SYARIKAT RM160B DIASASKAN RAKYAT MALAYSIA, AS YANG UNTUNG?


Panas! YB kepit piala tempelak Pensyarah UUM

 


Panas! YB kepit piala tempelak Pensyarah UUM

Sudah-sudahlah tu…

Saya terpanggil juga untuk memberi komen dengan posting Dr Kamarul Yusoff berkaitan bantuan 2 orang ahli politik kepada 2 orang penerima bantuan motosikal yang baru.

Posting itu telah menerbitkan pelbagai komen yang mengganggu keharmonian hubungan antara kaum mahupun melukakan kemuliaan bulan yang penuh keberkatan ini. Perbandingan cara bantuan yang diulaskan Doc seolah-olah di Malaysia ini kita tidak boleh sama sekali memberi bantuan yang menunjuk-nunjuk nak pula bantuan yang diberikan itu daripada bangsa lain terutamanya kalangan ahli politik parti Cina. Cara posting Doc ini yang menekan “Cina Kristian” telah mencetuskan rasa tidak senang hati dikalangan netizen yang turut sama memberi komen berbaur perkauman dan agama.

Ada 2 ayat yang menggunakan perkataan “Cina Kristian” membawa maksud tidak baik untuk tatapan warganet yang barangkali akan mencetuskan rasa tidak selesa antara 2 kaum yang mana 1 ayat itu membandingkan kesusahan Melayu Islam dan Cina Kristian.

Sudah-sudahlah tu Dr. Kamarul…

Posting daripada Yb Steven Sim telah diterima baik sebahagian besar warganet juga turut dipersoalkannya. Sebahagian besar komen netizen dalam perkongsian Yb Steven menunjukan sokongan dan rasa syukur kerana masih ada insan yang cakna dengan nasib malang pemandu Ehailing. Cara posting ayat syahdu Yb Steven tidak jauh bezanya dengan Ustaz Ebit Liew. Malah bantuan Ustaz Ebit merentasi garis sempadan agama bangsa mahupun sehingga keluar negara. Tetapi kita tidak pernah disajikan tohmahan daripada agama@bangsa lain terhadap bantuan Ebit Liew malahan sebilangan rakyat Malaysia menjadikannya satu dorongan untuk terlibat sama.


Untuk makluman Doc, ini bukan pertama kali bantuan yang diberikan Yb Steven, sebelum ini beliau telah membantu seorang ibu tunggal bersama anak2 yang kecil mendapatkan rumah baru setelah dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa. Posting tersebut turut mendapat perkongsian yang tinggi. Tidak lupa juga bantuan laptop yang mencecah ratusan unit yang mana ramai dikalangan penerima adalah anak Melayu Islam.

Sebagai orang Islam yang hidup dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama di Malaysia ini, ayat Quran drpd Surah Al Hujurat, ayat 13 membawa maksud “… Kami(Allah) telah menjadikan kamu lelaki & wanita, berbangsa-bangsa, bersuku puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain dan beramah mesra…” Ayat ini juga sering dibacakan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk mengaitkan suasana kehidupan harmoni rakyat Malaysia khususnya.

Kita tiada masalah untuk berbeza dalam anutan politik, tetapi janganlah sampai kita kaitkan kelakuan hidup kita dengan politik bangsa dan agama. Rakyat Malaysia sentiasa hargai segala bentuk bantuan kepada golongan yang susah terutama dalam menghadapi kepayahan hidup di musim Covid-19 ini. Saya menasihati diri saya dan sahabat warganet, “Pasakkan hati kita dengan sangkaan yang baik terhadap sesiapa sahaja supaya mata hati kita tenang melihat
“pembebasan orang yang dalam kesusahan@kesulitan”.

Allah berfirman…. “Berilah khabar gembira kepada orang2 yang sabar”

Salam Ramadhan… Salam Jumaat..

HASNUL ZULKARNAIN
ADUN Titi Serong








BERITA LUAR SEMPENA PEMILIHAN PRESIDEN RUSSIA ? Benarkah ini rumah Putin di Sochi Rusia?

 

AFP
Benarkah ini rumah Putin di Sochi Rusia?
Benar atau tidak ini rumah Presiden Rusia, Vladmir Putin. - Foto AFP
BEBERAPA gambar telah dikongsi ribuan kali di Facebook, Instagram, Twitter dan Reddit dengan dakwaan bahawa mereka menunjukkan rumah Presiden Rusia Vladimir Putin di Sochi, Rusia. Dakwaan itu tak benar: gambar-gambar itu menunjukkan konsep reka bentuk rumah yang dicipta oleh seorang arkitek di Rusia — bukan bangunan yang sebenar.
Beberapa gambar sebuah bangunan muncul pada 29 Januari 2021 dalam catatan Facebook ini.
Catatan Facebook yang mengelirukan itu menyatakan:
Dikhabarkan ini rumah presiden Rusia Mr. Putin. Lokasi di Sochi, Rusia. Direka oleh arkitek Rusia, Roman Vlasov. Semacam aja rupa rumah ni…”
Tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan, diambil pada 14 April 2021. - Foto AFP
Tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan, diambil pada 14 April 2021. - Foto AFP
Vladimir Putin ialah presiden Rusia sekarang.
Sochi merupakan bandar peranginan di barat daya Rusia.
Gambar-gambar tersebut juga telah dikongsi lebih daripada 11,000 kali selepas mereka muncul dengan dakwaan serupa dalam bahasa Malaysia; bahasa Inggeris dan di Facebook; Instagram; Twitter; dan di Reddit.
Foto-foto itu juga dikongsi dengan dakwaan serupa dalam bahasa lain, seperti bahasa Perancis, bahasa Jepun, bahasa Czech dan bahasa Sepanyol.
Catatan tersebut dikongsi tidak lama selepas pengkritik Kremlin Alexei Navalny mengeluarkan dokumentari ini di saluran YouTubenya tentang sebuah rumah yang besar agam di pantai Laut Hitam berhampiran Gelendzhik, Krasnodar Krai, Rusia, yang menurutnya milik Putin. Media Rusia yang dikendalikan oleh kerajaan itu menolak dakwaan tersebut dan jutawan Arkady Rotenberg, sekutu Putin, berkata bahawa beliau memiliki harta itu dan berancang “untuk mengubahnya menjadi hotel pangsapuri”, seperti yang dilaporkan oleh AFP.
Sebelum itu, media lain, seperti Reuters dan The New York Times, melaporkan bahawa kediaman rasmi Putin terletak di Novo-Ogaryovo, sebelah barat Moscow, dan kemungkinan besar, di Sochi juga.
Namun, dakwaan itu tak benar.
Hasil carian imej terbalik di Google mendapati gambar-gambar tersebut diterbitkan pada 25 Januari 2021, di akaun Instagram arkitek dan pereka yang berpusat di Rusia, Roman Vlasov.
Ketiga catatan itu mempunyai keterangan berbahasa Inggeris yang berbunyi: “RUMAH PUTIN
atau sebuah cerita mengenai rupa vilanya Oleh @_vlasov_roman_ .”
Kapsyen ini juga mengandungi tanda pagar #design dan #concept, yang mencadangkan bahawa ia bukan bangunan sebenar.
Ketika dihubungi oleh AFP, arkitek tersebut mengesahkan dalam e-melnya pada 8 April 2021: “Saya ialah pengarang projek ini” dan karya itu “hanya konsep”.
“Dalam akaun Instagram saya, terdapat keterangan untuk karya ini,” katanya lagi. “Dan ia menjelaskan bahawa ini adalah visi saya mengenai rumah Presiden negara saya, Vladimir Putin. Saya tidak menulis di mana-mana bahawa rumah ini adalah miliknya.”
Berikut adalah perbandingan tangkapan skrin gambar-gambar dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar asli (kanan):
Perbandingan skrin tangkapan skrin gambar-gambar dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar asli (kanan):
Perbandingan skrin tangkapan skrin gambar-gambar dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar asli (kanan). - Foto AFP
Perbandingan skrin tangkapan skrin gambar-gambar dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar asli (kanan). - Foto AFP



VIDEO MENARIK UNTUK DIDENGAR DAN DI TONTON : Wawancara Terus Terang Bersama Saifudin Nasution SUA PKR

KENAPA ISU CUKUP NOMBOR MENJADI ISU?

Yb saifuddin menjelaskan bahawa ianya sudah menjadi halal apabila kes Perak dan telah diputuskan bahawa jika ada yang melompat dan dapat membentuk kerajaan maka itu menjadi kerajaan.

Apa yang cuba dijelaskan iaah pada masa itu dan sehingga kini, julah itu masih cukup jika ianya di perkenankan oelh YDP Agong dan tetap tidak berubah.


VIDEO: Khalid Samad & Prof Jomo Sundram: Sidang Media "Darurat Memudaratkan Eko...

EMPAT [4] CIRI PAS PARTI TIDAK BERINTEGRITI, KATA PROF AGUS


Prof Agus Yusoff – Independent

 

 

Pas dalam beberapa aspek memenuhi maksud integriti tetapi daripada tindakan politik, banyak lagi ciri-ciri asas integriti yang tidak parti itu laksanakan, kata Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyenaraikan empat ciri yang menunjukkan Pas tidak berintegriti.

Pertama, jelasnya, Pas menggunakan fahaman perkauman dan manipulasi agama yang menimbulkan keresahan masyarakat.

Parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga, katanya, berperilaku tidak seperti yang diungkapkan.

Dalam masa sama, Pas dilihat tidak konsisten antara apa yang diucap dengan perbuatan dan keempat, parti tersebut tidak menyelesaikan masalah rakyat.

“Di Kelantan misalnya, janji manifesto dalam PRU-14 banyak lagi yang belum tertunai seperti masalah air, kebersihan, pekerjaan, pembalakan, dan kemiskinan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi menerusi Minda Presiden yang disiarkan di Facebooknya, 12 April lalu berkata, tiada gunanya kerajaan mempunyai majoriti besar tetapi tidak berintegriti.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Ahli Parlimen Marang tersebut berkata, Islam sebelum ini memulakan pemerintahan dengan kuasa minoriti.

Sehubungan itu, Agus membangkitkan enam persoalan sejauhmana Pas faham dengan integriti memandangkan banyak aspek nilai integriti yang tidak parti itu laksanakan.

“Apakah duduk semeja makan sambil bersembang itu politik integriti? Apakah bekerjasama sesama parti Melayu itu politik integriti?

“Apakah berada dalam satu pakatan dengan MIC dan MCA seperti sekarang ini politik integriti? Apakah menangguhkan perjuangan RUU355 itu politik integriti?

“Apakah menolak DAP itu politik integriti?” soalnya sambil menyifatkan fahaman Abdul Hadi tentang integriti sebagai “kabur dan sempit”.

“Selain bersetuju kita mesti menolak pemimpin berbohong dan kleptokrat, hujah lain Presiden Pas tentang integriti lemah dan memerlukan penelitian semula,” tegasnya.

Beliau menegaskan pentingnya integriti sebagai perjuangan menegakkan keadilan, menghapuskan kemiskinan, mengiktiraf kebebasan rakyat, dan meraikan kepelbagaian difahami memandangkan komposisi negara ini yang multi etnik.

“Paling baik sekali ialah kita memahami integriti itu sebagai “embarking on a nation building effort.”

“Setelah merenung panjang, satu sahaja coretan akhir saya: Pas perlu meningkatkan lagi nilai integritinya,” tambah Agus lagi.

 

TAK PANDAI JAGA RAKYAT BAIK MELINGKUP

 May be an image of 1 person and text that says "Utusan.com.my Harga ayam naik lagi hari ini TOM PENIAGA ayam segar tidak menolak kemungkinan harga ayam melonjak sehingga RM10 sekilogram menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri trend kenaikan harga oleh pembekal. berdasarkan Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM 18 April 2021, 10:30 am"


Isu judi, arak, aurat, Adib, RUU355 tu semua tidak melibatkan semua orang. Tapi bila harga barang naik, harga ayam naik, semua orang terkesan. Menteri PN gagal kawal harga barangan. Jika berterusan, ana yakin rakyat akan menolak PN pada PRU15.







Awat harga barang makin tak terkawal, lihatlah beza zaman PH & PN...

 

May be an image of 8 people, people standing, fruit and text that says "5% 59 likes Lin (kanan) ditemui ketika tinjauan harga ayam dilakukan di Pasar Awam Desa Mayang, Bayan Baru semalam. Harga ayam bakal naik RM10 sekilo Oleh KOSMO! 9:05 am TEMPATAN Selepas Ayam, Sayur Pula Naik Harga Published day ago admin MONG April 16, 2021 1.90"



Semasa diamanahkan sebagai Menteri KPDNHEP dalam Kerajaan Pakatan Harapan, agenda utama saya adalah memastikan harga barangan keperluan kekal berpatutan.

Pemantauan yang kerap bersama pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP menjadi suatu keutamaan. Malah, melawat pasar borong serta jeti pendaratan ikan seawal pukul 4-5 pagi bagi melihat sendiri harga di pasaran menjadi kebiasaan.

Kami juga menambahbaik Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan menambah senarai barangan kawalan serta melanjutkan tempoh penguatkuasaan. Contohnya, SHMMP bagi perayaan Hari Raya Puasa 2019 kami lanjutkan daripada 15 hari kepada 30 hari.

Selain musim perayaan, sesi libat urus bersama pihak Industri juga kerap diadakan bagi memastikan kesedaran serta pematuhan dengan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan. Bagi pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah, tindakan tegas dikenakan.

Bagi golongan yang kurang mampu, kami juga telah memperkenalkan inisiatif Food Bank Malaysia dan Food Bank Siswa bagi memastikan kebajikan mereka tidak terabai.

Walaupun tanggungjawab yang dipikul berat, memenuhi harapan Rakyat yang memberikan kepercayaan serta undi mereka kepada Kerajaan PH menjadi kewajipan dan keutamaan.

Saifuddin Nasution

 



I N I M E M A N G L A W A K

 

BOB KELANANG


Malaysia ni penuh dengan lawaknya... xhabis-habis... tambah lagi zaman PN memerintah ni...

KOH KOH KOH... lagi penuh dengan lawak...

Tambah lagi ada Timbalan Menteri kaki tidor... dan Timbalan Menteri yang kementerian dia takder kerja pun... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1829594137218321&id=100005032563860

KOH KOH KOH…

Belum masuk lawak yang kat bawah ni...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 







BILA WALAUN TERASA HEBAT

 May be an image of 1 person and text that says "Amaluddin Yusof dulu PH perintah ada isu hina agama, kaum, mabuk, judi, LGBT, teruk walaun salahkan kerajaan, salah Mujahid... skrg walaun X nk salahkan kerajaan ke? itu lah, bila terlalu poyo suci. anggap diri mereka lebih mulia, lebih Islam bila sokong PAS... sikit2 neraka, skit2 lawan ulamak, skit2 tanam jerat cina. tahi sendiri X nampak, tahi org nampak.. bila jadi kerajaan & ada kuasa, pakat2 jadi setan bisu & kayu.. Bila Ustaz Azhar tegur, bukan main melenting terbakar walaun.. jenis wala gini minum air kaki Hadi pn sanggup.. phuii.."

