PN MAHU KUASAI SPR DENGAN PECAT SPEAKER PARLIMEN PH?

Tahniah Mujahid! TH catat pendapatan RM1.55 bilion setengah pertama 2020.Amacam walauns....

Tahniah Mujahid! TH catat pendapatan RM1.55 bilion setengah pertama 2020

Tahniah Mujahid! TH catat pendapatan RM1.55 bilion setengah pertama 2020

Walaupun diserang dan dibuat pelbagai fitnah terhadap menterinya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah berjaya mencatat pendapatan pelaburan sebanyak RM1.55 bilion dalam tempoh setengah tahun pertama tahun 2020.

Pengumuman TH semalam bahawa mereka memperolehi pendapatan RM1.55 bilion untuk setengah tahun pertama adalah bukti kejayaan apa yang dibuat oleh menterinya sebelum ini, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Semalam, TH mengumumkan pendapatan itu dengan disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham.

Menurut kenyataan itu, pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus dari jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun 2020.

Pelaburan hartanah pula telah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM187.13 juta dan RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti.

“Peningkatan pendapatan ini telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion berbanding RM849.66 juta pada tempoh enam bulan yang sama pada 2019. Jumlah aset TH juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun 2020,” kata kenyataan itu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, mereka kini sedang memberikan tumpuan untuk mengurangkan impak dari Covid-19 yang melanda dunia.

“Impak besar dari wabak Covid-19 ke atas ekonomi dunia dan negara adalah menjadi cabaran yang paling utama bagi TH dalam menguruskan pelaburannya demi melindungi kepentingan pendeposit.

“Kami juga telah mengambil langkah untuk mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala.

“Dari segi operasi pula TH perlu menjadi lebih efisyen dengan menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan kos,” kata Nik Mohd Hasyudeen.

Pengorbanan Bersatu Perak yang sia-sia, bersedialah ditalkin Umno

Pengorbanan Bersatu Perak yang sia-sia, bersedialah ditalkin Umno


BILA MAT YEH MAKAN KAHAK SENDIRI


Pheonix

Laaa apa sudah jadi pak lebai.?
Dulu Tresea Kok bagi cadangan minum minyak sawit ko juga yang gelak-gelak macam berok mat yeh..
Tresa Kok suruh tanam buluh ko juga yang tergelak-gelak macam berok kena gigit kerengga.?


JOM TEPUK....WALAUNCAI.,APA MACIAM...


Nizam MKK

Masa harga petrol jatuh menjunam disebabkan serangan wabak covid 19 yang teruk pada bulan Mac/April lalu,bukan main lagi geng-geng walaun pasmno sembang kononnya kejatuhan harga petrol itu krana kebijaksanaan Pm Yiddin dan Kerajaan PN..Kononnya itu keberkatan hasil kejatuhan kerajaan PH..

Habis tu,sekarang harga petrol dah naik berturut-turut sejak sebulan lebih yang lalu,itu kamu nak sembang apa? Nak kata itu kerana Kebodohan PM Yiddin dan Keraaan Pn tebuk atap? Nak kata itu kerana tak berkat bila Kerajaan PN ambil alih?

Lain kali,sembang cerdik guna akal dan otak..Jangan sembang bodoh guna nafsu dan merapu meroyan...tak sekolah ka?


UMNO PERTAHAN SEMUA KERUSI, BERSATU MUHYIDDIN GIGIT JARI?

BERSATU DAN UMNO NI BAGAI ANJING DENGAN KUCING..PAS SENYUM KAMBING


HAMDAN TAHA

Bersatu kata ke Umno kot kami tak ajak kamu bersama....kamu masih pembangkang tau tak....
Umno pulak kata....heeeiii BERSATU kot kami tak sokong kamu Muhyuddin tak jadi PM laaahhhh
Pas pula diam jer suka hati hampa berdua lah...dua dua tu Umno belaka....yang penting aku dah dapat tiga negeri jadi MB dan Menteri dah dapat tiga juga....timbalan belambak...apa keadaan pun hammmpaa tetap nak kami juga....kikiki depa ketawa....
Dalam PH pula
Saya sahaja ada kekuatan untuk menjadi PM jika PH sokong saya maka akan ada lebihan MP akan ikut menyokong...tampa saya PH tak mungkin akan jadi Kerajaan semula....Tun Dr M
Pegiiiii dahhhhh hang ingat hang saja punya pasai boleh jadi PH dapat kerajaan. Aku tak sokong hang...hang ingat boleh jadi PM....peliakkkk hang lah mahathir oiiii....ini pulak AI kata....
Suka hati hampa lah nak bergaduh ka....nak bertumbuk ka....aku dah tercatat dalam sejarah jadi PM....tak kira lah apa keadaan pun aku dah PM...Umno pun tunduk kat aku....terutama najib yang pecat aku dulu....lepas tu Zahid Hamidi aku letak dia duduk sebelah Abang Johari saja ketika meeting parti parti yang sokong aku...Pas aku bagi jadi Duta pun dah sakan sokong aku dah....hampa nak kata apa pun ini ZAMAN aku DAN GAME aku dahhhhh....
Ini pula TSMY.....



DAFTAR PN UMPAMA SIJIL MATI KEPADA BN?

MINUM MINYAK SAWIT DITERUSKAN PN, DULU HENTAM PH?

POLITIK DAN PERSEKITARAN


JAMZURI ARDANI

Sentimen politik rakyat sentiasa dinamik dan berubah. Tidak ada satu parti politik yang boleh menguasai sentimen politik secara keseluruhan. Ianya dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang terlalu kompleks untuk diatur oleh mana-mana kelompok.

Parti politik yang berprinsip tidak boleh terlalu mengikut arus sentimen semasa, tetapi perlu sentiasa peka dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa dan arus sentimen rakyat.

Parti Amanah adalah parti yang agak baru secara relatifnya. Pengalaman parti politik baru memang mencabar. Parti Semangat 46 tidak mampu bertahan lama. Parti Keadilan Rakyat juga pernah berada dalam situasi yang cukup genting ketika awal penubuhannya dengan hanya mempunyai satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh dengan majoriti tipis 500 undi sahaja. Ramai aktivis dan muka besar parti yang keluar meninggalkan parti. Parti PPBM juga sedang mengalami krisis yang besar sebelum pun parti itu sempat mengadakan pemilihan jawatan di peringkat kebangsaan.

Jika dibandingkan dengan pengalaman parti-parti baru yang lain, saya fikir parti Amanah masih punya track record yang baik. Bukanlah bermakna tiada cacat cela, tetapi tidaklah seteruk pengalaman parti-parti baru yang lain.  Fenomena terdapatnya aktivis atau pimpinan parti yang keluar masuk parti, itu perkara lumrah yang berlaku dalam mana-mana parti politik.

Tetapi posisi politik yang diambil oleh Amanah adalah signifikan dan berani. Amanah sekarang ini menjadi satu-satunya parti yang 'Malay-dominan' yang menentang dominasi politik Umno/BN.  Semua 'parti Melayu' lain sekarang ini hanya mampu menjadi ekor kepada Umno/BN. Amanah tetap teguh berdiri menentang dominasi politik Umno/BN.

Saya katakan Amanah adalah 'Malay-dominan' kerana 85% keanggotaan parti itu adalah terdiri dari kalangan orang Melayu beragama Islam walaupun parti itu adalah terbuka kepada semua kaum dan agama.  Amanah bukan sahaja 'Malay-dominan', terapi mempunyai orientasi dan kecenderungan yang jelas terhadap penghayatan agama.

Selain teguh menentang Umno/BN, Amanah juga adalah satu-satunya parti 'Malay-dominant' yang mesra dengan DAP, iaitu parti terbesar yang disokong oleh masyarakat bukan Melayu di negara ini. Walaupun posisi politik ini mungkin dianggap menjadi liabiliti besar kepada Amanah dalam suasana sentimen politik semasa di kalangan orang Melayu sekarang, ia mungkin bertukar menjadi aset politik yang penting di masa akan datang kerana sentimen politik rakyat tidak selamanya kekal begini. Apabila berlaku gelombang besar politik atas apa jua sebabnya, parti politik yang berada di posisi yang betul pada masa itu akan menerima manfaat besarnya.

PAS dulunya tidak pernah merancang untuk Umno memecat Anwar. Tetapi PAS mengambil keuntungan politik yang paling besar apabila berlakunya gelombang politik baru pasca pemecatan Anwar.  Ini kerana posisi politik yang diambil oleh PAS waktu itu memang bertepatan dengan sentimen politik semasa.

Begitu juga dengan tsunami politik yang berlaku pada tahun 2008. Parti Keadilan yang berada dalam keadaan yang sangat lemah waktu itu dapat laba politik besar apabila berlaku hayunan politik di kalangan pengundi bukan Melayu terutamanya. DAP juga begitu. Tsunami politik yang berlaku itu bukan perancangan DAP atau Keadilan, tetapi ia berlaku atas faktor-faktor yang pelbagai yang di luar kawalan mana-mana parti politik. Tetapi apabila ia berlaku, parti politik yang berada pada posisi yang tepat dengan gelombang sentimen tersebut mendapat labanya.

Sentimen politik di kalangan orang-orang Melayu dan bukan Melayu juga skan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Itu bukan perkara yang perlu dibimbangi secara berlebihan.  Apa yang penting Amanah perlu teguh berdiri pada posisi politik yang tepat mengikut apa yang dihasratkan oleh ahli dan pimpinan parti.  Saya fikir posisi politik yang perlu dipertahankan oleh Amanah ialah
1. Mutiracial and Malay-dominan
2. Berorientasikan penghayatan agama
3. Sederhana dan menolak ekstrimis/takfiri
4. Mesra masyarakat bukan Melayu/bukan Islam
5. Demokrat dan terbuka
6. Memperjuangkan ketelusan dan good governance.
7. Berkolisi dengan mana-mana blok politik yang menentang Ummo/BN


UMNO PERTAHAN SEMUA KERUSI, BERSATU MUHYIDDIN GIGIT JARI?

KERAJAAN PN CAMPUR TANGAN URUSAN PARLIMEN, PELABUR ASING LARI?

KISAH DR MAZA MASA DULU DULU


JAMZURI ARDANI

Ini status Dr Maza masa dulu-dulu.

Zaman sekarang ni cakap siapa pun dah tak boleh percaya. Semua boleh u-turn dan kona baring. Cerita boleh pusing-pusing dan delete-delete.

Sebab itu Abdullah Ibn Mas'ud RA pernah berpesan kalau nak ambil contoh teladan, ambillah dari orang yang dah mati. Hat masih bernafas ni macam-macam boleh jadi.

Tokoh agama pun sama macam orang lain juga. Hari-hari makan nasi, rasa seronok naik kereta mewah, dan kadang-kadang teringin nak menikah lagi.

Kalau nak percaya kat cakap orang jugak ... boleh percaya cakap mak kita saja.




LEBIH BAIK BERPISAH SAJA LAH


Hanya kerana keceluparan atau mungkin “terlajak cakap” oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dr. Latif Ahmad, hubungan UMNO dan Bersatu kini tiba-tiba jadi bermasalah.
Beliau yang menyebut UMNO sebagai parti tidak laku di Sabah telah mendapat kecaman keras daripada hampir semua pemimpin parti itu.
Walaupun sudah meminta maaf dan mengakui kesilapannya, permohonan maaf Ahli Parlimen Mersing itu nampaknya langsung tidak dipedulikan.
Daripada mereka menyerangnya dengan melabel sebagai pemimpin yang lupa diri dan tidak mengenang jasa UMNO kerana selama ini bernaung dan banyak mendapat nikmat kehidupan melalui parti itu sebelum melompat menyertai Bersatu, perbalahan mula merebak untuk mengambil balik kerusi Mersing yang diduduki oleh Dr. Latif.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak adalah antara pemimpin kanan parti yang tidak berselindung lagi tentang keperluan UMNO mengambil semula kerusi Mersing itu.
Setiausaha Agung BN, Annuar Musa pula berkata, UMNO akan mempertahakan semua kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu.
Secara tersiratnya, kenyataan Annuar itu tentulah bermaksud BN mahukan balik berbelas kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu, tetapi Ahli Parlimennya kemudian meninggalkan UMNO untuk menyertai Bersatu, termasuk Dr. Latif sendiri.
Lebih daripada itu, ini juga bermaksud UMNO mahukan balik semua kerusinya yang dimenangi oleh pelompat-pelompat seperti Dr. Latif itu.
Dengan UMNO mahu mengambil semula kerusi-kerusi tersebut, ertinya UMNO tidak mahu berkompromi langsung dengan Bersatu dalam soal tersebut.
Maka, di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah beralih kepada Bersatu itu mahu bertanding?
Sementara itu, dengan UMNO makin merapatkan cengkaman hubungan dengan Pas melalui penubuhan pelbagai jawatankuasa untuk menghadapi PRU15, adalah jelas bahawa Bersatu makin cuba dipinggirkan.
Lalu, apa tunggu lagi?
Apakah UMNO mahu terus bersama dengan Bersatu dalam PN, tetapi sentiasa bercakaran?
Begitu juga Bersatu, buat apa tunggu lagi bersama dengan UMNO jika sudah tahu mereka bakal ditinggalkan?
Bukankah berpisah segera lebih baik bagi kedua-duanya?

 (Shahbudindotcom 10/07/2020)


JANGAN MINUM SAWIT..NANTI JADI DAP


MEDIA IN MALAYSIA.THE CASE OF MALAYSIAKINI AND ALJAZEERA


Media in Malaysia - the case of Malaysiakini & Al-Jazeera.
Buy Zunar's latest e cartoon book @ www.zunar.my @ RM10


LEKEH MINDA


MAKAN SAMAN LAGI


Rina Hamzah



DAN LAGI.. hari ini 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗺 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 ‼️

𝟯 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟬:
Pesuruhjaya PAS Perak diperintahkan bayar oleh mahkamah RM254,150 kpd Nizar kerana MEMFITNAH.

𝟮𝟲 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟬:
Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi pula diperintahkan bayar oleh mahkamah RM80,000 kepada Teresa Kok Suh Sim kerana MEMFITNAH Teresa Kok anti-Islam.

𝟵 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬.. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜
Bekas ketua Pemuda PAS P Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin diperintah bayar RM100,000 pada peguam, Eric Paulsen kerana MEMFITNAH Eric.

Sejak PAS bermuaFUCKat dgn UMNO, lobai-lobai PAS kerap sgt bayar saman FITNAH tu naper ??!

#PasFitnahBerpisahTiada
#KutipTinMilo


Sumber:
Ustaz Hafiz akhirnya kena bayar RM100,000 kepada Eric Paulsen kerana fitnah -(9/7/2020)
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/259736



RENTASAN 708 | HANIPA MAIDIN PERLEKEH HUJAH PM-8 TENTANG INTEGRITI?


MENARIK DALAM RENTASAN 708
1. APA NILAI INTEGRITI BAGI YANG TIADA INTEGRITI? 2. PERTUKARAN SPEAKER - IMPIAN RAKYAT YANG PUNAH 3. KANUN GESA SPRM DAN MEDIA BERSIKAP PROFESIONAL 4. JANGAN JADIKAN PARTI PAJAK GADAI




PASTI PAS GANTI UMNO?


Menurut beliau sekiranya PASTI layak mendapat bantuan tersebut, seharusnya sumbangan itu turut disalurkan kepada mana-mana tadika milik swasta yang lain. "Tempoh perintah kawalan pergerakan selama lebih 3 bulan amat memberikan kesan yang mendalam kepada semua tadika swasta di Malaysia.

TIGA MP UMNO TAK SOKONG MUHYIDDIN



Sidang Parlimen 13 Julai hingga 27 Ogos ini adalah cabaran sebenar buat Muhyiddin Yassin sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.
Beliau bukan saja dijangka akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya yang akan diusulkan oleh Tun Mahathir Mohamad terhadapnya, bahkan juga dalam cubaan untuk memastikan usulnya sendiri untuk menukar Speaker, Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, menemui kejayaan.
Kedua-dua usul tersebut, jika tidak memihak kepada Muhyiddin, ia dengan sendirinya akan memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Oleh kerana usul membuang Speaker, melantik Speaker baru, membuang Timbalan Speaker dan melantik Timbalan Speaker baru dibawa sendiri oleh Muhyiddin dan diletakkan dalam Aturan Mesyuarat No 2 hingga No 5, maka ia akan dilakukan sebaik saja Sidang Parlimen dimulakan pada hari Isnin, 13 Julai itu.
Usul undi tidak percaya oleh Tun Mahathir pula diletakkan dalam Aturan Mesyuarat No 27.
Berdasarkan susunan tempat duduk pada Sidang Parlimen pada 18 Mei lalu, kelebihan yang ada pada Muhyiddin berbanding blok pembangkang hanyalah satu kerusi saja.
Ini bermakna, dalam cubaan beliau mahu menukar Speaker dan Timbalan Speaker, ia bukanlah suatu usaha yang mudah, walaupun Muhyiddin dilihat ada keyakinan untuk memenanginya.
Sementara blok pembangkang telah membuat ketetapan untuk menolak usul Muhyiddin itu, sumber daripada blok kerajaan pula memperlihatkan lebih ketidakpastian dalam sokongan yang akan diterima oleh Perdana Menteri.
Difahamkan sehingga ini sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen UMNO diberi bayangan serta diperbualkan mungkin tidak menyokong Muhyiddin, baik dalam usul membuang Speaker dan Timbalan Speaker atau usul undi tidak percaya.
Memandangkan usul Muhyiddin itu perlu melalui Speaker sedia ada terlebih dahulu iaitu Mohamad Ariff sendiri, beliau hampir pasti akan memutuskan usul membuangnya dan Nga Kor Ming itu dilakukan secara undi sulit.
Dengan yang demikian, tiada masalah bagi tiga Ahli Parlimen UMNO itu untuk mengundi yang tidak memihak kepada Muhyiddin.
Sumber lain pula menyebut, mungkin juga tiga Ahli Parlimen UMNO itu akan mengambil sikap berkecuali dalam pengundian atau tidak hadir sama sekali ke Parlimen ketika usul dibentangkan.
Dengan yang demikian, berbanding majoriti asal blok kerajaan hanya ada satu undi, kekurangan tiga undi itu dengan mudah membuatkan Muhyiddin dapat dikalahkan.
Dalam usul undi tidak percaya, ia juga dipercayai akan dilakukan secara undi sulit dan dengan itu ia tidak menjadi masalah kepada tiga Ahli Parlimen UMNO yang sama untuk tidak memberi sokongan kepada Muhyiddin.
Dalam usul undi tidak percaya itu, oleh kerana kekalahan Muhyiddin akan memungkinkan Parlimen dibubarkan, cakap-cakap dalam UMNO juga sedang berkembang bahawa tidak mustahil lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan turut tidak menyokong Perdana Menteri.
Sokongan mereka adalah semata-mata dengan harapan agar kekalahan Muhyiddin akan membuka ruang kepada Parlimen dibubarkan dan pilihanraya mengejut diadakan, sekaligus membolehkan pemimpin UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri baru.
Dalam hal ini, UMNO yang bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional berkeyakinan penuh gabungan itu mampu memenangi jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan kiranya pilihanraya mengejut diadakan.
Diberitakan, dalam hal ini, selain tiga Ahli Parlimen tadi, sekurang-kurangnya ada lima lagi Ahli Parlimen UMNO tidak pernah berganjak daripada pendirian perlunya pilihanraya mengejut diadakan segera bagi mengembalikan kuasa parti itu sebagai peneraju pentadbiran negara ini berbanding membiarkan Muhyiddin lebih lama di puncak kuasa.
 (Shahbudindotcom 09/07/2020)