NAJIB DIMALUKAN OLEH ARAB SAUDI, MASIH BERWIBAWAKAH KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA?

Semasa kecil, kita tentunya biasa dipesan oleh ibu bapa, guru-guru atau orang tua-tua agar jangan sesekali bercakap bohong kepada sesiapa pun jua.

Jika kita didapati melakukan sesuatu kesalahan pula, perkara pertama yang diingatkan ialah agar segera bercakap benar dan tidak terus berbohong.

Kalau tidak salah, berkatalah tidak salah, manakala jika salah, mengaku dan berterus-terang sajalah.

Berbohong atau bercakap bohong bukan saja dianggap dosa dan perbuatan tidak baik, bahkan selalu diingatkan bahawa bagaimana sekali pun cuba berbohong, ia pasti akan terdedah akhirnya walaupun setelah dicuba beberapa lapis pembohongan lainnya.

Dikatakan bahawa apabila kita berbohong dan cuba menutupnya  setelah ianya terdedah, kita akan terus berbohong lagi dan lagi sehingga akhirnya terjerat sendiri.

Peribahasa moden juga ada mengingatkan bahawa kita tidak mungkin dapat menipu semua orang dalam semua keadaan.

Pendeknya, pembohongan tidak mungkin ada tempat yang selesa di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Barangkali inilah yang hampir-hampir ada persamaan dengan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadi Najib Razak.

Mula-mula wang itu dinafikan, diancam mahu disaman, dikatakan tidak mungkin Najib begitu bodoh membenarkan wang sebegitu banyak dimasukkan ke akuan peribadinya dan segala macam bentuk penafian lainnya.

Kemudian apabila hakikat kebenaran berkaitan wang itu sukar dinafikan, ia diakui sebagai derma politik, hak Najib menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, untuk memerangi keganasan,  mengalahkan DAP, sumbangan kerana memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain lagi.

Ia juga dikatakan untuk membiayai politik UMNO yang mana segala halnya memerlukan wang dan Najib selaku Presiden UMNO dikatakan hanyalah pemegang amanah saja kepada duit tersebut.

Ketika Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan hasil siasatan yang membersihkan nama Najib daripada semua pertuduhan jenayah berkaitan wang itu, diumumkan juga wang tersebut diterima daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sejumlah RM2,030 juta sudah pun dipulangkan kerana ia tidak digunapakai.

Siapa keluarga Diraja Arab Saudi yang menderma itu tidak pernah didedahkan, kecuali media-media antarabangsa mengatakan paling mungkin ianya ialah Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Kesimpulannya, oleh kerana wang itu adalah derma dan sudah pun dipulangkan sebahagian besar daripadanya, maka Najib dianggap tidak bersalah apa-apa serta bersih sebersih-bersihnya oleh Peguam Negara.

Tetapi hari ini semuanya bagaikan terdedah apabila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menolak tanggapan bahawa wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib itu suatu bentuk derma atau daripada kerajaan negara tersebut.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh New York Times, Adel Al-Jubeir menegaskan, wang itu adalah daripada warga persendirian Saudi dan diberikan kepada satu pelaburan di Malaysia.

Sekarang apa sudah jadi?

Siapa yang dilihat berbohong dan tidak berkata benar?

Oleh kerana ia bukan derma, pelaburan untuk apa wang sebanyak RM2,600 juta itu dan mengapa ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Jika benar ia dipulangkan pula sebagaimana yang diakui oleh Apandi Ali, mengapa hanya  RM2,030 juta saja dikembalikan? Apa jadi dengan yang selebihnya?

Lebih ingin diketahui ialah bagaimana dengan keputusan Peguam Negara yang membersihkan nama Najib kerana percaya wang tersebut adalah derma dan sebahagiannya besarnya sudah dikembalikan?

Dengan pengakuan Menteri Luar  Arab Saudi sendiri bahawa wang tersebut bukan derma, masih berwibawakah keputusan Peguam Negara itu?

Apakah ini antara sebab-sebab mengapa Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup terus siasatan terhadap Najib dan tidak memberi laluan untuk undang-undang bersama atau MLA digunakan yang membolehkan dokumen-dokumen di luar negara berkaitan pengaliran wang itu diperolehi?

Akhirnya, inilah akibatnya apabila mengabaikan pesanan ibu bapa, guru-guru atau orang tua-tua mengenai perbuatan berbohong yang tentunya semua orang pernah menerimanya semasa kecil-kecil dulu. (SH 06/02/2016).

WAN AZIZAH SEMPENA TAHUN BARU CINA

Majlis Makan Malam untuk mengumpulkan dana Pilihan Raya Sarawak, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan lawatan ke Kuala Langat..program di Pantai Morib malam ini..

SAI sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat berketurunan Tiong Hoa..di sebalik kegembiraan menyambut perayaan, eloklah kita berhemah dan berjimat cermat. Keadaan ekonomi negara kita semakin membimbangkan..

Menyampaikan sumbangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Nishathini a/p Letchumanan yang mendapat tawaran melanjutkan pendidikan dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Russia. Semoga beroleh kejayaan..

Matlamat utama KEADILAN adalah untuk memelihara keharmonian kaum dan agama..kita menolak perjuangan rasisme yang melampau..kita menolak usaha2 provokasi..semua rakyat harus bekerjasama untuk memelihara keamanan dan keharmonian..



ANWAR MASIH DIGERUNI



FB : ALI NAPIAH



Menurut kajian IDE, Anwar masih lagi fenomena utuh untuk melawan kesombongan amno Bn.

Jika dibandingkan ketokohan Anwar berbanding pak lah dan najib, jauh beza jurangnya. 

Tetapi sayang, partinya sendiri spt hilang fokus dan hilang semangat anwarisme bila ada pimpinan keadilan yg lupa diri dan lupa tapak mereka berdiri.

Hanya Wan Azizah dan anaknya sahaja yg nampak komited berjuang untuk Anwar tapi yang lain-lain, seperti buaya yang hanya mahu baham imbuhan sahaja.
 

‘RAKYAT KEDAH TOLAK BASHAH BUKAN KERANA PENDIDIKAN’

KISAH KONDO DAN SELAMATKAN NASIB MASJID TELIPOT




Apa cerita ? Datuk Nikah Kahwin yg hebat berceramah.....tolong jelaskang. Presiden Mursi kena guling dun kelantan boleh buat sidang khas takkan isu depan mata sebegini ustaz polibeg ustaz yoya yoya tak boleh buka mulut.
Ayie Propz with Abdullah Abdurrahman Ibnu Abdurrahman and 43 others.
Copipes..
Hari ini ambo nak recap kembali isu Kondo Masjid Telipot,
Pada tahun 2013 Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan telah mengeluarkan arahan mengosongkan Tadika Tengku Anis yang terletak atas tanah Kerajaan Negeri yang tidak bernombor ketika itu... dan lot tersebut dikenalpasti sebagai Lot 235 , Seksyen 20, Kota Bharu iaitu No Lot Tanah Masjd Telipot itu sendiri. Tujuan adalah tidak diketahui ketika itu.
Segala operasi TADIKA TENGKU ANIS (yang pada awal penubuhannya 1960an ia dinamakan TADIKA SAKINAH) dipindahkan ke Tadika Tengku Anis 2 di Sebelah Masjid Kg Sireh ,Penutupanya menurut salah seorang penduduk di situ hanya diberi tempoh notis 9 hari sahaja kepada ibubapa.
Setelah mengetahui tujuan pengosongan adalah untuk membina Kondominium 24 tingkat disitu ,pada 10 Sept 2014, Satu surat Bantahan Penduduk dihantar kepada Kerajaan Negeri Kelantan , dialamatkan kepada Menteri Besar Kelantan dan salinan kepada banyak pihak yang terlibat termasuk ADUN BUNUT PAYONG, AHLI PARLIMEN KOTA BHARU dan Pengurusan tertinggi YIK,-SURAT ITU TIDAK DILAYAN.
Pada Mac 2015 seluruh struktur Tadika Di robohkan.
Dari siasatan awal saya, mendapati PERMOHONAN KEBENARAN MEMBINA KONDOMINIUM 24 TINGKAT oleh YAYASAN ISLAM KELANTAN telah dihantar untuk kelulusan Majlis pada 21 Julai 2014, dan mengejutkan saya ia dihantar menggunakan No Lot 235 Seksyen 20, iaitu Lot MASJID itu sendiri. dan kelulusan Bersyarat dikeluarkan pada 20 Ogos 2014.
Saya juga dapati Kerajaan Negeri Kelantan menganugerahkan tanah itu secara bertulis dan rasmi kepada YAYASAN ISLAM KELANTAN pada 30 Julai 2014 dan geran dikeluarkan atas LOT PT470, dipecahkan dari LOT 235, LOT MASJID TELIPOT.
Satu Bantahan aman telah diadakan dikawasan perkarangan Masjid Telipot pada 29 Mei 2015, kerana cubaan penduduk yang membuat bantahan untuk berjumpa MB Kelantan tidak diendahkan.
Pada 14 Jun 2015 semua banner bantahan disekitar Masjid dibuang oleh PBT
Pada 21 Jan 2016, Kerajaan Negeri Kelantan dilaporkan membuat Usahasama dengan Syarikat Jalur Saujana Sdn Bhd yang sebelumnya hanyalah sebuah syarikat 'DORMANT' dan ianya milik PROTASCO BERHAD dengan pengasasnya DATO' SRI IR CHONG KET PEN. dilaporkan ianya akan dijual dengan harga Permulaan RM400 ribu untuk unit Kondo, dan RM 200 ribu untuk unit Studio.....dan dikatakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ia hanya untuk orang Islam sahaja... tetapi harus diketahui oleh rakyat Kelantan Trend pemilikan kondominium mewah terkini di Kota Bharu adalah kebanyakan dimiliki oleh Kaum BUKAN BUMIPUTRA BUKAN ISLAM. DAN SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN INI BAKAL BERLAKU .... dan track rekod kerajaan Negeri dalam kebanyakan usahasama melibatkan pembalakan tebang habis juga hanya menggunakan nama Syarikat Milik Bumiputra dipermukaan sahaja sebelum pemilikan syarikat dijual kepada BUKAN BUMIPUTRA ISLAM....dan bila ditanya mengenainya mereka akan lepas tangan menjawab KITA TAK PUNYA KUASA UNTUK MELARANG ORANG MENJUAL SAHAM / PEMILIKAN KEPADA ORANG LAIN.
Akhir kata.... BANYAK LAGI TANAH2 MILIK PERSENDIRIAN DIKAWASAN SEPANJANG JAJARAN TELIPOT YANG INGIN DIJUAL OLEH INDIVIDU , MENGAPA YAYASAN ISLAM KELANTAN SANGGUP MENGENEPIKAN KEPENTINGAN MASJID YANG SUDAH SEDIA SEMPIT UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.... BUKANKAH LEBIH BAIK KAWASAN SEBELAH MASJID ITU DI KHASKAN UNTUK MEMBINA PUSAT PEMBELAJARAN ISLAM DAN PENGEMBANGAN SYIAR ISLAM SELARAS DENGAN SLOGAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN..... ‪#‎helpmasjidtelipot‬

TABUNG HAJI JUAL ASET UNTUK PASTIKAN DIVIDEN TINGGI? – AMANAH

Najib bersikap diktator kukuhkan cengkaman politik


SUFI2771
KUALA LUMPUR 6 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin menunjukkan sikap kediktatorannya walaupun dihujani pelbagai skandal apabila berjaya ‘memaksa’ Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat peletakan jawatan itu suatu lagi kemenangan kepada Najib walaupun sepatutnya Perdana Menteri itu berasa tergugat akibat pendedahan pelbagai skandal melibatkan dirinya.
Kejayaan itu, katanya, menjadikan kemenangan Najib ke atas musuh politiknya dalam tempoh enam bulan lepas dianggar berjumlah ‘10-0’ antaranya:
  • Memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.
  • Melambatkan siasatan Pasukan Petugas Khas berkenaan skandal 1MDB.
  • Penangkapan, pemindahan serta-merta atau ugutan terhadap pegawai-pegawai utama dalam Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ingin melanjutkan siasatan terhadap skandal mega berkembar Najib tanpa rasa takut atau pilih kasih.
  • Mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen ke atas 1MDB.
  • Mengambil ringan arahan Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober 2015 yang menggesa kerajaan agar melengkapkan siasatan 1MDB “secepat mungkin” dan mengambil “tindakan tegas sesuai” terhadap semua yang didapati terlibat.
  • Kegagalan UMNO untuk menjatuhkan Najib melalui akuan bersumpah ahli-ahli Parlimen.
  • Pelanggaran perjanjian yang dibuat Najib bahawa skandal mega kembarnya akan diselesaikan pada akhir tahun lepas, sedangkan kedua-dua skandal ini menjadi lebih besar dan lebih antarabangsa pada 2016.
  • Peguam Negara melepaskan Najib daripada sebarang salah laku atau jenayah dan tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya dalam kedua-dua skandal derma RM2.6 bilion dan skandal SRC International RM42 juta.
“Ia satu paradoks besar dalam politik Malaysia, Najib nampaknya semakin kuat dan lebih kuat walaupun dipalit skandal demi skandal,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyifatkan peletakan jawatan Mukhriz berlaku atas paksaan pihak tertentu kerana beliau hanya memerlukan sokongan empat ahli wakil rakyat UMNO BN.
“Wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berjumlah 36 orang, dengan wakil pembangkang seramai 15. Justeru, beliau hanya memerlukan sokongan tiga lagi wakil UMNO BN selain dirinya untuk mendapat majoriti undian dalam dewan.
“Jika Bashah hanya mendapat sokongan 17 orang, kumpulannya tidak mampu mendapat majoriti bagi memaksa peletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar.
“Jadi, jika UMNO BN mahu menjatuhkan Mukhriz, ia mesti secara kolektif menguasai 18 undi, kerana dalam keadaan seri 18-18, Speaker akan dapat mengundi memihak kepada Bashah,” katanya. -Roketkini.com

Malaysia hilang 7,828 tenaga kerja mahir ke Singapura


ong_kian_ming

KUALA LUMPUR 5 FEB: Malaysia kehilangan tenaga kerja bermahiran tinggi dan profesional apabila seramai 7,828 warganegara Malaysia memilih bekerja dan menjadi warga Singapura sejak 2014, lantas merencat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara ini.
Sebagai perbandingan, Program Pakar (Returning Expert Programme – REP) dikendali TalentCorp hanya mampu menarik 3,600 profesional Malaysia kembali ke tanah air dalam masa empat tahun.
Menganggap ia menyedihkan, Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, berkata seramai 7,828 individu terdiri pelbagai kaum itu berbuat demikian kerana peluang pekerjaan dan jaminan lebih baik disediakan di sana.
“Ia sangat menyedihkan kerana mereka individu yang mengambil berat terhadap negara hingga turun mengundi tetapi disebabkan pelbagai faktor, mereka menjadi warga Singapura.
“Majoriti mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun, bermakna mereka sedang dalam usia paling produktif untuk bekerja. Ia satu kehilangan buat Malaysia,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Kian Ming mendapati 7,828 bekas pengundi Malaysia menjadi warga Singapura selepas memeriksa daftar pemilih yang dilakukannya setiap tiga bulan bagi mengetahui jumlah pengundi baru, penukaran alamat mengundi dan individu yang dikeluarkan daripada senarai.
Pengarah Strategi Pilihanraya DAP Kebangsaan itu berkata, jumlah itu tidak termasuk rakyat Malaysia yang memilih menjadi warganegara selain Singapura dan yang berhijrah sebelum 2014.
“Jumlah itu tidak termasuk mereka yang menjadi warganegara selain Singapura, terutama negara yang kerap menjadi destinasi bekerja warga Malaysia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.
“Malah, ia hanyalah jumlah bagi 2014 dan 2015 dan tidak mengambil kira jumlah rakyat Malaysia yang dilucutkan kewarganegaraan sebelum itu,” katanya.
Paling mengecewakan, kata Kian Ming, ialah individu berbakat besar dan berkemahiran tinggi ‘terlepas ke tangan’ negara lain seperti Singapura, padahal mereka asalnya warganegara Malaysia.
“Saya terjumpa nama seorang penerima biasiswa ASEAN yang kini pakar perubatan dalam bidang penyakit berjangkit di hospital kerajaan di Singapura. Kesnya hanyalah serpihan kecil dari lambakan profesional yang berhijrah ke negara lain.
“Mungkin apabila berlaku perubahan kerajaan pada masa akan datang, golongan berkemahiran tinggi ini akan kembali bersemangat menyumbang bakat mereka kepada negara kita,” katanya. -Roketkini.com

(function() { var d = document, w = window; w

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM-MENOLAK ELAUNS SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG BERTARAF MENTERI

 Kenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan k...