PM Anwar Terus Agenda Pelaburan, Teknologi Dalam Lawatan Ke China

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHANGHAI, 23 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sesi perbincangan meja bulat bersama pemimpin industri dan menyampaikan ucaptama pada Persidangan WorldSkills 2026 di sini hari ini.

Anwar akan memulakan programnya dengan perbincangan bersama kira-kira 21 pemimpin industri dari China sebagai sebahagian daripada usaha menarik pelaburan berkualiti dan berimpak ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau kemudiannya dijangka menghadiri majlis pembukaan pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC).

Berlangsung dari 22 hingga 27 September, WorldSkills Shanghai 2026 merupakan platform antarabangsa utama yang mengetengahkan kecemerlangan dalam kemahiran teknikal dan vokasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada Pertandingan WorldSkills ke-48, Malaysia diwakili 22 peserta yang akan bertanding dalam 21 kategori kemahiran menerusi agenda “Road to Gold” yang menyasarkan pingat emas pertama negara pada pertandingan berprestij peringkat global itu.

Kira-kira 1,400 belia berkemahiran dari lebih 65 negara dan wilayah berkumpul di bandar terbesar China itu untuk bersaing dalam 64 kategori kemahiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dan delegasi akan menaiki kereta api berkelajuan tinggi ke Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang, bagi meneruskan lawatan.

Setibanya di Hangzhou, Anwar dijadual mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan peneraju syarikat teknologi AgiBot, Huawei dan Alibaba Group, selain syarikat automotif Geely serta syarikat teknologi dan peralatan telekomunikasi multinasional China, ZTE Group.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar kemudian akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Li.

Agenda Perdana Menteri turut diteruskan apabila dijadual melancarkan buku bertajuk “Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times” yang diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut, dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah US$113.82 bilion (RM456.68 bilion) untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Perdana Menteri tiba di sini pada Selasa untuk lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou. – Bernama





No comments: