Walaupun diumumkan digantung tugas oleh Kerajaan Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, berkata beliau tetap menjalankan tugas seperti biasa.
Menurut Mohd Zafir, beliau akur dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, untuk terus bertugas di Negeri Sembilan.
Beliau turut berkata, setakat ini beliau tidak menerima sebarang surat rasmi berkaitan penggantungan tersebut selain kenyataan media Menteri Besar.
Perkembangan ini berlaku selepas AGC menyatakan bahawa MMKN Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri, berdasarkan Perkara 37 UUTKNS 1959.
Satu negeri, dua arahan. Kini persoalannya: arahan siapa yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang?
No comments:
Post a Comment