Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dikatakan telah menghantar surat kepada pemimpin utama Perikatan Naional (PN) bagi memaklumkan mengenai pembatalan gabungan itu.
Surat itu dikatakan telah dihantar kepada pemimpin PN iaitu pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar dan setiausaha agung, Takiyuddin Hassan, semalam.
Malaysiakini difahamkan surat ROS memaklumkan tentang pembatalan PN serta melarang sebarang bentuk aktiviti atas nama gabungan itu dijalankan.
Kepimpinan PN juga dikatakan diberi masa selama 30 hari untuk menjawab surat berkenaan.
"Saya boleh mengesahkan bahawa pimpinan PN ada menerima surat RoS semalam," kata sumber dari gabungan itu kepada Malaysiakini.
Malaysiakini sudah menghubungi ROS untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini.
Malaysiakini juga difahamkan parti-parti komponen PN telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.
Perkembangan ini hadir ketik Bersatu - parti yang menerajui PN pada peringkat awal penubuhannya - dipinggirkan dari gabungan berkenaan, dengan PAS mengambil alih teraju kepimpinan.
No comments:
Post a Comment