SHAMSUDIN NAWAWI
BAHAYA KALAU ADA PEGAWAI YANG KORUP.
Kalau ada yang baca dengan teliti Alasan Penghakiman dalam kes
PP v Rosmah Binti Mansor, OKT dihukum masuk penjara dan denda jumlah mengila
semuanya gara2 pegawai yang lebih sudu dari kuah.
Apabila ditangkap, semuanya hala kepada boss. Dalam kes ini
"mem". Boss dah masuk penjara.
Dalam kes 'Mem' ini mari kita kenal dengan 2 pegawai dulu.
Pegawai2 lain kita story kemudian.
No. 1 pegawai yang mengelar diri Special Officer to Mem. Rizal
Mansor namanya. Dia lah atur segalanya. Kata2nya seolah2 kata2 dari Mem. Dia
yang mula atur nak 10%. Kemudian dia up pulak naik 15%. Itu katanya untuk Mem.
Untuk dia 20 juta. Kemudian dia up naik 25 juta. Bila pemberi rasuah Jepak
mintak turun lah ke 12%, dia kata tunggu dulu dia nak tanya Mem. Dia kemudian
kata, Mem nak 15% juga. Bukti dia runding dengan Mem waallahuaklam. Tapi orang
percaya dengan dia sebab dia sentiasa kelihatan berkepik duduk bawah ketiak
Mem. Menteri, KSU dan semua orang convinced bebenor apa dia cakap macam Mem lah
yang cakap.
Dia mengaku dia memang rasuah. Dia mengaku dia memang sebat duit
Jepak. Mula2 dia dituduh di mahkamah tapi dia berpaling tadah, sanggup beri
keterangan kenakan Mem jadi kes dia gugur. Bila dia berikan keterangan kaitkan
semua benda kepada Mem, keterangan dia tak ubah lah macam gospel truth.
Semuanya benar, tiada yang tidak benar, semuanya benar belaka.
Dia lah yang atur segalanya. Dari masukkan duit dalam beg, bawak
UTK escort sampai lah panggil Butlers kandar beg bagi kepada Mem, semuanya dia
cerita di mahkamah. Mahkamah percaya cakap dia, seolah2 dia budak baru lahir
tanpa dosa dan semua cakapnya benar belaka. Dosa dia menyapu duit selama ini,
sudah diampunkan. Macam orang baru masuk Islam, suci bersih dosa2 dulu2 sebelum
Islam sudah dihapuskan.
Mana beg, mana butlers tak ada pun dibawa ke mahkamah itu lain
kira. Cakap Rizal wajib dipercaya dan Mem pun kalau tak ada Penangguhan
Pelaksanaan Hukuman, merengkok lah dalam penjara. Tak tahu lah samada boleh
bawa set make up atau tidak.
Siapa sebenarnya yang minta atau setuju terima rasuah sampai 187
juta itu? Mem ke Rizal? Rizal kata Mem lah sebab untuk dia dah ada 25 juta.
Tapi duitnya belum nampak lagi. Yang nampak baru 6.5 juta. Yang dikatakan
dikandar dan diusung serah kepada Mem. CCTV ada katanya. Tapi CCTV setakat
rakaman Butlers kandar nak serah kepada Mem. Serah sungguh atau tidak kita mana
tau. Tapi Rizal kata dah serah kepada Mem...OK lah. Terima lah. Tapi rumah Mem
memang kena geledah. Banyak beg dirampas. Tapi itu beg Birkin LV Hermes....beg yang
guna masukkan duit Saidi Jepak itu mana?
Bawaknya flaws.....berbuih mulut lawyer Baiya Punjabi itu
berhujah. Semua tak diterima. Nasib awak lah Mem. Setuju sangat lah bila Mem
kata "bunuh saja lah saya ini" or "why don't you just kill
me" apa ke gitu lah. No Mem, kes rasuah di Malaysia ini belum ada hukuman
bunuh. Permintaan Mem tak dapat lah ditunaikan.
No. 2 ada satu lagi pegawai. Kali ini dia SU Bahagian Umno. Nama
dia Aazmey Talib. Dia ini pun main peranan dapatkan minit dan tandatangan Boss.
Dia disebut berkali2 tapi nama dia tiada dalam senarai saksi yang telah beri
keterangan.
Dia ini kita cerita lain kali.....
Kita test dulu bila saya tulis macam ini FB saya ini kena sekat
atau tidak. Ada orang report lagi atau tidak. Setakat hari ini, saya ini masih
disekat untuk group aktiviti. Semalam sekat block terus.
Jangan lah share posting saya ke Group. Sebelum saya yang kena
block baik saya yang block awak.
Nota : Saya ini bukan jenis suka block block. Itu kerja penakut.
Kalau handal sangat mari lah kita jumpa. Man to Man lah baru gentle....jangan
sorok2 muka.
Kita jumpa minum teh kopi ok....kalau nak starbucks saya tak
masuk kedai harga yahudi dan nasrani.