AKIBAT TAKUT UNDI TIDAK PERCAYA ..HANYA 80 AHLI PARLIMEN SAHAJA DIBENARKAN

 


Terkini! Hanya 80 daripada 222 MP dibenar hadir sidang Parlimen

Terkini! Hanya 80 daripada 222 MP dibenar hadir sidang Parlimen

Hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan diperincikan dengan Jawatankuasa Dewan Rakyat dan ketua-ketua whip parti masing-masing.

Beliau berkata, ia akan diputuskan pada minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.

“Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama empat jam sehari bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan 2.30 hingga 5.30 petang. Cadangan untuk 80 ahli Parlimen sama seperti ketetapan bersidang pada tahun lepas.

“Macam tahun lepas, daripada 222 ahli Parlimen, hanya 80 sahaja yang boleh masuk. Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan semasa sesi itu berkisar kepada isu berkait Covid-19.

“Kita beri ruang kepada ahli Parlimen untuk bertanya soalan, cuma usul mengenai persidangan secara hibrid tidak dibuat kerana kita boleh bersidang secara biasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini pada Ahad.

Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan mencadangkan setiap sesi persidangan dihadiri seramai 44 ahli Parlimen kerajaan dan 36 ahli Parlimen pembangkang.

“Setiap sesi ada 80 ahli Parlimen. Kita ada sesi pagi dan petang, mereka boleh bertukar-tukar (ikut giliran) tetapi perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, menteri dan timbalan menteri juga perlu mengehadkan jumlah pegawai yang mengiringi mereka kepada dua atau tiga orang sahaja

SELAIN BERDOA KERAJAAN PN TUMBANG...NETIZEN JUGA BERDOA AGAR MENTERI KESIHATAN INI DIBUANG DARI KABINET

 

Netizen berang menteri flip flop, petang umum warga emas boleh vaksinasi secara ‘walk in’, malam CITF tangguh



Netizen berang menteri flip flop, petang umum warga emas boleh vaksinasi secara ‘walk in’, malam CITF tangguh



Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bakal memaklumkan tarikh sebenar pelaksanaan vaksinasi untuk golongan warga emas secara kaedah terbuka atau ‘walk-in’.

Langkah tersebut bagi membolehkan perancangan inisiatif dapat dimuktamadkan seperti urusan logistik dan penghantaran cukup bekalan di kesemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Justeru, orang ramai berusia 60 tahun ke atas yang tiada janji temu, diminta tidak hadir di PPV sehingga maklumat lanjut diumum dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan.

CITF merujuk pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada sidang akhbar di sini petang tadi yang memaklumkan mengenai inisiatif baharu itu untuk warga emas.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah hadir tanpa janji temu untuk golongan itu akan dilakukan di di Selangor dan Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diperluaskan pula ke seluruh negara.

Langkah tersebut ujarnya, ekoran ramai kalangan penduduk berumur lebih 60 tahun yang masih lagi belum divaksin disebabkan belum daftar selain ada tidak tahu cara untuk mendaftar.

Golongan berkenaan sepatutnya menerima vaksin dalam fasa 2 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sejak April lalu dan sepatutnya akan selesai pada hujung bulan depan.

Mengulas lanjut, CITF menjelaskan bahawa, perancangan susunan waktu yang bersesuaian sedang dirancang untuk warga emas datang bersama pengiring mereka tanpa ada janji temu.

“Ini juga untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutama warga emas yang dijangka hadir beramai-ramai ketika berlaku pula jumlah jangkitan Covid-19 semakin tinggi ketika ini,” katanya.



GENG LAWAN ULAMA | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Kluster Menteri malukan 3 juta ahli Umno dan MKT


Kluster Menteri malukan 3 juta ahli Umno dan MKT

Kita boleh lihat sendiri dgn jelas. Bila dgn Muhyidin, cepat saja menteri Umno ini umum sokong. Bila arahan dari Presiden Umno sendiri, macam2 dalih dan alasan mereka untuk tidak patuh.

Wahai orang2 Umno, kamu bukan saja dibuli oleh Bersatu bahkan dibuli oleh menteri2 dan MP kamu sendiri. Mereka tidak takut lagi kepada ahli2 Umno sbb mereka tahu Umno umpama harimau sarkas tua yang tidak bergigi.

Biarpun Muhyidin tercirit, namun dia ada segala2nya kecuali majoriti.

Cukup beberapa menteri Umno itu memalukan 3 juta ahli Umno dan ahli MKT Umno yang membuat keputusan menolak Muhyidin. Umno kini jadi bahan ketawa.


ADA LAGI AKAN MELETUP DI KELANTAN

 May be an image of text



NOTIS

Malam tadi seorang rakan asal Kelantan memberi tahu melalui telefon ada satu kejadian bakal mengejut akan berlaku di Kelantan. Ia berkaitan dengan alam sekitar. Saya sedang menunggu maklumat dan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Apakah ia berhubung dengan pencemaran sungai disebabkan pertambangan, atau pun ada kawasan hutan baru yang bakal dirombak (dirompak) untuk kepentingan mana-mana pihak?

Standby.

Dalam pada itu timbalan menteri besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan setakat ini tidak ada Exco dipanggil oleh SPRM ekoran penahanan beberapa individu dalam kes rasuah dalam AKSB dalam projek RM27 juta.

Bersama laporan sama beliau juga kata wang RM600 juta untuk pembangunan air bersih di Kelantan tidak berada dalam tangan kerajaan. Jadi wang itu pergi lempar ke mana?

Takkan disimpan oleh Gebnur Bangkok. Pelik, jadi kerajaan macam mana kalau wang kerajaan pun tidak tahu. Berat BNA ni. Trims.

Trims.

 


Gempar !!! Ini punca mengapa Caprice mula serang Ebit Lew?


Gempar !!! Ini punca mengapa Caprice mula serang Ebit Lew?

Pihak berkuasa Mesir dan Palestin menolak permohonan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Datuk Seri Azeez Rahim untuk masuk ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.

Menurut sumber Kedutaan Malaysia, Mesir, setelah mendapat pandangan kerajaan Palestin, hanya memberi kebenaran kepada kumpulan Azeez Rahim yang turut disertai penyanyi rap, Caprice, untuk menyampaikan bantuan di Rafah sahaja, iaitu sempadan antara Mesir dan Palestin.

Kebenaran tersebut telah diberikan sejak 7 Julai lalu lagi kepada 17 orang anggota NGO terbabit. Bagaimanapun NGO ini masih mendesak untuk menyampaikan bantuan di Gaza bukannya di sempadan Palestin di Rafah.

Sumber terbabit enggan memaklumkan punca penolakan permohonan tersebut walaupun disokong dengan nota diplomatik sama seperti permohonan ustaz Ebit Lew.

Sumber kedutaan turut memaklumkan bahawa rayuan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien kepada Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry juga gagal atas alasan penolakan dibuat oleh badan perisikan Mesir.

Dalam sistem pentadbiran Mesir, hanya Presiden Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil el-Sisi boleh membatalkan sebarang sekatan oleh Badan Perisikan Mesir.

Setakat ini Wisma Putra enggan mengulas mengenai isu ini.

Isu ini menjadi panas sejak beberapa hari lalu apabila Caprice memuat naik pelbagai status media sosial yang menyerang Ebit Lew, pihak berkuasa Mesir dan kerajaan Malaysia berikutan mereka gagal masuk ke Gaza.

 OWH...dengki la gamaknya.......mmmmmmmmm



'Pas akui sahajalah kerajaan PN telah gagal' - Dr Zaliha

 


Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad baru-baru ini yang cuba menyalahkan rakyat kerana gagal membantu Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid 19 adalah tidak bertanggungjawab.



Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, kenyataan Najihatussalehah itu seolah-olah memperkecilkan pengorbanan rakyat yang selama ini mematuhi setiap peraturan yang dikenakan kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga 3.0 bagi melandaikan keluk jangkitan Covid 19, biar pun tidak menunjukkan sebarang hasil.



"PKP 1.0 - 3.0 menyaksikan rakyat mematuhi setiap peraturan yang dikenakan walaupun mereka resah dengan peraturan yang tidak menentu dan sering berubah-ubah.



"Hampir dua tahun tidak bersemuka dengan yang tersayang, premis ditutup kerana dikategorikan perniagaan yang tidak essensial, berdepan masalah penjagaan anak-anak kerana pusat penjagaan dan sekolah ditutup, sehingga ada yang sanggup menjadi gelandangan kerana tidak mampu lagi menampung sewa rumah dan macam-macam lagi," katanya dalam satu kenyataan.



Bagi Dr Zaliha, sebelum menyalahkan rakyat pemimpin Pas yang berada dalam kerajaan PN perlu bermuhasabah. Adakah semua keputusan dan dasar yang menyebabkan jangkitan Covid 19 berleluasa itu dibuat oleh rakyat atau pun kerajaan?



"Keputusan rakyatkah apabila Pilihanraya Negeri Sabah diadakan? Keputusan rakyatkah apabila kilang-kilang masih beroperasi walaupun PKPD diumumkan dan dilaksanakan? Keputusan rakyatkah apabila pembelian vaksin terlalu banyak protokol?



"Keputusan rakyatkah bila negara masih lembab dalam pemberian vaksin kepada penerima?



"Trending #kerajaangagal itu adalah luahan hati rakyat yang telah satu tahun tujuh bulan berhadapan dengan pelbagai masalah kehidupan serta berdepan dengan ekosistem kehidupan bercelaru. Mereka hilang punca pendapatan, hilang pekerjaan dan mata pencarian, hingga terpaksa meminta ehsan dan pertolongan orang lain dengan mengangkat bendera putih, seperti yang semua maklum," ujar Zaliha.



Menurut Pengerusi Biro Dasar, Strategi dan Latihan, Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu lagi, rentetan dari dasar kerajaan yang separuh masak hari ini rakyat dibebani hutang bertimbun tambah, manakala banyak perniagaan dan perusahaan terpaksa gulung tikar.



"Ini bukan cakap kosong tapi penemuan dari pelbagai kajian termasuk kajian oleh Institut Penyelidikan dan pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaya Kelantan (UMK), mendapati hampir semua responden yang bekerja sendiri hilang punca pendapatan.



"Mereka menyatakan wang simpanan pula susut sebanyak 65%, peningkatan kos utiliti pula sebanyak 37.3% dan peningkatan hutang sebanyak 27.2% (Berita Harian Online 22hb Mei 2021).



"Tahukah pemimpin Pas kesihatan mental rakyat semakin parah? Hari-hari kita dihidangkan berita kejadian membunuh diri. Talian psikososial kerajaan dan NGO menerima ratusan ribu panggilan dan ia bukan panggilan palsu tetapi meminta tolong, luahan perasaan, kesengsaraan mental dan emosi, panggilan akibat didera pasangan dan pelbagai lagi



"Lebih parah apabila kerajaan yang sama-sama diterajui Pas ini memperlekehkan sistem demokrasi dan Raja Berpelembagaan yang menjadi pegangan kita rakyat Malaysia.



"Membiarkan Dewan tidak bersidang lebih dari enam bulan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka menolak untuk berbincang dan berbahas tentang masalah rakyat dan negara di Parlimen dengan pelbagai alasan dan ironinya sehingga mengenakan Ordinan Darurat untuk membenarkan tindakan menggantung Parlimen dan rakyat masih bersabar," katanya.



Sehubungan itu, Dr Zaliha berharap pemimpin Pas turun padang untuk menyaksikan sendiri penderitaan rakyat dan jangan bercakap seperti orang yang duduk di atas kahyangan.



"Sebagai orang yang dikelilingi para ulama, hadis dan al Quran sentiasa meniti dibibir, lihatlah kembali sejarah Rasul dan para sahabat. Telaah kembali bagaimana Umar Abdul Aziz turun ke bawah mencari rakyat yang susah, merasa tersangat bersalah apabila ada rakyatnya tidak makan dan memikul sendiri gandum dari gudang kerajaan untuk diberikan kepada keluarga miskin



"Anologinya seperti orang yang sakit, mengakulah bila kita tidak sihat dan ambil ubat untuk mengubatinya, barulah betul. Jangan terus berada dalam “denial syndrome” dan membiarkan diri terus musnah. Dan lebih dahsyat apabila sikap itu juga memusnahkan

orang lain," katanya lagi

LEBIH BAIK BERSUARA DARI KE JALAN RAYA -TAMBRIN TUN GHAFAR



Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 17/07/2021
( 1 -  24 )


1.  " RAKYAT  BERSUARA  JAUH  LEBIH  BAIK  DARI RAKYAT  TURUN KE JALAN  RAYA " 

ini ialah selembut - lembut  PERINGATAN    dan  AMARAN  rakyat  kepada  KERAJAAN  BODOH  DAN  GAGAL  pilihan  Agong  yang disuarakan oleh seorang ustaz  yang  TIDAK  TAHAN  LAGI   dengan  segala  penderitaan yang rakyat  hadapi selama ini  ; klip video ustaz ini berlegar secara  meluas  sejak awal bulan Julai ini 

2.  Kali terakhir  rakyat  menderita kebuluran bermula pada 8hb. Disember 1941 apabila Tentera Jepun  mendarat di Kampong Pantai Pak Amat di Kota Baru , Kelantan 

3.  Walaupun pemerintahan Jepun  tidak lama  namun rakyat  amat sangsara dimana ubi kayu ,  bukan lagi  beras menjadi makanan  utama 

4.  Kebelakangan  ini
rakyat mengeloh , menangis ; sudah melebihi 1500  orang  MEMBUNUH  DIRI kerana  tidak tahan  'PRESSURE'  akibat  KEGAGALAN  Kerajaan PN  pimpinan  Mahiaddin menangani masalah wabak COVID 

5.  Ketika kempen Pilihanraya Kecil Slim dalam Kawasan Parlimen  Tanjung Malim , Perak , Azmin Ali yang lebih dikenali  dengan panggilan SEMBURIT yang  pernah bertanggong jawab selaku Menteri Ekonomi bawah Kerajaan PH dengan lantang dan tanpa punyai perasaan  salah  ( guilty concious )  membohongi  rakyat  kononya jika PH  terus memerintah maka lebih ramai akan dijangkati  COVID  dan mati dalam masa sama katanya lagi ekomomi akan jatuh merudum ? 

6.  Ketika itu jumlah pesakit COVID  ia lah 22 orang sahaja dengan 2 orang dimasukan ke hospital  dan TIDAK  ADA   sebarang  kematian pun jika dibandingkan sudah lebih 5000 orang  mati akibat jangkitan kuman COVID dan setiap hari angka positif tidak kurang  6000  sehingga pernah mencecah lebih 8000 sehari 

7.   SEMBURIT  dengan muka selamba TERUS   MEMBOHONGI  rakyat  konongnya ekonomi negara  kini berada dalam keadaan amat baik dan ramai pelabur luar negara  berminat   melabur disini sedangkan  jumalah  pengganguran  kini meningkat  
ke 800, 000  orang dan jumalah graduan yang maseh menggangur bertambah ; ini adalah akibat  penutupan dan penghijrahan  kilang - kilang ke negara - negara jiran dan terkini Jepun , German dan Holland  sudah mula berundur dari Malaysia 

8.   Semasa  rakyat  mengkibar BENDERA   PUTIH   kerana tidak berkemampuan tetapi dalam masa sama SEMBURIT   dan keluarga  berseronakan  diluar negara -  satu tidakan yang TIDAK  BERTANGGUNG  JAWAB 

9.  Percaya lah  sekembali dari bersoronàkan diluar negara nanti  beliau akan  MAKAN  MAGGI  MEE   nak menunjuk  bahawa begitu  perahatin beliau kepada rakyat kerana  PENANGGUHAN  bukan  POTONGAN  gaji beliau  dan Menteri - Menteri lain. selama 3 bulan 

10.   Oleh kerana BANTUAN  SEBENAR   untuk mereka yang memerlukan   TIDAK  MENAPATI  SASARAN  SEBENAR   mereka yang amat susah  maka disarankan  mengkibarkan BENDERA  PUTIH   dengan satu tujuan murni  ; jiran bantu jiran , rakyat bantu  rakyat  - dalam  bahasa  mudah  mereka sudah  TIDAK  PERCAYA  lagi  dengan  Kerajaan PN  dan Wakil - Wakil Rakyat  yang  mereka pilih 

11.  Drama terbaru yang dihidangkan  apabila hampir kesemua Ahli UMNO  yang  berjawatan Menteri , Timbalan Menteri dan Pengurusi - Pengurusi  GLC   tidak menghormati  Resolusi   Perhimpunan  Agung UMNO  atau  PAU yang diputusukan sebulat suara 

12.  Alasan nya amat mudah -  siapa nak bayar gaji dan allowance bulanan mereka yang berjumlah puluhan ribu sebulan ?  , jestru  tunggu sahajalah  apabila Parlimen dibubarkan  nanti  BUKAN  sekarang 

13.  Inl lah  sikap dan sifat  MUNAFIK  Wakil - Wakil Rakyat  UMNO  yang  HANYA  MEMENTINGKAN DIRI  dari menghumban  Mahiaddin ke dalam sungai 

14.   4  tanda  - tanda    SIKAP  DAN  SIFAT   ORANG   MUNAFIK  : 

i.  Apabila diberi AMANAH  - Khianat 

ii.  Apabila  BERBICARA   atau  BERCAKAP  -  Bohong 

iii.  Apabila  BEJANJI  -  Tidak Di Penuhi  atau  Mungkir Janji 

iv.  Zalim


Terdapat beberapa JANJI  ALLAH  SWT  di dalam Al Quran  terhadap orang - orang MUNAFIK antara nya dalam ; 

Surah An - Nisa 

Ayat 145
Mukasurat 101 

'Sesungguhnya orang- orang MUNAFIK  itu ditempatkan pada peringkat yang paling bawah di neraka.  Mereka TIDAK  akan menerima sebarang
pertolongan' 

Surah  Al - Taubah
Ayat  84
Mukasurat 200 

'Dan janganlah engkau ( Muhammad )  mendirikan solat untuk seseorang  yang mati diantara mereka ( orang - orang MUNAFIK )  selama - lama nya dan janganlah engkau ( Muhammad ) berdiri ( mendoakan ) di atas kuburnya.  Mereka mati dalam  keadaan fasik' 

15.  Setiap hari ada sahaja  kematian akibat COVID   dan hampir  setiap minggu  ada sahaja  yang MENGGANTUNG   DIRI ; situasi  ini  TIDAK  PERNAH  BERLAKU 

16.  Menurut  Brigadier Jeneral  Dr. Mohd Arshil Moideen  akibat tiada koordinasi dari peringkat atas  hingga kebawah maka usaha menangani wabak COVID ini menemui kesukaran ; pendapat ini di PERSETUJUI   oleh Dr. Jemilah Mahmood, Penasihat  Khas  kepada Perdana Menteri berhubung Kesihatan Awam 

17.   Rakyat  malah Raja - Raja Melayu  pun  sudah tahu  mengapa  Kerajaan ini merupakan KERAJAAN  GAGAL . 

18.   Saya penuh yakin Mahiaddin dan Anggota Kabinetnya SENGAJA   MEMEKAK KAN telinga , dan TIDAK  HAIRAN  jika  segala pandangan dan rintihan rakyat TIDAK   DI PEDULIKAN dan mungkin berakhir di tong sampah sahaja 

19.   KIBARKAN  BENDERA   HITAM  sebagai  usaha rakyat menyelamatkan diri dari TERUS   DI TINDAS   DAN  DI ZALIMI  - ini lah cara TERBAIK  - KITA  JAGA  KITA  !! 

20.   Akhir sekali  saya cadangkan pehak Bukit Aman  mengadakan  beberapa siri kursus Perlembagaan Negara   untuk Pegawai - Pegawai mereka agar  mereka lebih peka sebelum melaksanakan  sebarang undang - undang 

21.  PERKARA  10 (1) (a) (b) dan (c)  Perlembagaan Negara 

(a)  tiap- tiap warganegara BERHAK  kepada  kebebasan  bercakap dan bersuara 

(b)   semua warganegara BERHAK  BERHIMPUN  secara aman  dan tanpa senjata 

(c)   semua warganegara  BERHAK  untuk membentuk persatuan 

22.  TIDAK  SIAPA  BOLEH  PAKSA  APA PUN  PAKAIAN  ATAU  WARNA  BENDERA  YANG  DIKIBARKAN 

23.    NEGARA  KAYA  JESTRU  LANTIK LAH  SEMUA  MENTERI  SEBAGAI  TIMBALAN  PERDANA  MENTERI  -  rakyat kini  sudah AMAT  DERITA ;  sudah  sampai satu tahap  yang  diluar  pemikiran normal - yang  PENTING  Kerajaan  Gagal  ini MISTI  DI GANTI   atau  'RESET'  SERTA MERTA dengan sistem   lain 

24.   Ahli - Ahli Parlimen  khususnya dan ahli - ahli politik lain  MISTI  MENGENEPIKAN  DAHULU  kepentingan    Parti dan Ketua  masing - masing  dan diri  JIKA   sayangkan  rakyat  dan negara  ; JANGAN  menggunakan kepentingan  rakyat  SEBAGAI  HELAH  untuk berkuasa dan kemudian merompak ; dalam ertikata lain : 

        JANGAN
        MENANGGUK 
        DI AIR  KEROH 

Wassalam
Terima Kasih

Sudah tahun 2021 tapi masih bergelumang dengan fitnah


makan

Gambar terbaharu Lim Guan Eng dan Ahmad Zahid Hamidi yang ditularkan.



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas pihak-pihak tertentu yang terus ‘menyerang’ beliau dengan menggunakan gambarnya duduk makan bersama Lim Guan Eng pula.

Presiden UMNO itu berkata, fitnah dengan mereka tidak dapat dipisahkan.

Katanya, walaupun sudah tahun 2021, pihak-pihak tertentu itu masih bergelumang dengan fitnah.

”Kita berhujah tentang fakta, mereka cekal dengan tipu daya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, katanya, golongan yang memfitnah itu tidak menyedari bahawa gambar tersebut membuktikan sebaliknya – membuktikan tentang pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang bertanggungjawab.

Gambar itu membuktikan kerajaan UMNO/BN tidak bermain politik dalam mentadbir negara tatkala rakyat dihimpit kesusahan dan penderitaan.

Ahmad Zahid menjelaskan gambar itu diambil ketika Pulau Pinang dilanda banjir besar pada 2017 dan Guan Eng yang menjadi ketua menteri ketika itu telah menghubungi jam 3 pagi untuk minta bantuan Kerajaan Pusat selepas kerajaan negeri tidak berupaya menangani banjir yang berlaku.

”Kerajaan UMNO/BN serta-merta hantar segala bantuan dan saya sebagai TPM (timbalan perdana menteri) turun padang. ‘Begitu caranya jadi kerajaan Malaysia. Jaga rakyat dan negara sepenuh hati.

”Bukan menutup pintu Parlimen dan menggantung demokrasi. Bukan menyalahgunakan Ordinan Darurat untuk kepentingan diri.

”Bukan memandang mudah bantuan dan tuntutan rakyat. Bukan terus dalam sindrom penafian tentang ekonomi yang merundum.

”Bukan memperkotak-katik titah Agong dan Raja-Raja Pemerintah,” tegas beliau lagi.

Dakwanya lagi, rakyat sedang menderita dan negara menuju kegagalan namun mereka seolah-olah tidak peduli semua ini.

Mereka terus bermain politik tetapi UMNO pula dituduh bermain politik.

”Kita pukul rata sahaja tentang mereka ini sebab mereka sebenarnya masih sekapal,” ujarnya. – MG

Tiada perbahasan Parlimen: Jangan angkuh derhaka titah Agong - PH

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa tidak menderhakai titah Yang di-Pertuan Agong dengan membuka Parlimen hanya bagi mendengar taklimat daripada para menteri.



Majli Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi amaran agar kerajaan PN berhenti mencabul institusi demokrasi negara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun lalu telah menzahirkan titah pandangan sidang Parlimen perlu diadakan segera supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat membahaskan Ordinan-ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan perbelanjaan berkaitan pandemik Covid-19.



"Seri Paduka Baginda menitahkan pandangan yang sama pada 24 Februari dan 29 Jun 2021.



"Titah pandangan Seri Paduka Baginda senada dengan aspirasi rakyat yang mahu pengakhiran kemelut wabak pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi negara ketika ini.



"Demi menjunjung titah pandangan Tuanku ini, Ketua Pembangkang telah pada 12 Julai menghantar usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membahaskan perkara-perkara yang digesa Tuanku.



"Tidak ada usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan oleh PH. Pembangkang mahu tumpuan diberikan kepada masalah rakyat ekoran krisis Covid-19 dan kemelesetan ekonomi," kata Majlis Presiden yang menggambarkan tiada apa yang perlu dikhuatirkan oleh kerajaan PN sekiranya sesi soal jawab Dewan Rakyat dibenarkan.



Bagaimanapun Majlis Presiden PH jelas kecewa dengan kenyataan media Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu menyatakan persidangan Dewan Rakyat pada 26 Julai hingga 2 Ogos hanyalah satu persidangan khas mendengar penerangan atau ceramah Menteri-Menteri tanpa sebarang perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen.



"Oleh itu, PH mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan kerajaan PN agar tidak derhaka terhadap titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan terus membuka ruang perbahasan bagi membolehkan Parlimen berfungsi semula secara normal dan Ahli-ahli Dewan Rakyat menunaikan tanggungjawab murni mereka membela hak rakyat," kata mereka lagi.



Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.