PM Anwar Minta Loke Pertimbang Semula Hasrat Letak Jawatan

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menaiki kereta api laju dari Shanghai menuju Hangzhou pada 23 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

HANGZHOU, 23 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Anthony Loke Siew Fook mempertimbangkan semula hasrat meletak jawatan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, menteri pengangkutan yang juga setiausaha agung DAP itu tidak wajar dipersalahkan kerana keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bukan dibuat olehnya.

“Kenapa Loke? Patut semua DAP keluar. Itu cadangan siapa? Kenapa dia nak keluar? Dia tidak ada salah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menaiki kereta api laju dari Shanghai menuju Hangzhou pada 23 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Bukan dia cadangkan (keputusan pengampunan), malah dia cuba sedaya upaya menolak,” katanya.

Beliau ditemui media ketika menaiki kereta api laju dari Shanghai ke Hangzhou, China.

Anwar turut menegaskan, DAP tidak seharusnya tunduk kepada tekanan pihak berkepentingan politik yang mahu melihat kerajaan perpaduan tidak stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menaiki kereta api laju dari Shanghai menuju Hangzhou pada 23 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, rundingan lanjut dengan Loke akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendengar penjelasan rasmi selain meminta beliau menarik balik keputusan itu.

Beliau menghormati prinsip Loke dan DAP yang konsisten menentang kleptokrasi serta rasuah, namun pendirian itu menyebabkan mereka sukar berdepan keputusan lembaga pengampunan.

“Saya bagi ruang dan tidak mahu terburu-buru kerana hormat keputusan beliau,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menaiki kereta api laju dari Shanghai menuju Hangzhou pada 23 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Minggu lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan dalam rumah dengan syarat bekas perdana menteri itu membayar denda RM50 juta.

Anwar berkata, isu dan pandangan berkaitan perkara itu sudah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, termasuk pendirian tegas Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dalam mesyuarat lembaga pengampunan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak mengenai keterbatasan kuasa eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana keputusan muktamad adalah dalam bidang kuasa Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menaiki kereta api laju dari Shanghai menuju Hangzhou pada 23 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut menolak dakwaan wujud kompromi atau pakatan rahsia antaranya dengan kepemimpinan Umno berhubung isu itu.

Katanya, keutamaan kerajaan ketika ini ialah mengemudi negara dengan bijaksana, mengekalkan kestabilan politik, menjaga hubungan dengan institusi raja-raja Melayu serta memacu pertumbuhan ekonomi.

Beliau turut menyeru rakyat tanpa mengira kaum supaya terus memegang prinsip taat setia kepada negara.



No comments: