TERBAIK...SEMBANG DERAS KETUA PEMUDA UMNO NI..,.

 



Hari ini, saya hadir ke Mahkamah Tinggi Melaka bagi mendengar hujahan (submission) daripada barisan peguam saya, Datuk Sankara Nair dan Wong Guo Jin, berhubung kes saman fitnah terhadap Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh.




Saman fitnah ini difailkan susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau mengenai isu pensijilan halal sebelum ini.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua peguam saya dan juga para pemimpin DAP Melaka—YB Kerk Chee Yee, YB Leng Chau Yan, YB G. Saminathan, Sdr Cassel, dan Sdr Jason T. Nathan—yang hadir memberikan sokongan moral yang amat bermakna di mahkamah hari ini.


Pesuruhjaya Kehakiman, Yang Arif Tuan Isa Aziz Ibrahim telah menetapkan 19 Oktober 2026 (Isnin), jam 2.00 petang di Mahkamah Tinggi 2 Melaka bagi penyampaian keputusan kes ini.


Mohon doa dan sokongan berterusan daripada semua rakan-rakan sekalian. Terima kasih. 🙏


#teresakok 

#sijilhalal



No comments: