DIA BUAT KALUT NAK BUKA SEKOLAH...SEDANGKAN KES TENGAH MELONJAK...MEMANG DIA NI SAMA LEVEL MACAM PAK LAWAK MENTERI KESIHATAN SEDUNIA

 


Terkini! Sekolah secara bersemuka akan bermula pada 1 September ini



Terkini! Sekolah secara bersemuka akan bermula pada 1 September ini


Sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos depan sebelum persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat pada 1 September berikutan majoriti tenaga pengajar sudah divaksinasi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan tersebut dicapai melalui perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan kenyataan itu juga, KPM bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CTF) bagi meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah.

Setakat 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan pentadbir (61.30%) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33%) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Berikutan kadar vaksinasi tersebut, KPM memutuskan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 1 September 2021.

“Namun begitu, KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.”

Menurut kenyataan itu lagi, perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah secara bersemuka akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka dan sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal.




No comments: