000 akan diperuntukkan bagi kerja-kerja baik pulih di IPD Song.



ULANG SEMULA KES IKI PUTRA.....JOM BACA...

 IKI PUTRA 



Ramai yang minta saya terangkan kes di atas. Sebab banyak betul naratif di luar sana. Buat kes ni jadi bahan propaganda. Tambah2 nak dekat pilihanraya. 


Cerita nya macam ni. 


Ada seorang lelaki bernama Iki Putra didakwa atas kesalahan liwat pada tahun 2019. Tapi beliau dituduh bukan bawah Kanun Keseksaan. Tapi bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. 


Senang cerita kes dia bukan polis yang siasat. Tapi pegawai agama. 


Makanya, lawyer dia cabar lah Enakmen Syariah Negeri tu. Katanya salah pakai undang2. Patutnya dibuat bawah Kanun Keseksaan. Undang2 bawah Kerajaan Persekutuan. 


Makanya, pada tahun *2021*, Mahkamah Persekutuan putuskan. Enakmen Syariah tu terbatal kerana langgar Perlembagaan. 


Sebab apa? Sebab di bawah Perlembangaan, perkara jenayah adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Bukan Kerajaan Negeri.  


Makanya, bangkitlah pejuang bangsa guna ini jadi modal politik kaum dan agama. Tapi masa tu tahun 2021, Kerajaan Tebuk Atap masih lagi berkuasa. Takde la bunyi sangat. 


Sekarang sebab nak pilihanraya isu ini bangkit semula. Katanya Kerajaan sekarang liberal 😅 walhal tahun 2021 dah diputuskan Mahkamah. 


**************************


Ini satu benda yang kita kena paham betul2. Kenapa undang2 jenayah perlu diselaraskan di peringkat Nasional. 


Contoh kes Iki Putra tu. 


Kalau bawah Enakmen Syariah Negeri, kesalahan meliwat hukumannya denda max RM5ribu, penjara hanya 3 tahun atau 6 kali sebatan. 


Kalau bawah Kanun Keseksaan, kesalahan yang sama boleh dikenakan sampai 20 tahun penjara serta sebatan. 


Kesalahan yang sama, tapi hukumannya berbeza2. Daripada segi keadilan, macam mana tu? Orang Selangor kena 3 tahun. Luar selangor kena 20 tahun. 


Dalam Selangor pula, yang Muslim terpakai undang2 Syariah kena 3 tahun sahaja. Yang non Muslim ikut Kanun Keseksaan kena sampai 20 tahun pula. Padahal kesalahan yang sama? Mana keadilannya? 


***********************************


17 Ogos ini ada suatu lagi kes. Kes Nik Ezlin. Kes ini mencabar undang2 Jenayah Syariah Negeri Kelantan pula.  


Ada 20 undang2 syariah baru yang mereka pinda dan masukkan. Termasuk lah lawan cakap ibu bapa, buat tatoo dan pembedahan muka. 


Ada juga kesalahan hubungan seks luar tabie dengan haiwan (bestality). 


Undang2 Bestality ini juga ada dalam Kanun Keseksaan. Boleh kena 20 tahun penjara beserta sebatan. 


Tapi bawah Enakmen Syariah Kelantan, hukuman hanya 3 tahun penjara dengan denda RM5ribu saja. Dan ini hanya terpakai kepada orang Islam. Orang bukan Islam bagaimana pula. Takkan hukuman berbeza? 


Ini yang mengelirukan. Itu sebab ada cabaran. Mereka guna keputusan kes Iki Putra. Supaya undang2 nya ada penyelarasan. 


**********************************


Tapi pejuang NGO acah2 terpaling Melayu, semua ini mereka taknak bgtau. Kes yang diputuskan oleh tahun 2021, yang panel hakimnya hampir semua Melayu dah bagi rasionalnya. 


Perlu ada penyelarasan undang2 semua negeri. Kerana undang2 jenayah ini bukan saja impak orang Islam. Tapi orang bukan Islam juga. 


Kalau kesalahan tak overlap saya rasa ok je. Macam murtad, zina dan judi. Tu tak terpakai kepada non Muslim. Boleh lah Kerajaan Negeri buat. 


Tapi kalau yang dah ada bawah Kanun Keseksaan, pada2 la. Takkan la nak ada juga dalam Enakmen negeri? Macam mana nak kuatkuasakan itu nanti? 


Nanti ada la yang kata saya ni SIS la liberal la. Saya cuma bagi fakta sebenar. Supaya orang tahu the whole picture. 


Demam plihanraya ni ramai yang menangguk di air keruh. Selalunya orang begini hanya akan dapat lumpur. 


Bak kata SS, Cer cer poh poh… Jangan suka main dalam lumpoh.. (ok, lame ✌🏼😅) 


Salam hormat,

Liyana Marzuki




INI 20 UNDANG UNDANG YANG DIUBAH OLEH KERAJAAN KELANTAN

 




W. Faudzin.


Mereka buat undang- undang yang lopong..menunjukkan kebodohan mereka, bila orang tegur tak mahu dengar, bila orang cabar di mahkamah, mereka kata langgar hukum.Allah.  

Hukum.Allah itu tak bodoh macam undang-undang ciptaan kamu, lebai.   Waktu berkuasa dulu, satu undang-undang syariah pun kamu tak pinda atau perbaiki.  Bila dah hilang kuasa, sibuk nak berdemo.  Hakikatnya nak kumpul tabung milo kan? Macam RUU 355 dulu kan?



ISSHHH..ISSSHHH TERPALING ISLE LA DIA


 

WALAUN BIASA LA...


 

WOIII MAHIADDIN- MUNG NAK MASUK NERAKA ?- KEH..KEH..KEH




 Pulak dah. Apa ke he Mahiaddin cakap macam ni? Tak takut masuk neraka ke?


Ini sebenarnya petanda yang PN sekarang sedang retak menanti belah. Mahiaddin sudah mula rasa tercabar kedudukannya sebagai Pengerusi PN.


Ditambah lagi dengan pencalonan Samsuri untuk PRK Kemaman, usaha untuk membawa Samsuri ke peringkat pusat seakan mahu menghapus pengaruh Mahiaddin.


Baru-baru ini pun, di Perlis, ada rungutan dari Ketua Bersatu Perlis yang berang diketepikan dari lantikan ke jawatan exco biarpun disokong oleh Mahiaddin.


Itu tamparan buat Mahiaddin yang menunjukkan bahawa kedudukan Mahiaddin sebagai Pengerusi PN tidak dihormati oleh pimpinan PAS.


Lebih malang lagi, Adun Bersatu yang lain juga tak menyokong Ketua Bersatu Perlis. Bermakna surat sokongan daripada Mahiaddin tidak membawa erti waima di kalangan pemimpin Bersatu sendiri.


Malah desas desus mengatakan terdapat beberapa pimpinan yang mahukan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim.


Dengan semua kejadian ini, Mahiaddin berasaskan dirinya bakal dikesampingkan. Dia juga merasakan yang PAS mula mendominasi Perikatan Nasional.


Jadi kenyataan Mahiaddin ini seakan-akan sebuah pesanan buat PAS agar tak melupakan sumbangan Bersatu dan Mahiaddin sendiri atas pencapaian mereka dalam PRU15 yang lalu.


Kenyataan dari Mahiaddin ini bukannya saja-saja tersembul dari mulutnya. Ia hasil kebimbangan Mahiaddin yang lama bergelojak dalam mindanya.


Perkara ini belum berakhir. Ini baru permulaan. Aku teruja nak tengok bagaimana respon pemimpin lain baik daripada PAS mahupun Bersatu selepas ini.


Nak tengok muka muka seperti Wan Fayhsal dan Wan Saiful berani tak pertahankan Mahaiddin. Atau mereka lebih takut dikafirkan oleh walaun.


Begitu juga, aku nak tengok pemimpin PAS seperti Fadhli Shaari dan Awang Hashim, bahkan mungkin juga Arau. Berani atau tidak mengkritik Mahiaddin.


Tengok yang cakap berdegar ni sebenarnya berani ataupun pengecut dan cuma pandai sembang kari. Sementara tu, bolehlah onder (order) popcorn lebih. Panjang lagi episod ni nampaknya Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.