SAYA TAK PELUK MEREKA PUN...LAIN KALI JANGAN HADIR

 

“Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?“

 

Bukannya saya peluk mereka pun – PU Amin

UTUSAN.COM.MY

Bukannya saya peluk mereka pun – PU Amin

KUALA LUMPUR : Bergambar bersama dua wanita seksi menampakkan a

 

 

YB YANG BERTANGGUNG JAWAB


HANS 

Ada pemimpin ISLAM kata dia bantu orang MELAYU ISLAM untuk tarik depa masuk KRISTIAN, ada pulak yang kata dia sekadar mencari publisiti...

yang bercakap pun bangang....apa pun dia tak subang

Tapi, dia peduli apa orang nak kata kat dia, lantak pi lah....dia tetap akan lakukan yang terbaik untuk rakyat...tak kira agama dan bangsa...malah yang hidup

dikaki lima, gelandangan tido tepi jalan pun dia bantu apa yang terdaya...hari ni Yb Steven Sim Chee Keong 沈志 makan kfc bersama dengan rakyat marhaen yg dia terserempak kat atas jambatan....lepas ni depa nak kata apa lagi ???



 May be an image of 1 person, standing and text that says "I will continue to help everyone regardless of race and religion. 我会继续不分族群宗教协助 每一个人。 YB Steven Sim 沈志強 MP for Bukit Mertajam 槟州大山脚国会议员"

Anwar Ibrahim: Ucaptama Di Seminar Antarabangsa - Memperkukuh Idealisme ...

KENAPA KERAJAAN TAK SEKAT JUDI DALAM TALIAN SEPERTI WEB LUCAH DISEKAT – PRESIDEN UMNO

 

Syarikat judi online sekarang ini nampaknya semakin galak mempromosikan aktiviti judi atas talian. Wah, siap undang pelakon dan penyanyi Melayu bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Tak ada wang untuk berhari raya boleh cuba di company mereka. GDBET333. Mana tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam. Bak kata netizen masuk RM10 cuci RM30. Begitulah gamaknya.

Sebenarnya konsep itu salah. Yang sebenar-benarnya beri taukeh RM2,000 mereka beri balik RM20. Habis semua harta Ismeth Ulam Raja di luar negara jika terjebak judi atas talian.

Judi online ini bukanlah baharu tetapi sudah lama bertapak di negara ini. Jika dahulu mereka beroperasi di premis tetapi ketika saya menjawat Menteri Dalam Negeri pada 2016, aktiviti itu berjaya dilumpuhkan.

Sejak daripada itu taukeh judi mengubah operasi dengan menggunakan telefon bimbit. Kaki judi tidak lagi perlu pergi ke premis sebaliknya hanya memuatnaik aplikasi di telefon pintar. Mereka akan memasukkan wang ke akaun syarikat sebelum diberikan kredit untuk bertaruh. Bahkan ada pelajar sekolah turut terjebak. Katanya ketagih dengan game Great Blue.

Sebelum ini syarikat mempromosikan aktiviti itu dengan mengiklankan di media sosial selain menghantar mesej kepada pengguna telefon pintar. Terbaharu siap buat iklan lagu hari raya. Nampaknya Petronas dan TNB yang selalu buat iklan raya pun boleh kalah.

https://www.facebook.com/100059392257037/posts/167390028584071/?sfnsn=wa



Apa yang saya mahu tekankan kepada orang ramai jangan terpengaruh. Jika menurut video raya itu, adakah anda mahu menggunakan wang judi untuk persiapan hari raya ataupun memberi wang hasil judi kepada ibu bapa?

Cukup-cukuplah. Ini bulan Ramadan sepatutnya tingkatkan amal ibadah untuk bertemu Allah SWT. Judi ini tiada kesudahan. Andai kata hari ini menang esok lusa pasti akan kalah lebih teruk. Bahkan doa orang yang memakan hasil judi tidak dimakbulkan Allah SWT.

Saya membaca kenyataan bahawa Bukit Aman sudahpun menyiasat pelakon dan penerbit video lagu hari raya yang mempromosikan aktiviti judi berkenaan. Dan saya harap pihak polis mengekang habis habisan aktiviti tidak bermoral itu.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2021/04/695487/polis-siasat-penerbit-pelakon-iklan-judi-raya

Judi menghancurkan negara, masyarakat, institusi sosial, keluarga malah menjeratkan individu terbabit dengan pinjaman ah long. Hasilnya sudah kita lihat.

Saya juga membaca kenyataan SKMM bahawa pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap iklan judi terbabit.

https://www.tuncarlos.com/2021/04/iklan-judi-raya-pengguna-media-sosial.html

Itu bukan jawapan yang tegas daripada SKMM. Selama ini SKMM bersama pasukan cybertroopers begitu tegas dengan komen-komen panas. Sepatutnya cybertroopers yang diupah membentuk masyrakat jangan berjudi. Ini masalah rakyat dan negara.

Jawapan yang tegas adalah SKMM perlu berkata bahawa mereka akan membasmi sepenuhnya aktiviti judi atas talian. Kita seringkali mendengar alasan kedegilan syarikat judi meneruskan aktiviti biarpun pelbagai operasi sudah dijalankan. Ada juga alasan syarikat menggunakan cip yang berpangkalan di luar negara.

Tetapi kita lupa bahawa rangkaian Internet dikawal oleh kerajaan. Maka SKMM boleh menyekat semua link atau laman web judi atas talian sebagaimana mereka menyekat ribuan laman web lucah.

Bukankah begitu? Masalah ini boleh diselesaikan dengan cepat.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.



KEADILAN lancar kedai jualan rasmi di platform Shopee

 


POSTED BY AMIR WRLR


KEADILAN menjadi parti politik pertama di Malaysia yang melancarkan kedai jualan rasmi atas talian di platform Shopee.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, inisiatif terbaru itu menunjukkan partinya aktif untuk menggunakan teknologi terbaru serta prihatin terhadap industri kecil dan sederhana (IKS).

"2021 kita lihat keperluan untuk cepat mengatur langkah bagi mengadaptasi gerak kerja serta melibatkan secara aktif untuk seramai mungkin pihak IKS dan peniaga kecil mengadaptasi dalam dunia transformasi dunia digital dan teknologi.

"Projek Shopee ini adalah simbol dokongan permulaan dengan parti untuk memastikan e-dagang dan perusahaan mikro dan kecil-kecilan ini mendapat manfaat sepenuhnya dari satu sama lain.

"Ini sehaluan dengan komitmen untuk membantu IKS dan peniaga kecil kecilan dan bergerak aktif dan selamat menerusi usaha mengembangkan perniagaan secara atas talian menerusi pelbagai inisiatif.

"KEADILAN mahu jadi parti kalis masa depan itu, juga sehaluan dengan dasar kita. Ini langkah kolaborasi pertama, seterusnya kita mahu mendigitalisasikan perniagaan di Malaysia khususnya IKS yang memerlukan dokongan," katanya.

Pada masa sama, Nurul Izzah berkata pelancaran itu sedikit sebanyak akan menambah baik akses kepada anggota parti.

Ini terutamanya penjualan produk bagi mendapatkan minat secara tak langsung menarik orang muda membina keyakinan anggota parti yang baru dan sedia ada.

"Kita sentiasa mencari jalan mendekatkan lagi parti dengan anggota dan saya berharap dari pelancaran ini, kita bukan sahaja meningkatkan imej secara accountable tetapi juga terbuka dengan pembelian dan penjualan ini," katanya.

 


Saarani, Asmuni hadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Ulu Chepor

 


Saarani, Asmuni hadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Ulu Chepor


Menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Perak Dato’ Saarani Mohamad di Masjid Rahmaniah, Kampung Ulu Chepor.

Alhamdulillah pada tahun ini para jemaah di masjid ini dapat beribadah dengan lebih sempurna setelah bangunan masjid ini dinaik taraf pada tahun 2019.

Pada masa tersebut, saya selaku Exco Agama Dan Pendidikan Islam telah meluluskan peruntukan sebanyak RM230,000.00 untuk tujuan naik taraf tersebut.

Saya berharap agar fungsi masjid ini dimaksimakan dengan penganjuran pelbagai program yang memberikan manfaat kepada ahli kariah dan penduduk di sekitarnya.

Asmuni Awi


NAJIB JAWAB SHAHIDAN – PELABUR TAK MASUK BUKAN SEBAB KERAJAAN DIBANTAI, TAPI PELABUR TAK SUKA KERAJAAN TAK DIPILIH RAKYAT

 

Tak semestinya pelabur asing tak masuk hanya sebab kerajaan dibantai.

Pelaburan asing tetap konsisten tinggi, malah paling tinggi dalam sejarah serta antara paling tinggi di ASEAN pada masa kerajaan BN dibantai oleh pembangkang tiap=tiap hari, Najib digelar kleptokrat, pembunuh dan penyangak.

Negara digelar bankrupt. Demonstrasi besar-besaran sering dianjurkan depa.



Pembangkang dengan Atok siap bekerjasama dengan Soros, media dan kerajaan asing untuk bantai kerajaan BN masa itu.

Ingat kerajaan BN masa saya PM tidak dibantai ke?

Pelabur lagi tak suka kerajaan yang tak stabil, tak kompeten, tak dipilih Rakyat, perbelanjaan kerajaan tidak mengikut kelulusan parlimen dan asyik melanggar had hutang dan demokrasi serta perlembagaan digantung.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.





Barang naik: Muncul cuma nasihat, lebih baik menteri hilang terus!

 

Barang naik: Muncul cuma nasihat, lebih baik menteri hilang terus!

1. Saya meneliti dengan penuh tekun kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KPDNHEP semalam. Alhamdulillah, akhirnya beliau muncul ke permukaan. ‘Tahniah dan syabas’ atas senarai panjang usaha-usaha yang telah beliau sebutkan, namun malangnya, masalah harga barangan yang melambung di seluruh negara masih berlaku dan belum selesai. Untuk bergerak ke depan, pertama sekali menteri dan timbalan menteri perlu keluar daripada sindrom penafian. Usah berlindung di sebalik beberapa pasaraya seperti Tesco yang menjual ayam sejuk beku dengan harga rendah.

2. Bezakan antara harga ayam segar dan harga ayam sejuk beku. Memukul rata kedua kategori ini dengan akhirnya membuat kesimpulan bahawa harga ayam masih terkawal adalah lelucon yang mengundang tawa orang ramai. Bahkan ‘nasihat’ yang beliau berikan agar pengguna menggunakan aplikasi Price Catcher juga sebenarnya boleh dinilai semula. Misalnya kalau semakan dibuat pada aplikasi itu dan harga ikan kembung yang rendah adalah sejauh 9 kilometer daripada lokasi semasa, adakah pengguna perlu bergerak sejauh itu untuk dapatkan sekilogram ikan kembung dengan harga yang munasabah?

3. Lebih malang, langsung tak disentuh tentang minyak masak yang harganya dah berbulan melambung tak turun-turun. Bahkan sempat pula beliau titipkan pesan agar rakyat Malaysia menjadi pengguna yang bijak. Aduhai, kalau itulah mauduk besar yang mahu disinggung, lebih baik beliau ‘hilang’ terus pun tidak mengapa. Mengapa tidak ditetapkan harga siling? Kita tercari-cari juga dalam kenyataan 6 muka itu kalau-kalau ada diumumkan harga siling barangan. Tiada! Kalau inilah kualiti menteri kabinet yang ada sekarang, tidak peliklah mengapa tempelan #KerajaanGagal masih terus melekat.


SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

19 April 2021 | 7 Ramadan 1442H