TERBAIK...SEMBANG DERAS KETUA PEMUDA UMNO NI..,.

 



Hari ini, saya hadir ke Mahkamah Tinggi Melaka bagi mendengar hujahan (submission) daripada barisan peguam saya, Datuk Sankara Nair dan Wong Guo Jin, berhubung kes saman fitnah terhadap Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh.




Saman fitnah ini difailkan susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau mengenai isu pensijilan halal sebelum ini.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua peguam saya dan juga para pemimpin DAP Melaka—YB Kerk Chee Yee, YB Leng Chau Yan, YB G. Saminathan, Sdr Cassel, dan Sdr Jason T. Nathan—yang hadir memberikan sokongan moral yang amat bermakna di mahkamah hari ini.


Pesuruhjaya Kehakiman, Yang Arif Tuan Isa Aziz Ibrahim telah menetapkan 19 Oktober 2026 (Isnin), jam 2.00 petang di Mahkamah Tinggi 2 Melaka bagi penyampaian keputusan kes ini.


Mohon doa dan sokongan berterusan daripada semua rakan-rakan sekalian. Terima kasih. 🙏


#teresakok 

#sijilhalal



AIKKK...N9 NI DI BAWAH NEGARA MANA ?


 

CELARU


Che Ibrahim



 Semakin celaru.... 







اذا وسد الأمر إلى غير أهله فانثظروا الساعة.... 


(Apabila diserah suatu urusan kepada orang yang bukan selayaknya, maka tunggulah kehancuran)


Apabila suatu tindakan jauh dari rahmah Allah, maka setiap langkah menjadi songsang.




BOS SYARIKAT YAHUDI INI BERJAYA MENYUSUP KE PERINGKAT TERTINGGI KERAJAAN MALAYSIA


















Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. Akan tetapi, seorang bos syarikat Yahudi telah berjaya menyusup ke peringkat tertinggi pucuk pimpinan pentadbiran negara.


Jom kenali Paul Stadlen dan syarikat APCO Worldwide.


Paul Stadlen adalah pengarah urusan kepada sebuah syarikat propaganda bernama APCO Worldwide (Malaysia).


APCO dalam laman web sendiri mendabik dada menyatakan bahawa APCO merupakan satu-satunya syarikat propaganda dari negara asing yang dibenar beroperasi di Israel.


Syarikat lain tak mampu. APCO sorang je mampu. Inilah “flex” dari pihak APCO. APCO cukup bangga mempunyai kabel kuat dengan pemimpin-pemimpin tertinggi rejim Zionis Israel.


Pada bulan Julai 2009, iaitu empat bulan selepas Najib Razak menjadi PM, APCO telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk membuat kerja-kerja propaganda.


Tuan-tuan dan puan-puan……


Seorang Perdana Menteri Malaysia yang berbangsa Melayu & beragama Islam telah melantik sebuah syarikat propaganda asing yang mempunyai kabel kuat dengan rejim Zionis Israel.


Paul Stadlen & APCO telah bekerja untuk Najib sepanjang 9 tahun Najib menjadi orang nombor satu kerajaan Malaysia.


Sepanjang 9 tahun tersebut, pelbagai penjenamaan & slogan telah dilaksanakan. Di antaranya 1 Malaysia.


Secara kebetulan, Israel telah melancar slogan One Israel sepuluh tahun lebih awal.


Pada tahun 1999, One Israel telah dilancar oleh Ehud Barak sempena Pilihan Raya Umum Israel. Ehud menang pilihan raya tersebut dan menjadi PM Israel.


Pada tahun 2009 pula, 1 Malaysia dilancar oleh Najib Razak sejurus selepas menjadi PM.


One Israel dan 1 Malaysia suatu kebetulan atau sememangnya dirancang oleh pasukan yang sama?


Hubungan Najib dengan Paul Stadlen dan APCO akhirnya dikenakan tindakan pada tahun 2018/2019, selepas Najib hilang kuasa.


Pada Oktober 2018, dalam usaha membawa Paul Stadlen ke muka pengadilan, pihak berkuasa Malaysia telah mencari Paul Stadlen dan membuat permohonan ekstradisi di mahkamah London.


Akan tetapi, pihak berkuasa United Kingdom tidak berjaya mengesan Paul Stadlen.


Kamu tahu di mana Paul Stadlen?


Menurut laporan antarabangsa, Paul Stadlen dipercayai sedang bersembunyi di Israel.