
Pihak berkuasa Mesir dan Palestin menolak
permohonan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Datuk Seri Azeez Rahim
untuk masuk ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.
Menurut
sumber Kedutaan Malaysia, Mesir, setelah mendapat pandangan kerajaan Palestin,
hanya memberi kebenaran kepada kumpulan Azeez Rahim yang turut disertai
penyanyi rap, Caprice, untuk menyampaikan bantuan di Rafah sahaja, iaitu
sempadan antara Mesir dan Palestin.
Kebenaran tersebut telah diberikan sejak 7
Julai lalu lagi kepada 17 orang anggota NGO terbabit. Bagaimanapun NGO ini
masih mendesak untuk menyampaikan bantuan di Gaza bukannya di sempadan Palestin
di Rafah.
Sumber
terbabit enggan memaklumkan punca penolakan permohonan tersebut walaupun
disokong dengan nota diplomatik sama seperti permohonan ustaz Ebit Lew.
Sumber kedutaan turut
memaklumkan bahawa rayuan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun
Hussien kepada Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry juga gagal atas alasan
penolakan dibuat oleh badan perisikan Mesir.
Dalam sistem pentadbiran Mesir, hanya
Presiden Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil el-Sisi boleh membatalkan sebarang
sekatan oleh Badan Perisikan Mesir.
Isu
ini menjadi panas sejak beberapa hari lalu apabila Caprice memuat naik pelbagai
status media sosial yang menyerang Ebit Lew, pihak berkuasa Mesir dan kerajaan
Malaysia berikutan mereka gagal masuk ke Gaza.
No comments:
Post a Comment