MINTA DUIT TU RASUAH KAH.

 

De De


⚖️ 1. Minta duit itu sendiri tidak automatik jadi rasuah:








❗ Dalam undang-undang Malaysia, minta duit sahaja tanpa bukti tujuan rasuah tidak menjadi kesalahan.


Contoh:

“Bro, aku nak travel. Boleh tolong bagi sikit duit?”

→ Ini tak jadi rasuah kalau tiada kaitan dengan kuasa, projek, tender atau balasan.

Sama seperti kawan minta pinjam duit, atau saudara minta tolong.

Undang-undang hanya panggil rasuah bila ada elemen:


suapan (duit atau hadiah)

sebagai dorongan atau upah

berkaitan tugas rasmi seseorang (contoh: bagi tender, percepatkan kelulusan, dapat projek, direct nego, dsb.)

Kalau tiada kaitan dengan kuasa, ia tak jatuh rasuah.


⚖️ 2. Jadi… ex-SUPOL tu minta sebab apa?

Ini yang jadi isu sebenar.

Berdasarkan chat yang tersebar:


📌 Dia kata nak pergi London.

📌 Dia minta “pound sterling”.

📌 Tiada disebut tender.

📌 Tiada disebut projek.

📌 Tiada janji balasan.

📌 Tiada kaitan direct dengan kuasa kerajaan dalam mesej itu.

❗ Kertas siasatan SPRM pun sebenarnya perlu buktikan ‘niat’ — bukan sekadar mesej minta duit.


Kalau TIADA:

projek dijanjikan,

surat sokongan,

direct nego,

kelebihan kerajaan yang diterima Albert,

→ maka sukar untuk disabitkan kes rasuah pemberi atau penerima.

⚖️ 3. Jika hanya “janji mulut” Shamsul, ia memang tak boleh disabitkan jika:


tiada dokumen

tiada bukti projek

Albert tak dapat apa-apa manfaat kerajaan

Kalau Shamsul hanya "cakap kosong" dan Albert percaya — itu bukan unsur rasuah. Itu hanya:


🔹 kawan minta tolong

atau

🔹 Shamsul mempergunakan hubungan / nama (kalau benar)

Tetapi bukan rasuah jika tiada quid pro quo (balasan untuk kuasa).


⚖️ 4. Soalan paling penting: Albert bagi duit itu dengan niat apa?

Ini yang undang-undang lihat:


Jika Albert memberi dengan tujuan:

nak dapat tender

nak dapat direct nego

nak dapat projek

→ itu jatuh pemberi rasuah, walaupun dia tak dapat apa-apa pun akhirnya.

Niat pemberi sudah cukup.


TAPI…

Jika Albert bagi kerana:

rasa kesian

tolong kawan

tolong SUPOL sebab dia minta nak travel

tak wujud apa-apa urusan kerajaan

→ itu bukan rasuah, cuma pemberian peribadi.


📌 5. Kesimpulan undang-undang yang paling tepat

Dengan maklumat dalam WhatsApp itu sahaja, ia menunjukkan:


✔️ Ex-SuPol minta duit TANPA nyatakan apa-apa urusan kerajaan

✔️ Tiada bukti tender / projek / direct nego dijanjikan

✔️ Tiada janji balasan (explicit atau implicit)

✔️ Albert tak dapat apa-apa daripada kerajaan

✔️ Mesej sangat mirip “pinjam duit / minta tolong kawan”

👉 Maka secara law, susah nak kategorikan ia sebagai rasuah.


📢 6. Tapi kalau Albert baginya dengan niat nak dapat projek… itu masalah pemberi

Ini kena selari dengan apa yang Tuan Guru cakap:


“HAPUSKAN PEMBERI RASUAH”

Kalau benar Albert bagi dengan niat beli projek, maka:


dialah pemberi

dia yang patut dipersalahkan dulu

penerima hanya boleh disabitkan jika balasan itu wujud



𝗣𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦𝗨𝗟 𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗕𝗘𝗥𝗧 𝗧𝗘𝗜, 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗡







Dari segi undang-undang, apa yang didedahkan oleh Albert Tei masih merupakan dakwaan. Lebih baik sekiranya perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan yang sewajarnya.


Shamsul sepatutnya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil untuk membersihkan namanya. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menguatkan dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei.


Begitu juga, pihak berkuasa — terutamanya SPRM — perlu bertindak segera untuk menyiasat dan, sekiranya ada asas kes, mendakwa kedua-duanya atas tuduhan rasuah.


Dari segi politik, keadaan ini lebih rumit.


Tanpa mengira apa yang akan berlaku di mahkamah — dan lebih-lebih lagi jika tiada tindakan diambil — pendedahan Tei telah memberikan tamparan hebat kepada kerajaan dan kredibiliti Dato’ Seri Anwar.


Sekiranya Dato’ Seri Anwar mengambil tindakan tegas dengan menyingkirkan Shamsul ketika kontroversi surat sokongan itu timbul minggu lalu, Perdana Menteri mungkin boleh menjauhkan diri daripada kesan pendedahan ini.


Pada ketika ini, saya tidak nampak cara cepat yang boleh diambil oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan kerosakan terhadap kredibilitinya.


Dalam keadaan paling buruk, para pengkritiknya akan menggunakan episod ini terhadap beliau pada masa hadapan setiap kali beliau bercakap tentang usaha memerangi rasuah.


Dalam keadaan terbaik, orang ramai mungkin meragui pertimbangan beliau dalam menghakimi watak dan akhlak orang yang dipilih berada di sekelilingnya, memandangkan beberapa kali beliau meletakkan kepercayaan kepada individu yang reputasinya dipersoalkan sepanjang kerjaya beliau.


Saya berharap beliau tidak memandang rendah gelombang kekecewaan di kalangan penyokong PH dan masyarakat umum akibat episod ini.


Saya juga tidak mahu bertindak melulu menerima bulat-bulat apa yang didedahkan dalam video tersebut, yang mendakwa Dato’ Seri Anwar berada di belakang usaha merakam video ADUN GRS dan Albert Tei.


Setakat ini, semua itu masih kekal sebagai dakwaan dan khabar angin.


Dakwaan tersebut perlu disiasat secara bebas dan segera.


Sukar untuk Albert Tei membuktikan dakwaannya melebihi andaian yang dibuat dalam video itu, melainkan beliau mempunyai rakaman pertemuan dengan Perdana Menteri yang jelas merakamkan arahan sedemikian.


Selain daripada itu, perkara ini hanya boleh diselesaikan di mahkamah.


Saya berharap Dato’ Seri Anwar menyaman Albert Tei secepat mungkin dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.


Jika tidak, kita akan terus mendengar mainan politik yang tidak berkesudahan daripada PAS dan PN, yang mengalih perhatian negara daripada perkara yang lebih penting.


Akhirnya, bola berada di kaki Perdana Menteri. 


Penting untuk beliau mengambil tindakan undang-undang dengan segera kerana isu ini akan kekal sebagai situasi “kata dia, kata saya” selagi tiada bukti kukuh dikemukakan.



Siapa Pula Letak Jawatan Nanti?

Zuwairi Md Yusof















Selepas Shamsul ada seorang lagi.Dana sudah makin kering ke tu 🤭. Ada yang sudah loan Proton X50 lepas ini susah la nak bayar pendapatan akan hilang.Hebat jugak aku ni.Seluruh jentera JKOM di kerahkan serang Iswardy lepas Rafizi Ramli untuk redakan isu @shamsuliskandar .Orang tak makan taktik itu.Haha pening dia orang lepas ini sebab ada beberapa lagi ni cerita akan buka termasuk yang dapat jutaan ringgit untuk AI bot MADANI.Definisi SURAT SOKONGAN.


Menteri Kewangan

• Dulu - SURAT JAMINAN

• Kini - SURAT BUKAN ARAHAN


Jom kita dengar pula kupasan definisi ini daripada YB @rafiziramli

secara lebih teliti dan berilmiah https://www.facebook.com/reel/1381591740102921


Kabinet dapur Anwar Ibrahim perlu membatalkan pelantikan TERRIRUDIN dalam JAC kerana Tuan Yang Dipertuan Negeri Sembilan risau dan tidak berkenan dengan pelantikan itu.Kami pun tidak setuju JAC ambil TERRIRUDIN duduk dalam JAC sama macam kami setuju Najib Razak di beri Tahanan Rumah.Oh ya jangan sambung lagi kontrak AZAM BAKI untuk 3 tahun lagi cukuplah dia duduk kerusi panas itu selama ini.Malaysia tidak perlukan KP SPRM yang menghalang orang ramai berspekulasi kerana itu terjamin dalam Perlembagaan untuk berspekulasi.


Link post twitter




LAPORAN TERHADAP PERASUAH.

 





Ramai yang panggil Albert tei tu "whistleblower". Klakar.. dia bukan whistleblower tapi dia tu pemberi rasuah tegar.


 Norman Daud


Ramai yang panggil Albert tei tu "whistleblower". Klakar.. dia bukan whistleblower tapi dia tu pemberi rasuah tegar.







Saya bagi sedikit pengenalan siapa dia ni sebenarnya dan saya yakin ramai tak tahu.


Albert Tei, atau nama penuhnya Tei Jiann Cheing, berumur 37 tahun dan berasal dari Selangor. Beliau dikatakan memiliki hampir 50 syarikat sama ada sebagai pengarah, pemegang saham, atau melalui proksi. Nama beberapa syarikat yang dikaitkan dengannya disebut dalam laporan, termasuk syarikat berkaitan perlombongan dan pelaburan misalnya syarikat seperti Kencana Primary Sdn Bhd, ARGO PACIFIC, Nova Asia Resources, CLA Global Holdings, antara lain.


Terdapat dakwaan bahawa beliau menggunakan struktur “money‑layering” (pinjaman silang antara syarikat, loan internal, transaksi dalaman) untuk “melicinkan” aliran kewangan, mengaburkan aliran wang tunai, dan mengelak cukai. Laporan sama menyebut bahawa walaupun dikatakan mempunyai empayar besar ,hartanah, kenderaan mewah dan pelbagai syarikat tapi beliau pada tahun taksiran 2024 dikatakan mengisytiharkan pendapatan “RM0.00” kepada pejabat cukai, memunculkan syak bahawa aset dan pergerakan wang dikaburkan. 


Tambahan lagi, SabahKini2 memetik sumber daripada data yang dikatakan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan penyiasatan pihak berkuasa sebagai asas dakwaan bahawa terdapat percubaan penghindaran cukai dan penstrukturan semula aliran kewangan melalui syarikat‑syarikat yang dikaitkan dengan Tei. 


Pada 2017, Albert pernah didakwa dengan 105 pertuduhan:


1) Kesalahan bawah Akta Buruh 1955


2) Kesalahan bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011


Albert Tei juga dikatakan memohon 25 lesen pencarian mineral melalui rangkaian syarikatnya. Kawasan yang dipohon dilaporkan hampir 1 juta ekar (404,685 hektar), satu jumlah luar biasa besar.


Daripada 25 permohonan itu, dilaporkan 13 lesen telah diklaim diluluskan atas nama syarikat milik Albert Tei. 


Namun menurut penyata daripada agensi negeri (Sabah Mineral Management Sdn Bhd — SMM), dalam semakan semula Lembaga Pengarah, keputusan kelulusan tersebut dibatalkan. 


Surat “Letter of Approval (LOA)” yang dikemukakan oleh pihak berkaitan dikatakan palsu / dokumen manipulasi, bukan dari keputusan mesyuarat rasmi Lembaga Pengarah. 


Menurut dokumen sulit yang disiarkan media selepas pendedahan, SMM mendapati bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah yang sepatutnya membuat keputusan telah diubah suai secara palsu  dan keputusan semasa mesyuarat rasmi adalah untuk menolak / tidak meluluskan permohonan syarikat milik Albert Tei. 


Tarikh mesyuarat rasmi yang menolak lesen tersebut dilaporkan pada 25 September 2024. 


Pada 30 Jun 2025, Albert Tei didakwa bersama dua ADUN Sabah atas tuduhan memberi rasuah  berupa wang tunai RM200,000 dan RM150,000 kepada dua ADUN  bagi membantu permohonan lesen cari gali mineral bagi syarikat miliknya. 


Kes disiasat di bawah akta antirasuah (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009  Akta SPRM), dan mahkamah telah menetapkan tarikh pra-perbicaraan. 


Pendakwaan terhadap beliau dibenarkan, menunjukkan bahawa bukti awal dianggap mencukupi untuk mendakwa pemberian suapan berkaitan lesen mineral. 


Dalam laporan 2025, kerajaan negeri Sabah menyatakan bahawa hasil semakan mendapati tiada lesen yang sah dikeluarkan dalam permit pelombongan / mineral di kawasan yang kontroversi  dengan penekanan bahawa apa yang dipohon hanyalah “permohonan”, bukan permit pelombongan sebenar. 


Kronologi permohonan lesen mineral, pembatalan lesen akibat dokumen palsu, serta dakwaan sogokan kepada ADUN Sabah menambah lagi keraguan bahawa Albert Tei boleh bertindak sebagai saksi yang bebas dari kepentingan sendiri.


Setiap tindakan dan pendedahannya perlu diteliti dengan berhati-hati, kerana sejarah dan dakwaan beliau menunjukkan konflik kepentingan yang jelas, sekaligus menimbulkan persoalan sama ada maklumat yang dikemukakan beliau benar-benar untuk kebenaran atau sekadar untuk melindungi kepentingan peribadi dan perniagaan sendiri.



Mengapa dakwaan belum memadai jadi kes rasuah?


 


Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN



Semalam, Setiausaha Politik (Supol) Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin telah meletakkan jawatan.

Tidak lama selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan, keluar berita Albert Tei yang mengatakan telah memberikan wang lebih RM600,000 kepada Supol PMX itu.



Orang ramai berspekulasi sama ada peletakan jawatan itu ada kaitan dengan dakwaan Albert Tei.

PMX pula mengeluarkan satu kenyataan ringkas bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan tersebut dan menyebut SPRM bebas untuk membuat siasatan.

SPRM juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan memanggil kedua-dua pihak bagi tujuan siasatan.

Jika kita lihat definisi rasuah SPRM adalah:

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Suapan boleh berbentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, atau diskaun.

Contoh mudah: Seorang kontraktor memberi hadiah kepada pegawai kerajaan supaya projek diluluskan kepada syarikatnya. Itu dikira rasuah kerana ia melibatkan pemberian suapan untuk mempengaruhi keputusan rasmi.

Jika kita melihat kepada sabitan bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan yang didenda lebih RM8 juta dan penjara 6 tahun akan memberikan gambaran kes rasuah ini.

Laporan akhbar menyatakan, “Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng, melalui Roslan Lahada”.

“Ia sebagai dorongan mendapatkan tender “Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif” bagi kempen Tourism Malaysia, serta tender Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.”

Tugas rasmi

Jika kita melihat kepada tohmahan Albert Tei itu pula dia menyatakan, “Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.”

“Dia seterusnya mendakwa berbelanja ribuan ringgit untuk cerut premium dan menjahit beberapa sut untuk pembantu politik itu.”




“Dia malah mendedahkan salinan resit tukang jahit dan ukuran badan Shamsul.”

“Tei juga menunjukkan tangkapan skrin WhatsApp dari Disember 2023, yang Shamsul didakwa meminta wang kepadanya semasa berada di luar negara.”

Jadi, cuba kita lihat kembali definisi rasuah SPRM yang menyebut suapan itu mesti sebagai dorongan untuk kerja rasmi.




Adakah memberikan RM629,000 untuk Supol itu lobi bagi dapatkan kembali wang yang telah disalurkan kepada ahli-ahli politik Sabah itu termasuk dalam tugas rasmi Supol? Adakah ini tugas rasmi Supol atau tugas politik?

Cuba bandingkan pula dengan sabitan ke atas SUSK Menteri Pelancongan yang menerima RM1.7 juta sebagai dorongan untuk dapatkan tender secara rundingan terus. Ini jelas masuk dalam tugasan rasmi.

Tidak mencukupi

Malaysiakini yang memuatkan berita Albert Tei itu pun cukup berhati-hati dalam memilih tajuk berita.

Tajuk yang dipilih “Tei dakwa beri lebih RM600,000 kepada setiausaha politik kanan PM” dan bukannya “Tei dakwa beri rasuah lebih RM600,000…”.


Ini kerana pemberian RM600,000 itu mungkin merupakan fakta yang disokong bukti.

Sebaliknya, istilah rasuah mempunyai takrif undang-undang yang lebih kompleks dan tidak boleh digunakan tanpa asas yang kukuh.

 

Apa pun kita lihatlah nanti perkembangan siasatan SPRM kerana kita tidak ada maklumat terperinci.

Walaupun Albert Tei mendakwa beliau telah menghimpunkan 300 muka surat bukti, jika ia sekadar melibatkan dana politik maka ia tidak mencukupi untuk mensabitkan kes rasuah.

Paling kuat pun kira kena scam orang politik sahaja dan ia lebih berkemungkinan hanya boleh menjadi asas tindakan sivil dan bukannya suatu kesalahan jenayah.

Asasnya, sebagai orang politik selain daripada aspek undang-undang, aspek moral juga adalah penting untuk menjaga imej dan integriti parti.



*DR ZULQARNAIN LUKMAN merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH.







Ironi Terbesar PAS: Projek Kerajaan Pusat, Dia Yang Canang Lebih!

Bila Parti Reformasi Pun Main Surat Sokongan

Samsul Iskandar belum panas letak jawatan tetiba salam 630K muncul, keja...

"JANGAN TUDUH PKR PARTI RASUAH" ! SPEAKER SEKOLAH YB PN !

PERLIS LUMPUH...


 

GAMAKNYA BANJIR TERUK DI GANU SEBAB HADI .DAK OUN SEBAB KO..SUWEY

 Sebab itu lah saya lawan PAS sebab takut mahkluk macam ini jadi Menteri…


 membodohkan umat. Banjir di Terengganu tu sebab Hadi agaknya. Level pemikiran kuno.





TAK SIAPA ANGKAT TEI SEBAGAI HERI.

 

Norshidah Md Daud



Sape pulak yang dok mengata geng Hiruk angkat Tei sebagai hero ni 


Agak2 la


Aku x minum tei, aku minum kopi je


Logik ke ni game Madey?

Logik...

Selagi lom mampos otak dia ligat


Tapi  dia bukan game sesaje

Dia plan awal dah nak makan orang yang dia boleh makan


So pepaham je la

Pelanduk dah masuk jerat


Kalau imej dia bersih, aku pun boleh nak bersangka baik lagi

Tapi tu la hurm...


Semalam dia bgtau dia akan pertahankan diri dia kan?


So kita tegok ape dia nak wat...


Jangan wat baju baru lagi dahla 😉




SIAPA DIBELAKANG TABIR. CERITA DIA BUKAN SIAPA..TAPI MEMANG DAH TAK CERDIK



 Cerita Tei ni makin panjang, tapi yang orang nak tahu sebenarnya siapa yang gerakkan semua benda di belakang tabir.









INI CERITA DIA.

 

Alif Jamil






Nah ini kenyataan rasmi dari Perdana Menteri Thailand sendiri berhubung isu perdamaian antara Thailand-Kemboja dan penglibatan US. 


Yang bercakap tu bukan wartawan pro-kerajaan, bukan pegawai Malaysia tapi Perdana Menteri Thailand sendiri.


Jelas dan terang. 


Tapi sudah tentu lah kenyataan rasmi macam ini takkan dikongsi oleh kumpulan pemuja sakatua.


Depa hanya akan rujuk sumber yg sama² tenggelam dalam lumpur kejahilan dan dendam politik.


Kalau dalam negara, rujukan mereka ialah:


Papagomo, si raja fitnah yg tiap² Jumaat muncul ramalan ghaib tapi tak pernah jadi.


Ratu Nangka , si penganut ekonomi Ayah Pin.

Dia kira nilai matawang macam kira harga kangkung.


Shafiq Murtad.

Duta besar teori sesat dari TikTok University.


Untuk Thailand pula, depa rujuk askar pencen yg kalah deposit sama spesis dgn parti Pejuang yg depa junjung.


Cuba fikir:

Yang hilang deposit rujuk yg hilang deposit.

Yang kecewa rujuk yg kecewa.

Yang gagal rujuk yg gagal.

Yang isim rujuk yg isim. 

Yang wayar putus rujuk wayar putus. 


Logik depa memang konsisten… konsisten bodoh.


Yang paling kelakar, bila Perdana Menteri Thailand sendiri bagi kenyataan rasmi, depa tiba² jadi buta.


Sebab apa? Sebab fakta ni tak sesuai dgn naratif dendam mereka.


Puak² ini bukan nak mencari kebenaran pon.. 


Depa hanya mencari apa sahaja yg boleh disandarkan untuk jatuhkan Anwar Ibrahim.


Dan kalau isu tu datang dari orang yg rekodnya lagi teruk dari Papagomo sekalipun depa akan kunyah dan telan. 


Hatta kalau ada orang gila yg gelak sorang diri tepi longkang tu pon isytihar lawan Anwar Ibrahim, kompom puak² celaka ni akan sokong orang gila tu.


Apa sahaja yg boleh digunapakai untuk lawan Anwar Ibrahim , depa akan rangkul semua sekali masuk dalam tong najis buatan mereka termasuklah dgn penyokong pengganas LTTE dan Hindraf tu. 


That is how low the bar they are.


MEMANG HANG BODO. TU SAJA NAK CAKAP

Sham Ghaz.


 Albert Tei kuda Trojan Mahathir?





Fadhli Shaari menyebut perjumpaan itu kelmarin.


Mahathir adalah Penasihat SG4, Negeri yang dikuasai Pas.


Banyak kali dah kami nasihatkan mana mana Menteri, Timbalan Menteri, Pegawai Lantikan Politik supaya hati2 dengan “perangkap rasuah”, jika dah kena memang kena “pegang batu”!


Itu memang skill Mahathir sejak dulu.





JOM MINUM AIR OREN...KIOK

 



KEH..KEH..KEH...KIOK.


 Che Ibrahim


Sabit ore kata jangan dok lok ke budak budak berhingus main politik, tepuh koksir....







KO NI MACAM ORANG TAK SEKOLAH KAN ?


 Bang Aji


Kalau ada kes biar SPRM cekup


SPRM tangkap anak MB Perlis dia kata tak perlu terkejut dan kata belum tentu bersalah.. MB Perlis pun dia tak suruh letak jawatan


Bila kena dekat orang lain, dia suruh PMX pulak cepat letak jawatan.





KEH KEH KEH....