Minum minyak sawit diteruskan PN, dulu hentam PH?
Ipohmali
Hari ini baca laporan akhbar kenyataan ketua Pengarah MPOB( Lembaga Minyak Sawit Malaysia),Dr Ahmad Parveez Ghulam.. MPOB masih meneruskan malah menggalakkan amalan minum minyak sawit setiap hari dikalangan rakyat….
Alhamdulillah, Satu persatu kebenaran Allah zahirkan.. Selepas isu penaman Buluh diakui Kerajaan tebuk atap hari ini,malah kempen amalan minum minyak Sawit itu diteruskan MPOB.. tidak ada salahnya usaha yang dilakukan Teresa Kok selama ini..
Malangnya Teresa Kok menjadi mangsa kejahatan PAS dan UMNO atas fitnah mereka menyebabkan dia dikecam dan ditertawakan.. malah antara watak jahat Menteri hat ganti dan teruskan usaha Teresa Kok hari ini..
Bagi aku..selain Yeo Bee Yin, Teresa Kok antara Menteri yang cukup bekerja keras, dan pro aktif zaman PH.. Antara Menteri yang aktif berkempen, Melobi dalam rombongan perdagangan ke China.. malah Melobi Negara EU untuk memecah pasaran baru supaya mereka menerima minyak sawit Malaysia…
Apakah usaha Teresa Kok itu gagal.. Kala kita lihat dari harga Komoditi, seakan kempen Teresa Kok itu sudah berjaya.. harga komoditi Sawit didagangkan pada harga RM 3 ribu/Tan pada awal januari 2020.. tetapi hari ini ia hanya berlegar sekitar RM 2400-2500/tan.. itupun bagi bani Melayu hat buta Ekonomi depa puji harga minyak sawit dah naik sejak PN perintah..
Kadang2 pelik.. Menteri Cina yang berusaha, berkempen sedaya upaya membantu Industri Sawit, apalagi ia memberi kesan majoriti peneroka Sawit itu dikalangan Melayu Islam.. tetapi Teresa Difitnah hanya kerana dia bukan Islam.. Malah depa angkat pemimpin yang seleweng dan rosakkan institusi Melayu seperti FELDA…
Inilah jahatnya kelompok Ashabiyah..lebih jahat fitnah ini didokong oleh kelompok Khawarij da Ruwaibidhah seperti PAS.. orang yang amanah puak ni fitnah, orang Khianat depa angkat… betullah kata Nabi akan kemunculan kelompok Ruwaibidhah..
Bayang kan depa troll Teresa Kok.. Depa fitnah, Hat Najib pun sama saja saja buat bodoh kononnya Kerajaan PH suruh orang minum minyak masak.. tapi ramai pulak puak PAS percaya kat Najib..Beza minyak Masak dengan minyak Sawit pun tak reti beza..
Macam minyak Zaitun lah.. walaupun minyak Zaitun tu berkhasiat.. tetapi bukan semua sesuai diminum.. Kalau nak jadikan amalan minum minyak Zaitun, Kena pilih hat Extra virgin Oil.. bukan minyak masak depa…
tapi bab Minyak Zaitun tu boleh jadi depa terima hanya sebab ia di sebutkan dalam Quran.. walhal Allah dah bagi tau.. bukan hanya minyak Zaitun, hatta apa saja makanan yang baik yang ada atas muka bumi seperti Sawit yang terbukti punya Vitamin A dan E..
dalam Quran Allah menggunakan lafaz ” حَلَالًا طَيِّبًا” manakalan bagi orang berIman hanya digunakan perkataan Tayyibat ” مِنْ طَيِّبَاتِ ” sebagaimana firman Allah..
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا..
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi.. ”
Setiap Negara, Rakyat depa akan sokong Industri Komoditi depa.. ada negara pengeluar minyak Sayur, Minyak Jagung, Minyak Kacang dan minyak Zaitun.. tapi malangnya Rakyat dan pemimpin Malaysia sendiri perlekeh kempen produk sendiri..
Kalau nak tahu itulah Perangai UMNO dan PAS selama ini..Kelompok ini sebenarnya menkhianati Negara bukan DAP dan PH.. itu sebabnya, Kebanyakan kempen Ashabiyah seperti BMF tak berjaya.. orang Melayu tak boleh maju.. Pertama sebab ada bani Melayu seperti UMNO dan PAS yang suka khianat usaha orang lain…. kedua sebab Ashabiyah.. depa lakukan sesuatu sebab kepentingan Politik dan Kuasa.. 🙂