Harga ayam, barang keperluan melambung: Kenapa tidak laksana 'skim harga maksimum perayaan'?

 


Kenaikan mendadak harga sumber protein penting buat rakyat Malaysia, ayam segar sehingga RM9.00 sekilogram, dan barangan keperluan lain amat membebankan pengguna.



Hal itu menyebabkan rakyat tertanya-tanya bagaimanakah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengawal harga pada Ramadan tahun 2018 dan 2019.



Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika itu telah mengenakan kawalan harga yang di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada waktu-waktu kritikal menjelang perayaan.



SHMMP katanya, sentiasa ditambah baik pada setiap kali musim perayaan di Malaysia.



"Kalau dahulu program cukup berkesan sewaktu Saifuddin Nasution Ismail menjadi Menteri KDNHEP hingga harga barang makanan berjaya dikawal, kenapa menteri KPDNHEP Perikatan Nasional gagal kawal kenaikan harga barang?



"Mana menteri KPDNHEP PN?" tanyanya di Facebook.



Siafuddin ketika detik-detik kejayaan PN mengawal harga barang 2018 -2019

Fahmi turut menyertakan tulisan Saifuddin beberapa hari lalu mengenang detik-detik cemerlang kerajaan PH mengawal harga barangan.



Dalam tulisan itu, Saifuddin mengimbau bagaimana beliau dan para pegawai bekerja memastikan harga barangan terkawal dengan melawat pasar borong serta jeti pendaratan ikan seawal pukul 4.00 - 5.00 pagi bagi melihat sendiri pergerakan harga di pasaran.



"Kami juga menambahbaik SHMMP dengan menambah senarai barangan kawalan serta melanjutkan tempoh penguatkuasaan. Contohnya, SHMMP bagi perayaan Hari Raya Puasa 2019 kami lanjutkan daripada 15 hari kepada 30 hari.



"Di luar musim perayaan, sesi libat urus bersama pihak industri juga kerap diadakan bagi memastikan kesedaran serta pematuhan dengan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan. Bagi pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah, tindakan tegas dikenakan," katanya dalam catatan itu.



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

ORANG BUKAN MELUAT PADA PROGRAM...ORANG TU MELUAT KE AWAK LA...BADIGOL