KETEGASAN MALAYSIA MENEGUR DASAR LUAR A.S & ISU KEMANUSIAAN PALESTIN TIDAK HALANG KEDATANGAN PELABUR DARI SANA









19 November 2023

6 Jamadil Awal 1445H


YAB Perdana Menteri  Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat (AS). 


Kata beliau, kestabilan politik dan dasar yang jelas adalah antara perkara yang dititik beratkan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk melabur di Malaysia.


PMX juga menyatakan komitmen negara untuk memberikan proses kelulusan pantas kepada pelabur dan ia jelas menambah keyakinan kepada syarikat-syarikat antarabangsa ini.


Dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu, rakyat memerlukan peluang pekerjaan.


Kita harus bersyukur yang kepimpinan Madani mampu untuk menarik pelabur serta pelancong asing agar mereka boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara insya-Allah, dan bukannya mencari salah pentadbiran negara semata-mata.


Malaysia kekal tegas tentang isu kemanusiaan di mana pun ia berlaku dan dunia tahu bahawa A.S mempunyai sikap memilih bulu dalam isu Palestin. 


Namun kita tidak boleh menghalang pelaburan dari AS yang akan memberikan faedah langsung kepada rakyat negara ini.


#MenJunjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMADANI 


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat




No comments: