Capkapalayar Limaribukawan shared Ayie Propz's post.
Apa cerita ? Datuk Nikah Kahwin yg hebat berceramah.....tolong jelaskang. Presiden Mursi kena guling dun kelantan boleh buat sidang khas takkan isu depan mata sebegini ustaz polibeg ustaz yoya yoya tak boleh buka mulut.
Ayie Propz with Abdullah Abdurrahman Ibnu Abdurrahman and 43 others.
Copipes..
Hari ini ambo nak recap kembali isu Kondo Masjid Telipot,
Pada tahun 2013 Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan telah mengeluarkan arahan mengosongkan Tadika Tengku Anis yang terletak atas tanah Kerajaan Negeri yang tidak bernombor ketika itu... dan lot tersebut dikenalpasti sebagai Lot 235 , Seksyen 20, Kota Bharu iaitu No Lot Tanah Masjd Telipot itu sendiri. Tujuan adalah tidak diketahui ketika itu.
Segala operasi TADIKA TENGKU ANIS (yang pada awal penubuhannya 1960an ia dinamakan TADIKA SAKINAH) dipindahkan ke Tadika Tengku Anis 2 di Sebelah Masjid Kg Sireh ,Penutupanya menurut salah seorang penduduk di situ hanya diberi tempoh notis 9 hari sahaja kepada ibubapa.
Setelah mengetahui tujuan pengosongan adalah untuk membina Kondominium 24 tingkat disitu ,pada 10 Sept 2014, Satu surat Bantahan Penduduk dihantar kepada Kerajaan Negeri Kelantan , dialamatkan kepada Menteri Besar Kelantan dan salinan kepada banyak pihak yang terlibat termasuk ADUN BUNUT PAYONG, AHLI PARLIMEN KOTA BHARU dan Pengurusan tertinggi YIK,-SURAT ITU TIDAK DILAYAN.
Pada Mac 2015 seluruh struktur Tadika Di robohkan.
Dari siasatan awal saya, mendapati PERMOHONAN KEBENARAN MEMBINA KONDOMINIUM 24 TINGKAT oleh YAYASAN ISLAM KELANTAN telah dihantar untuk kelulusan Majlis pada 21 Julai 2014, dan mengejutkan saya ia dihantar menggunakan No Lot 235 Seksyen 20, iaitu Lot MASJID itu sendiri. dan kelulusan Bersyarat dikeluarkan pada 20 Ogos 2014.
Saya juga dapati Kerajaan Negeri Kelantan menganugerahkan tanah itu secara bertulis dan rasmi kepada YAYASAN ISLAM KELANTAN pada 30 Julai 2014 dan geran dikeluarkan atas LOT PT470, dipecahkan dari LOT 235, LOT MASJID TELIPOT.
Satu Bantahan aman telah diadakan dikawasan perkarangan Masjid Telipot pada 29 Mei 2015, kerana cubaan penduduk yang membuat bantahan untuk berjumpa MB Kelantan tidak diendahkan.
Pada 14 Jun 2015 semua banner bantahan disekitar Masjid dibuang oleh PBT
Pada 21 Jan 2016, Kerajaan Negeri Kelantan dilaporkan membuat Usahasama dengan Syarikat Jalur Saujana Sdn Bhd yang sebelumnya hanyalah sebuah syarikat 'DORMANT' dan ianya milik PROTASCO BERHAD dengan pengasasnya DATO' SRI IR CHONG KET PEN. dilaporkan ianya akan dijual dengan harga Permulaan RM400 ribu untuk unit Kondo, dan RM 200 ribu untuk unit Studio.....dan dikatakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ia hanya untuk orang Islam sahaja... tetapi harus diketahui oleh rakyat Kelantan Trend pemilikan kondominium mewah terkini di Kota Bharu adalah kebanyakan dimiliki oleh Kaum BUKAN BUMIPUTRA BUKAN ISLAM. DAN SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN INI BAKAL BERLAKU .... dan track rekod kerajaan Negeri dalam kebanyakan usahasama melibatkan pembalakan tebang habis juga hanya menggunakan nama Syarikat Milik Bumiputra dipermukaan sahaja sebelum pemilikan syarikat dijual kepada BUKAN BUMIPUTRA ISLAM....dan bila ditanya mengenainya mereka akan lepas tangan menjawab KITA TAK PUNYA KUASA UNTUK MELARANG ORANG MENJUAL SAHAM / PEMILIKAN KEPADA ORANG LAIN.
Akhir kata.... BANYAK LAGI TANAH2 MILIK PERSENDIRIAN DIKAWASAN SEPANJANG JAJARAN TELIPOT YANG INGIN DIJUAL OLEH INDIVIDU , MENGAPA YAYASAN ISLAM KELANTAN SANGGUP MENGENEPIKAN KEPENTINGAN MASJID YANG SUDAH SEDIA SEMPIT UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.... BUKANKAH LEBIH BAIK KAWASAN SEBELAH MASJID ITU DI KHASKAN UNTUK MEMBINA PUSAT PEMBELAJARAN ISLAM DAN PENGEMBANGAN SYIAR ISLAM SELARAS DENGAN SLOGAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN..... #helpmasjidtelipot