MANA DIA YANG KATA NAK PERTAHAN RAJA MELAYU.

 





Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy mempersoalkan sikap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang lantang mengkritik Kerajaan Madani berhubung keputusan Kementerian Pendidikan (KPM), namun menurutnya tidak bersuara mengenai kemelut membabitkan UMNO dan institusi Raja di Negeri Sembilan. 



Sivamalar berkata keputusan KPM mengenai syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan pusat tuisyen swasta tidak bermakna hak istimewa Bumiputera dihapuskan.


Menurutnya, Akmal tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen perkauman terhadap keputusan yang mempunyai skop tertentu. 


Sivamalar turut mempersoalkan pendirian Akmal ketika UMNO Negeri Sembilan berdepan kemelut membabitkan Istana Seri Menanti dan institusi Raja, sambil bertanya mengapa suara beliau tidak kedengaran ketika isu tersebut menjadi perhatian.


Sivamalar berkata Akmal juga perlu mengambil kira pendirian rakan komponen BN apabila pemimpin MIC dan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan turut menggesa pengesahan bertulis mengenai status syarat ekuiti Bumiputera bagi pusat tuisyen. 


Katanya, jika perjuangan kepentingan Melayu menjadi asas pendirian, persoalan berkaitan kedudukan dan kewibawaan institusi Raja juga sewajarnya diberikan perhatian.


Beliau berkata rakyat berhak melihat pendirian yang konsisten daripada pemimpin politik, bukannya suara yang hanya muncul ketika sesuatu isu membuka ruang untuk mengkritik pihak lawan. 


Sivamalar turut menegaskan isu pendidikan tidak seharusnya dijadikan modal politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu lain yang sedang menjadi perhatian rakyat, sambil menggesa semua pihak berpegang kepada fakta dan pendirian yang konsisten.




No comments: