TAK BERBALAH MACAMANA...WALAUN BUKAN SEMUA BODO. KALAU ORESIDENG PUN CAKAP MERENG SAJA..WALAU NAK JAWAN MACAMANA.TAMBAHAN PULA YANG PEGANG JAWATAN TAK BOLEH BUAT KERJA. JANJI PAS SEMUA ORANG TAU..HAPA PUN TAK BOLEH BUAT.

 


Macam mana nak lahir ‘Negara Sejahtera’ kalau ahli berbalah, soal veteran PAS




Timbalan Sidang Assabiqun PAS Pusat Ismail Mohamad, berkata
 perpecahan berlaku akibat orang PAS sendiri yang membiarkan ia terus
 membarah sehingga melahirkan “kumpulan-kumpulan”.

ALOR SETAR: PAS tidak mungkin melahirkan “Negara Sejahtera” seperti dilaung, selagi perbalahan dalaman parti tidak dihentikan, kata seorang veteran PAS.

Tanpa memberikan contoh jelas, Timbalan Sidang Assabiqun PAS Pusat Ismail Mohamad, berkata PAS masih dihambat dengan “masalah dalaman” sejak puluhan tahun.

“Tok guru (presiden) kata jangan berbalah, jangan berbalah! Maknanya kamu sedang berbalah. Di mana-mana pun di cawangan di negeri di mana-mana kamu sedang berbalah, perbalahan kamu belum selesai.

“Macam mana nak lahirkan negara sejahtera?” soalnya ketika membahaskan ucapan presiden sempena Muktamar PAS ke-68.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau yang merupakan perwakilan dari Pahang, berkata perpecahan berlaku akibat orang PAS sendiri yang membiarkan ia terus membarah sehingga melahirkan “kumpulan-kumpulan”.

“Perpecahan berlaku dalam PAS akibat kita sendiri. Kita kadang-kadang menuduh orang lain akibat kita sendiri. Kita biarkan benda ni merebak besar dan akhirnya melahirkan kumpulan-kumpulan. Kumpulan inilah yang mempengaruhi,” katanya.

Ismail kemudian meminta para perwakilan merenung pencapaian PAS ketika ini yang sudah berada di tampuk kerajaan, setelah sekian lama menjadi pembangkang.

“Sekarang zaman kamu PAS telah memerintah Malaysia. Zaman kamu PAS telah memerintah Malaysia, sedar atau pun tidak? Puluhan tahun kami di bumi Pahang, baru PRU14 dapat lapan kerusi.

“Bertahun-tahun tak pernah menang, orang dulu gugur. Meninggal lepas sorang-sorang PAS tak pernah menang di bumi Pahang. PRU14 Allah beri lapan kerusi untuk beri renungan kepada umat khususnya ahli PAS di Pahang,” katanya.

PAS pada 2017 melancarkan pelan tindakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) sebagai panduan parti itu membina negara sejahtera secara berfasa sehingga 2051.

Terdahulu, dalam ucapan dasar presiden bertajuk “Malaysia Sejahtera”, Hadi berkata, fasa pertama pelaksanaan WINS sehingga 2030, PAS akan memainkan peranan untuk menggembleng usaha menyelesaikan masalah besar dihadapi negara seperti kerapuhan perpaduan kaum, salah guna kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah serta industri dosa.

Muktamar PAS ke-68 itu menghimpunkan lebih 1,300 perwakilan dari 197 kawasan seluruh negara.

No comments: