HANCUR HANCUR....HANCUR UMNO....

 May be an image of 1 person and text


UMNO Diambang Kehancuran.

 

UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi dilihat sangat rapuh dan bercelaru.

Berbeza dengan pimpinan UMNO sebelum ini yang berjaya membawa UMNO dengan baik ..Walau banyak kes rasuah bagi setiap pimpinannnya ..walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Bahkan, Dato Seri Najib juga berjaya memimpin UMNO dengan cemerlang walaupun akhirnya jatuh pada pru 14 yang lepas. Akibat skandal 1 MDB

 

Beberapa siri audio yang bocor daripada mesyuarat UMNO juga menunjukkan tiada lagi keharmonian dan penyatuan didalam UMNO.

 

Berdasarkan audio itu juga, UMNO seperti tiada hala tuju yang jelas apabila setiap keputusan yang dibuat oleh pimpinan UMNO menuju kegagalan. Bermula dari Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional yang tidak dijaga dengan baik sehingga Jajaran yang baru digerakkan oleh Zahid Hamidi juga dianggap satu kegagalan yang besar didalam UMNO.

 

Selain itu, beberapa siri pemecatan dan pertukaran jawatan dengan menangguhkan pemilihan parti didalam UMNO menunjukkan semangat demokrasi yang dilaungkan UMNO sudah tiada lagi.

Secara konklusinya, Zahid Hamidi adalah seorang Presiden UMNO yang gagal. UMNO perlu dibaik pulih dengan segera supaya Parti Keramat orang Melayu ini boleh bangkit semula memimpin negara.

 


No comments: