RISAU




Aku dah dengar cerita nama Najib tak ada dalam penjara ni. Mula-mula aku tak ambil pusing sangat. Tapi bila menteri berkaitan pun tak berani komen, aku jadi risau pula (https://bit.ly/3wRIZ1k).

Sudahlah penjara Kajang ada sejarah banduan yang dapat layanan VVIP tahun 80an dulu. Boleh ke aku bersangka baik kepada sang menteri yang pernah khianat mandat rakyat ni?

Sebelum tu Najib dikhabarkan hadiri perbicaraan kes 1MDB dengan penuh bergaya. Siap kot dan tali leher lagi. Tangan pun tak bergari. Aku pun menjadi semakin was-was. Special benar layanannya.

Walaupun secara tersurat UMNO dan PPBM macam bermusuh, hakikatnya mereka macam adik-beradik. Bermusuh pun setakat nak jaga hati ahli je. Lagipun, cash is king kan, kata Najib.

Aku harap menteri atau pihak penjara berani untuk nafikan dan lebih baik kalau dapat buktikan Najib memang betul berada dalam penjara. Rakyat nak tahu ni. Guane boh?

Raja Gelap

.

MASA PH PERINTAH DULU FB BERKAITAN KETENTERAAN PUNYA BALUN KERAJAAN..MINTA BELI ITU INI...LA NI BARU HANGPA ADA AKAI...MACAM NI PUNYA PERALATAN TENTERA..BAIK BUAT TUKUN LAGI BAGUIH...RASUAH...NAK BELI KAPAI PUNN TARAK DUIT..

 

LCS belum terima, tentera laut ‘kitar semula’ aset lama, kata panglima armada barat




Panglima Armada Barat Abu Bakar Md Ajis mahu memastikan aset sedia ditingkatkan susulan tentera laut tidak menerima aset baharu, termasuk kapal tempur pesisir (LCS) dan kapal peronda misi pesisir (LMS) peringkat kedua.

PETALING JAYA: Tentera laut terpaksa melakukan proses “kitar semula” atau memanjangkan hayat kapal sedia ada susulan sebahagian besar aset dimiliki telah berusia.

Ia juga disebabkan kegagalan tentera laut memperoleh kapal baharu dalam jumlah dikehendaki, kata Panglima Armada Barat Abu Bakar Md Ajis.

Abu Bakar berkata, semakan mendapati 75% daripada 44 kapal milik tentera laut ketika ini sudah berusia lebih 40 tahun dengan ada antaranya melebihi 50 tahun.

“Sebagai contoh, kapal peronda laju yang beroperasi di Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang, semuanya sudah mencecah usia 50 tahun, dalam erti kata, kapal TLDM sudah lebih usia,” katanya menurut Utusan Malaysia.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Jelas beliau lagi, tempo operasi kapal yang panjang mengkehendaki tentera laut sentiasa melakukan proses penyelenggaraan dengan segera berikutan keadaan kapal dimiliki “agak berumur”.

Katanya, sebagai contoh, KD Lekir yang baru pulang dari Eksesais Lingkaran Pasifik (RIMPAC) perlu melalui proses penyelenggaraan singkat untuk persediaan misi operasi yang lain.

Oleh itu, katanya, tentera laut ketika ini memerlukan kapal baharu dengan bilangan mencukupi kerana kuantiti sedia bukan sahaja tidak mencukupi, malah usia sudah lanjut.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, tentera laut perlu memastikan kesiagaan kapal perang sedia ada seperti KD Lekir berada di tahap tertinggi susulan tidak menerima aset baharu termasuk kapal tempur pesisir (LCS) dan kapal peronda misi pesisir (LMS) peringkat kedua.

“Jika TLDM diberi keupayaan diperlukan, kita yakin akan kemampuan kita untuk mempertahankan kedaulatan serta kepentingan negara, baik di waktu aman mahupun konflik,” katanya.

UNTUK MELIHAT LEBIH RAMAI PEMIMPIN RASUAH DIPENJARAKAN, RAKYAT MESTI SENTIASA BERANI MENUKAR KERAJAAN


 Hampir semua daripada kita pada umumnya benci kepada rasuah, terutama yang dilakukan oleh pemimpin yang memegang kuasa.

Rasuah oleh pemimpin yang berkuasa bermakna mereka mencuri sebahagian daripada peruntukan kerajaan yang sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan rakyat miskin.

Orang mencuri setin sadin pun kita benci, apa lagi kepada pemimpin yang mencuri berguni-guni wang kerajaan untuk dimasukkan ke poket sendiri.

Disebabkan adanya rasuah, semua yang dirancang untuk kepentingan rakyat akan menjadi tidak berkualiti atau kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan daripada peruntukan asal.

Kalau bangunan, jambatan atau projek solar untuk sekolah yang ingin dilaksanakan, rasuah memungkinkan ia terbengkalai atau tidak mampu disiapkan.

Akhirnya, lebih banyak dana kerajaan dikeluarkan hanya untuk membuncitkan perut pemimpin yang makan rasuah, malah lagi banyak projek dilaksanakan lagi buncit perut mereka, sedangkan rakyat terus miskin serta sengsara.

Sebab itu, dalam minggu-minggu kebelakangan ini di mana Najib Razak dipenjarakan, Rosmah Mansor didapati bersalah, Bung Mokhtar Radin dan isteri diarah membela diri, disertai dengan beberapa pemimpin lain seperti Zahid Hamidi dan Azeez Rahim yang sedang dibicarakan, rakyat secara puratanya amat gembira dengan perkembangan tersebut.

Sebenarnya semua ini adalah hasil daripada berjayanya PH menjadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.

Tanpa pertukaran kerajaan dan tanpa PH menjadi kerajaan atau dalam erti kata lain jika BN masih berkuasa dan tidak dikalahkan pada PRU 2018 lalu, sudah pasti apa yang terjadi hari ini kekal terperap sebagai kotoran yang disembunyikan bawah permaidani.

Itu baru 22 bulan PH berkuasa, bayangkan jika sampai habis penggal atau beberapa penggal?

Tidak mustahil penuh dalam media arus perdana dengan berita rasuah mereka yang bergelar pemimpin belaka!

Begitu pun, dalam hal yang menimpa Najib, Rosmah dan Bung Mokhtar itu, tidak kurang ramai yang memberi penghargaan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana dilihat kekal tabah dan cekal dengan pendirian tidak campurtangan dalam urusan mahkamah, biar pun didesak siang dan malam untuk berbuat demikian.

Pendirian beliau tidak mahu campurtangan telah memberi harapan dan keyakinan kepada rakyat untuk melihat negara ini dapat diselamatkan.

Harapan rakyat seterusnya ialah lebih ramai lagi pemimpin yang terkait dengan rasuah, terutama yang sedang dibicarakan sekarang, akan turut menerima hukuman masing-masing setelah kesalahan mereka berjaya dibuktikan.

Tidak dinafikan sebenarnya, bersama kuasa dalam tangan dan menjadi kerajaan, perkara paling mudah mengalpakan seseorang pemimpin ialah rasuah.

Godaan rasuah dan kemewahan wang ringgit begitu mudah menjadikan pemimpin yang ada kuasa untuk lupa kepada amanah dan juga kepada Tuhan.

Dalam hal ini, rakyat sebenarnya ada tanggungjawab tersendiri dalam membendung amalan rasuah dan mengajar pemimpin yang terpalit dengan perbuatan terkutuk itu.

Pilihanraya setiap lima tahun sekali adalah wadah paling terbaik, bukan saja untuk memantau kerajaan dan pemimpin yang rasuah, malah untuk menghantar mereka ke penjara.

Dalam hal ini, rakyat tidak harus takut menjatuhkan kerajaan jika didapati atau disedari amalan rasuah begitu berleluasa di dalamnya.

Sebagaimana telah terbukti melalui PH berkuasa selama 22 bulan dapat menghantar bekas Perdana Menteri ke penjara dan isterinya pun mungkin bakal ikut sama, perkara itu tidak seharusnya terhenti setakat ini saja.

Sebaliknya, iltizam menukar kerajaan dan harus menjadi pegangan yang berterusan dalam diri setiap rakyat bila tiba waktu pengundian.

Tidak kira apa jenis kerajaan sekali pun, ia tidak menjamin mereka benar-benar bebas daripada amalan rasuah dan sepanjang lima tahun mereka berkuasa, kita semua harus memantau dan memerhatikan sepanjang masa.

Jika tiada rasuah, bolehlah terus disokong dan diundi lagi untuk jadi kerajaan, tetapi kalau amalan rasuah berluasa, pastikan undi kita adalah untuk mereka berpindah kediaman ke penjara.

Kalau kerajaan baru pun kemudiannya didapati bejat dan rasuah juga, rakyat sekali lagi mesti menjatuhkan mereka.

Tidak mengapa kerajaan dijatuhkan berkali-kali dan penjara penuh dengan pemimpin, yang penting nasib rakyat dapat diselamatkan pada kesudahannya nanti. – ShahbudinHusin 03/09/2022.


TAK BERBALAH MACAMANA...WALAUN BUKAN SEMUA BODO. KALAU ORESIDENG PUN CAKAP MERENG SAJA..WALAU NAK JAWAN MACAMANA.TAMBAHAN PULA YANG PEGANG JAWATAN TAK BOLEH BUAT KERJA. JANJI PAS SEMUA ORANG TAU..HAPA PUN TAK BOLEH BUAT.

 


Macam mana nak lahir ‘Negara Sejahtera’ kalau ahli berbalah, soal veteran PAS




Timbalan Sidang Assabiqun PAS Pusat Ismail Mohamad, berkata
 perpecahan berlaku akibat orang PAS sendiri yang membiarkan ia terus
 membarah sehingga melahirkan “kumpulan-kumpulan”.

ALOR SETAR: PAS tidak mungkin melahirkan “Negara Sejahtera” seperti dilaung, selagi perbalahan dalaman parti tidak dihentikan, kata seorang veteran PAS.

Tanpa memberikan contoh jelas, Timbalan Sidang Assabiqun PAS Pusat Ismail Mohamad, berkata PAS masih dihambat dengan “masalah dalaman” sejak puluhan tahun.

“Tok guru (presiden) kata jangan berbalah, jangan berbalah! Maknanya kamu sedang berbalah. Di mana-mana pun di cawangan di negeri di mana-mana kamu sedang berbalah, perbalahan kamu belum selesai.

“Macam mana nak lahirkan negara sejahtera?” soalnya ketika membahaskan ucapan presiden sempena Muktamar PAS ke-68.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau yang merupakan perwakilan dari Pahang, berkata perpecahan berlaku akibat orang PAS sendiri yang membiarkan ia terus membarah sehingga melahirkan “kumpulan-kumpulan”.

“Perpecahan berlaku dalam PAS akibat kita sendiri. Kita kadang-kadang menuduh orang lain akibat kita sendiri. Kita biarkan benda ni merebak besar dan akhirnya melahirkan kumpulan-kumpulan. Kumpulan inilah yang mempengaruhi,” katanya.

Ismail kemudian meminta para perwakilan merenung pencapaian PAS ketika ini yang sudah berada di tampuk kerajaan, setelah sekian lama menjadi pembangkang.

“Sekarang zaman kamu PAS telah memerintah Malaysia. Zaman kamu PAS telah memerintah Malaysia, sedar atau pun tidak? Puluhan tahun kami di bumi Pahang, baru PRU14 dapat lapan kerusi.

“Bertahun-tahun tak pernah menang, orang dulu gugur. Meninggal lepas sorang-sorang PAS tak pernah menang di bumi Pahang. PRU14 Allah beri lapan kerusi untuk beri renungan kepada umat khususnya ahli PAS di Pahang,” katanya.

PAS pada 2017 melancarkan pelan tindakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) sebagai panduan parti itu membina negara sejahtera secara berfasa sehingga 2051.

Terdahulu, dalam ucapan dasar presiden bertajuk “Malaysia Sejahtera”, Hadi berkata, fasa pertama pelaksanaan WINS sehingga 2030, PAS akan memainkan peranan untuk menggembleng usaha menyelesaikan masalah besar dihadapi negara seperti kerapuhan perpaduan kaum, salah guna kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah serta industri dosa.

Muktamar PAS ke-68 itu menghimpunkan lebih 1,300 perwakilan dari 197 kawasan seluruh negara.

BAHAYA KALAU ADA PEGAWAI YANG KORUP.

 


SHAMSUDIN NAWAWI




BAHAYA KALAU ADA PEGAWAI YANG KORUP.

Kalau ada yang baca dengan teliti Alasan Penghakiman dalam kes PP v Rosmah Binti Mansor, OKT dihukum masuk penjara dan denda jumlah mengila semuanya gara2 pegawai yang lebih sudu dari kuah.

Apabila ditangkap, semuanya hala kepada boss. Dalam kes ini "mem". Boss dah masuk penjara.

Dalam kes 'Mem' ini mari kita kenal dengan 2 pegawai dulu. Pegawai2 lain kita story kemudian.

No. 1 pegawai yang mengelar diri Special Officer to Mem. Rizal Mansor namanya. Dia lah atur segalanya. Kata2nya seolah2 kata2 dari Mem. Dia yang mula atur nak 10%. Kemudian dia up pulak naik 15%. Itu katanya untuk Mem. Untuk dia 20 juta. Kemudian dia up naik 25 juta. Bila pemberi rasuah Jepak mintak turun lah ke 12%, dia kata tunggu dulu dia nak tanya Mem. Dia kemudian kata, Mem nak 15% juga. Bukti dia runding dengan Mem waallahuaklam. Tapi orang percaya dengan dia sebab dia sentiasa kelihatan berkepik duduk bawah ketiak Mem. Menteri, KSU dan semua orang convinced bebenor apa dia cakap macam Mem lah yang cakap.

Dia mengaku dia memang rasuah. Dia mengaku dia memang sebat duit Jepak. Mula2 dia dituduh di mahkamah tapi dia berpaling tadah, sanggup beri keterangan kenakan Mem jadi kes dia gugur. Bila dia berikan keterangan kaitkan semua benda kepada Mem, keterangan dia tak ubah lah macam gospel truth. Semuanya benar, tiada yang tidak benar, semuanya benar belaka.

Dia lah yang atur segalanya. Dari masukkan duit dalam beg, bawak UTK escort sampai lah panggil Butlers kandar beg bagi kepada Mem, semuanya dia cerita di mahkamah. Mahkamah percaya cakap dia, seolah2 dia budak baru lahir tanpa dosa dan semua cakapnya benar belaka. Dosa dia menyapu duit selama ini, sudah diampunkan. Macam orang baru masuk Islam, suci bersih dosa2 dulu2 sebelum Islam sudah dihapuskan.

Mana beg, mana butlers tak ada pun dibawa ke mahkamah itu lain kira. Cakap Rizal wajib dipercaya dan Mem pun kalau tak ada Penangguhan Pelaksanaan Hukuman, merengkok lah dalam penjara. Tak tahu lah samada boleh bawa set make up atau tidak.

Siapa sebenarnya yang minta atau setuju terima rasuah sampai 187 juta itu? Mem ke Rizal? Rizal kata Mem lah sebab untuk dia dah ada 25 juta. Tapi duitnya belum nampak lagi. Yang nampak baru 6.5 juta. Yang dikatakan dikandar dan diusung serah kepada Mem. CCTV ada katanya. Tapi CCTV setakat rakaman Butlers kandar nak serah kepada Mem. Serah sungguh atau tidak kita mana tau. Tapi Rizal kata dah serah kepada Mem...OK lah. Terima lah. Tapi rumah Mem memang kena geledah. Banyak beg dirampas. Tapi itu beg Birkin LV Hermes....beg yang guna masukkan duit Saidi Jepak itu mana?

Bawaknya flaws.....berbuih mulut lawyer Baiya Punjabi itu berhujah. Semua tak diterima. Nasib awak lah Mem. Setuju sangat lah bila Mem kata "bunuh saja lah saya ini" or "why don't you just kill me" apa ke gitu lah. No Mem, kes rasuah di Malaysia ini belum ada hukuman bunuh. Permintaan Mem tak dapat lah ditunaikan.

No. 2 ada satu lagi pegawai. Kali ini dia SU Bahagian Umno. Nama dia Aazmey Talib. Dia ini pun main peranan dapatkan minit dan tandatangan Boss. Dia disebut berkali2 tapi nama dia tiada dalam senarai saksi yang telah beri keterangan.

Dia ini kita cerita lain kali.....

Kita test dulu bila saya tulis macam ini FB saya ini kena sekat atau tidak. Ada orang report lagi atau tidak. Setakat hari ini, saya ini masih disekat untuk group aktiviti. Semalam sekat block terus.

Jangan lah share posting saya ke Group. Sebelum saya yang kena block baik saya yang block awak.

Nota : Saya ini bukan jenis suka block block. Itu kerja penakut. Kalau handal sangat mari lah kita jumpa. Man to Man lah baru gentle....jangan sorok2 muka.

Kita jumpa minum teh kopi ok....kalau nak starbucks saya tak masuk kedai harga yahudi dan nasrani.

 

SIASAT JUGA MUHYIDDIN

 

SAUQI TOPUI


Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta yang diperoleh daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018.

Selain Ahli Parlimen Pagoh itu, terdapat lima lagi nama ahli politik yang disebut sewaktu perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - terdiri daripada Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

Ikuti berita terkini di https://grid.ast

 




OWHHHH...KESIAN NAJIB


 

'Jangan biarkan negara ditimpa 3 tragedi rasuah, jangan biar BN/PN kembali selepas PRU 15'

 



Rakyat perlu sedar negara telah menghadapi 2 tragedi besar iaitu perbicaraan rasuah pemimpin Umno dan kejayaan Umno mendidik penyokongnya agar tidak memandang rasuah sebagai jenayah.


Oleh itu, menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen rakyat harus memastikan Umno tidak lagi mampu mendapat sokongan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 agar tragedi ke 3 tidak berlaku.


"Saya nak sentuh 3 tragedi rasuah. 2 telah berlaku dan saya merayu kepada rakyat Malaysia jangan membenarkan tragedi rasuah ketiga berlaku kepada kita


"Ini tentang Najib dan Rosmah yang telah dibicara dan bukti keterangan yang diberikan dalam perbicaraan amat jelas. Tidak ada siapa boleh berkata mereka keliru. (Jika begitu) maknanya mereka yang tidak terima hukuman. Mereka dalam (harapkan) satu zaman yang ada tangan ghaib tutup kes mereka.


"Nasib baik anda semua dalam PRU 14 lalu tukar kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH). Barulah Najib, Rosmah dan kluster mahkamah ditangkap, didakwa dan sekarang dihukum," katanya.


Wiliam yang juga seorang peguam turut membariskan keterangan di mahkamah mengenai bukti keterlibatan Najib. Iaitu keterangan pegawai kanan pembendaharaan menyatakan Najib sebagai Perdana Menteri memberi arahan untuk mempercepatkan proses permohonan SRC International meminjam RM2 bilion pada 2011 daripada KWAP dan juga pada tahun 2012, Najib sekali lagi meminta pegawai kanan itu mempercepatkan pinjaman RM2 bilion lagi kepada SRC.


Hal itu, katanya, adalah bukti yang jelas dari pegawai kanan yang tidak ada alasan untuk berbohong. Kemudian RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi Najib.


Bagi Rosmah pula, ujar William, untuk meluluskan RM1.25 bilion projek solar kepada sekolah daif luar bandar Sarawak, isteri Najib itu meminta RM187.5 juta.


"Tragedi pertama Najib curi wang pencen pegawai sektor awam. Bukan orang kaya, bukan syarikat besar tetapi pencen pegawai awam. Rosmah curi wang dari sekolah di luar bandar di negeri miskin, murid miskin. Ini perbuatan yang sungguh kejam. Kita rakyat yang membayar.


"Trgaedi rasuah kedua yang lebih besar pula ialah orang Umno tidak sedar ini adalah satu jenayah. Apa permintaan mereka? Tukar Ketua Hakim, tukar Peguam Negara. Bukan mereka tukar sikap, bukan mereka sedar melakukan kesalahan, gugurkan kluster mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat Umno ini bersih.


"Mereka masih melihat undang undang itu tidak terpakai kepada mereka. Bagaimana kita boleh membenarkan mereka kembali? Inilah tragedi rasuah yang kedua yang sedang berlaku.


"Sebab itu saya merayu jangan membenarkan tragedi rasuah ketiga pula berlaku. Iaitu mereka kembali menjadi kerajaan dan melepaskan kluster mahkamah. Ini akan berlaku kalau kita tidak keluar mengundi. Jangan berkata kita sia sia mengundi, pilih PH tetapi BN dan PN menjadi kerajaan. Kalau rakyat benarkan mereka menang, ini kesalahan kita semua," katanya.


Justeru, Bendahari Agung KEADILAN itu berharap pendengar ceramah dan penyokong PH sampaikan mesej kepada kawan dan jiran untuk keluar mengundi beramai ramai tolak BN-PN pada PRU ke 15.

(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...