SELAIN BERDOA KERAJAAN PN TUMBANG...NETIZEN JUGA BERDOA AGAR MENTERI KESIHATAN INI DIBUANG DARI KABINET

 

Netizen berang menteri flip flop, petang umum warga emas boleh vaksinasi secara ‘walk in’, malam CITF tangguh



Netizen berang menteri flip flop, petang umum warga emas boleh vaksinasi secara ‘walk in’, malam CITF tangguh



Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bakal memaklumkan tarikh sebenar pelaksanaan vaksinasi untuk golongan warga emas secara kaedah terbuka atau ‘walk-in’.

Langkah tersebut bagi membolehkan perancangan inisiatif dapat dimuktamadkan seperti urusan logistik dan penghantaran cukup bekalan di kesemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Justeru, orang ramai berusia 60 tahun ke atas yang tiada janji temu, diminta tidak hadir di PPV sehingga maklumat lanjut diumum dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan.

CITF merujuk pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada sidang akhbar di sini petang tadi yang memaklumkan mengenai inisiatif baharu itu untuk warga emas.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah hadir tanpa janji temu untuk golongan itu akan dilakukan di di Selangor dan Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diperluaskan pula ke seluruh negara.

Langkah tersebut ujarnya, ekoran ramai kalangan penduduk berumur lebih 60 tahun yang masih lagi belum divaksin disebabkan belum daftar selain ada tidak tahu cara untuk mendaftar.

Golongan berkenaan sepatutnya menerima vaksin dalam fasa 2 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sejak April lalu dan sepatutnya akan selesai pada hujung bulan depan.

Mengulas lanjut, CITF menjelaskan bahawa, perancangan susunan waktu yang bersesuaian sedang dirancang untuk warga emas datang bersama pengiring mereka tanpa ada janji temu.

“Ini juga untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutama warga emas yang dijangka hadir beramai-ramai ketika berlaku pula jumlah jangkitan Covid-19 semakin tinggi ketika ini,” katanya.



No comments: