Fathi Aris Omar
Kita tahu ramai penyokong DS Najib Razak mahu Jho Low dan mereka yang terlibat dihadap di mahkamah, bukan hanya bekas PM ini sahaja.
Mereka rasa macam tidak adil untuk Najib seorang diri kena hukuman sedangkan Low dan lain-lain boleh terlepas, begitulah dalam fikiran penyokong.
Walau sudah disebut dengan cukup jelas oleh hakim pada Jumaat lepas, mereka masih guna hujah Najib ini mangsa; Jho Low itu dalang yang memperalat semua orang untuk kenakan Najib.
Apakah mereka fikir keterangan Jho Low di mahkamah nanti (andaikan Jho Low ditangkap dan diheret ke mahkamah) akan bersihkan nama Najib?
Atau, satu lagi risiko, Jho Low akan dedah lebih banyak komplot yang dilakukannya sebagai "proksi Najib" (istilah hakim ketika buat keputusan). Jho Low kemungkinan akan spill the beans, kata orang putih, akan dedahkan maklumat lebih sulit.
Sama ada benar atau tidak, selalunya tertuduh lebih bermotivasi melindungi diri dan membuka cerita yang bawa kesan negatif pada rakan subahatnya.
Kecuali Jho Low sampai sahaja di mahkamah, terus cakap "ya, Yang Arif, saya mengaku bersalah". 🫣😄 Maka, tiada perbicaraan! Kau fikir Jho Low akan mengaku buta-buta begitu?
Jadi hati-hati menyimpan harapan. Silap haribulan semua pihak yang terbabit akan mengalami keaiban yang lebih besar dan tidak disangka!
Hakim sudah jelas dengan baik hubungan Jho Low dengan Najib. Tidak mungkin dia pandai-pandai berpakat dengan pegawai-pegawai 1MDB untuk kenakan seorang perdana menteri.
Khayalan semata-mata, pure fantasy, kata hakim! Untuk menipu di belakang PM dengan wang sebegitu besar mustahil berlaku, itu maksudnya.
Penyokong Najib juga terlupa. Malaysia bukan baru merdeka dua atau tiga hari. 1MDB bukan satu- satunya dana pelaburan yang negara ini urus.
Malaysia ada track record yang baik mengurus dana dan ada amalan urus tadbir korporat yang bagus. Jika kerajaan, peraturan dan budaya hendak buat budaya kerjanya begitu (baik).
Contoh: Petronas, Khazanah Nasional dan KWSP. Walau beza-beza tujuan dan skop pelaburan ini, yang saya hendak sebut: semua agensi ini boleh urus pelaburan dengan berjaya melalui tata kelola korporat (corporate governance) yang sudah baik.
Jadi apa susah sangat 1MDB hendak ikuti atau pelajari daripada pengalaman agensi-agensi ini? Nampak? Kenapa pula tiba-tiba 1MDB langgar amalan-amalan urus tadbir korporat ini?
Dalam penghakimannya, Yang Arif juga sebut beberapa keterangan penting bagi menyokong hujahnya itu. Kita belum tengok teks lengkap.
Tetapi laporan berita menyebut, antaranya, tiga keterangan penting seperti saya ulas malam tadi dan dalam beberapa artikel sebelum ini.
1. TS Mohd Bakke Salleh yang sudah maklum kepada Najib bahawa Jho Low sudah larikan AS$700 juta. Pada 26 September 2009 lagi!
2. TS Tong Kooi Ong sudah berjumpa Najib di rumahnya pada 6 Mac 2015, tunjukkan data lengkap bagaimana AS$700 juta dilarikan Jho Low.
3. Najib akui sendiri (di mahkamah) beliau minta bantuan Jho Low dapatkan hutang China untuk projek ECRL dan dua saluran paip gas pada Jun 2016. Saksi juga beri keterangan hutang ini untuk "bailout" 1MDB! Tentunya Najib nafi "bailout".
Ingat, Jho Low sudah didapati bersalah di negara lain, misalnya di Kuwait. Kes larikan wang hutang ECRL melalui Kuwait. Walau dia masih menyorok, dia tidak kebal. Semua orang tahu.
Dan bukan hanya Najib seorang. Banyak individu dan institusi kewangan di pelbagai negara sudah dihukum atas rangkaian jenayah 1MDB ini. Baca berita luar, jangan duduk di bawah tempurung.
Jadi apa lagi yang penyokong Najib mahu tunggu? Hanya perlu buka mata, dan buka mata hati, untuk terima hakikat Najib ini bersalah. Tenang, fikir.
Tidak perlu sibuk menjawab komen. Kau hanya jadi alat algoritma untuk rancakkan lagi sesuatu posting. 😄 Tiada untung! Kau ingat mahu bela Najib tetapi kau hanya promosi tulisan isu ini.
Perlu ditegaskan, beliau seorang PM yang cukup berkuasa, menteri kewangan dan pengerusi penasihat 1MDB, bukan "country bumpkin", kata hakim. Ertinya Najib bukan bodoh.
Kita pun tahu walau hakim belum buat keputusan. Sesiapa yang ikuti berita skandal ini sudah tahu. Cuma suara hakim dianggap lebih sahih. Hujah hakim dianggap lebih kukuh daripada berita.
(coretan asal 28 Disember 2025)




No comments:
Post a Comment