Ketua Hakim Negara tegur 'loyar buruk' PAS.

 





Ketua Hakim Negara tegur 'loyar buruk' PAS.


https://www.facebook.com/zulqarnain.lukman/posts/10233392935872283


BILA HAKIM BERANG DENGAN PUTAR BELIT


Jarang-jarang kita lihat seorang Hakim berang dengan peel perangai lawyer. Apatah lagi kalau Ketua Hakim sendiri yang berang dengan peel perangai lawyer. 


Pastinya jika kenyataan terbuka sebegini dibuat oleh Ketua Hakim pastinya adalah sangat serius.


Ketua Hakim mengatakan bahawa ada yang putar belit fakta kes Nik Elin ini. Kalau ikut laporan akhbar, Ketua Hakim sebut perbuatan peguam itu tidak wajar. 


Kita pun tidak tahu setakat mana perbuatan peguam itu sehingga Ketua Hakim kata tidak wajar. 


Adakah perbuatan tidak wajar peguam itu terjumlah kepada maksud putar belit?


 Rencana akbar yang sama melaporkan bahawa Ketua Hakim sebut banyak fakta telah diputar belit berkaitan kes Nik Elin ini.  


Selalunya kita panggil orang yang putar belit ini adalah loyar buruk.  Loyar yang ada lesen kita tidak panggil loyar putar belit walaupun ada ketika loyar berlesen pun putar belit juga.


 Maka, sebab itu loyar ada etika dan adab yang perlu dipatuhi supaya dia tidak dipanggil loyar putar belit. 


Selain itu,kalau kita lihat dalam media sosial ramai lagi yang putar belit malah ada juga ahli parlimen dan  ulama pun putar belit juga. 


Contohnya, ada ulama putar belit kata Syariah dicabar tetapi Ketua Hakim kata yang dicabar itu adalah kecekapan undang-undang syariah atau kompetensi DUN untuk gubal undang-undang tertentu sahaja.


Jadi dalam hal ini kita nak percaya kat ulama yang putar belit atas pentas atau percaya kat Ketua Hakim yang dengar kes dalam Mahkamah?

...........................................................................

Sinar Harian (20/11/2023) melaporkan, "Tengku Maimun berkata, kenyataan peguam, Yusfarizal Yusoff yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) selaku pemerhati ialah sangat tidak wajar."


“Tanggapan itu tidak benar kerana pendengaran hari ini hanya bertujuan mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bukan merendah-rendahkan enakmen dan Mahkamah Syariah."


“Orang ramai bercakap mengenai kes ini, apatah lagi versi yang mengelirukan, isunya di sini bukan memburukkan Islam atau Mahkamah Syariah sebaliknya, kecekapan enakmen undang-undang Syariah, jadi kita perlu memahami latar belakang kes itu," katanya."


https://www.sinarharian.com.my/.../petisyen-cabar-enakmen...

------------------------------------

Malaysiakini (20/11/2023) melaporkan, "Pada prosiding hari ini, Tengku Maimun mengingatkan semua pihak supaya menegakkan prinsip undang-undang dan tidak membuat sebarang kenyataan yang bersifat menghasut."


"Peringatan itu dibuat susulan, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pempetisyen, membawa perhatian mahkamah terhadap kenyataan peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, mengenai isu dalam pendengaran berkenaan."


"Menurut Tengku Maimun, kenyataan Yusfarizal Yussoff yang menyentuh sentimen yang tidak sepatutnya dibincangkan dalam khalayak umum ketika prosidng itu masih didengar."


“Kami mengambil maklum dan membuat pemerhatian kerana isu yang dibangkitkan dalam pendengaran ini telah diperkatakan oleh ramai pihak namun ia merupakan versi yang telah diputar belit.


"Banyak pihak yang membicarakan mengenai kes ini di luar dan kenyataan yang dibuat adalah mengelirukan.


"Kami ingin mengingatkan peguam untuk tidak membincangkan mengenai kes ini di khalayak umum,” katanya.


Ketua Hakim Negara itu berkata, tidak timbul persoalan sama ada pihak pempetisyen mahupun mahkamah ini ingin menidakkan atau merendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.


“Isu dalam pendengaran petisyen itu bukan melemahkan agama Islam dan Mahkamah Syariah, tetapi ia adalah berhubung kompetensi kerajaan negeri dalam menggubal undang-undang. Kenyataan bahawa Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia adalah tidak betul.


https://www.malaysiakini.com/news/687148

Dr Zulqarnain Lukman

20 November 2023

6 Jamadil Awal 1445H```