MAU TAK DENDAM. TUA TUA KENA SOALSIASAT LAGI.

 


Zainuddin Omar


Dia punya dendam dari muda sampai tua tak pernah pudar. 



Kes Zahid. 


“Ketika Khairy mencelah untuk mengingatkan bahawa ia merupakan keputusan mahkamah, Mahathir berkata Anwar tetap perlu dipersalahkan kerana keputusan mahkamah itu berlaku ketika dia menjadi perdana menteri”. 


Bhahahahaha


***************

Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Anwar Ibrahim menjadi lebih buruk daripada orang yang dia mahu laksanakan reformasi selepas menjadi perdana menteri.


Anwar, yang memulakan gerakan Reformasi pada penghujung 90-an, pernah menuntut agar pemerintahan BN ditamatkan dalam kerajaan tetapi kini bekerjasama dengan gabungan itu dalam pentadbiran semasa.


“Kalau kita lihat Anwar, apabila dia tak jadi perdana menteri, pendiriannya berbeza. Itu nak revise, itu nak reform.


"Apabila dia menjadi perdana menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform," kata bekas perdana menteri itu pada episod terbaru program Keluar Sekejap, yang dihoskan oleh bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.


Mahathir berkata, antara contoh adalah apabila Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atas semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram pada September lalu.


Ketika Khairy mencelah untuk mengingatkan bahawa ia merupakan keputusan mahkamah, Mahathir berkata Anwar tetap perlu dipersalahkan kerana keputusan mahkamah itu berlaku ketika dia menjadi perdana menteri.


Mahathir berkata bahawa dia juga dipersalahkan atas isu-isu semasa negara yang timbul semasa menjadi perdana menteri.


Namun, kata bekas ahli parlimen Langkawi itu, dia kekal dengan pendirian dan prinsip yang sama.


"Dia (Anwar) bercakap, dulu lain, sekarang lain.


"Saya konsisten, dulu masa jadi perdana menteri pendirian sama, tak jadi perdana menteri, pendirian sama,” kata Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri keempat dan ketujuh.


Khairy kemudia mencelah dengan mengatakan bahawa Mahathir merupakan orang yang mengetengahkan Anwar ketika awal kerjaya politik pengerusi PKR itu.


"Pada masa itu, nampak dia warak, baik. Jadi saya bagi peluang pada dia,” katanya.


"Apabila saya ambil dia masuk dalam Umno, dia ketika itu dilihat sebagai orang yang kuat pegangan agama.


"Kita harap dia dapat suntik dia punya pengetahuan dalam Umno, supaya Umno juga dilihat berpegang pada agama.


"Tetapi apabila dia masuk dalam bidang lain, dan jadi perdana menteri, benda yang kita harap dia akan urus, berlaku sebaliknya, tak seperti dijanji,” katanya.


Shahril kemudian menyorot bahawa Mahathir juga dikritik sebagai tidak konsisten, termasuk dengan hubungan terhadap parti-parti politik dan individu tertentu.


Mahathir mengatakan bahawa untuk mencapai matlamat, dia percaya kepada pendekatan "musuh kepada musuh anda adalah kawan anda".


"Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib Razak akan terus jadi perdana menteri," katanya merujuk kepada kerjasamanya dengan PKR dan DAP sebelum ini.


"Sekarang ini, kita ada masalah, saya dapati bahawa tak ada pilhan lain, melainkan bekerjasama dengan PAS," tambahnya.



APA BUAT DULU ?


W. Faudzin

 


Gambar sekadar hiasan Tiada kena mengena yang hidup atau mati.


Atok saka kata, dia akan menilai seseorang pm itu dalam tempoh 3 bulan.  Aku nak tanya la, dalam tempoh 3 bulan atok jadi PM bawah kerajaan PH dulu, apa dia buat untuk rakyat dan negara? Selain dari fokus dia balas dendam kat Najib, tukar ketua polis negara, peguam negara, ketua hakim, KSN, beli MP-MP Umno dan lantik org politik sebagai pesuruhjaya SPRM, agar ikut kehendak dia, apa lagi yang atok saka buat?



SATU CADANGAN DARI NETIZEN BUAT KEDAH NAK BAGI MAJU LANGKAWI


Ahmad Shahril.


 Cadangan cuba tukar patung helang besar tu gantikan dengan patung nusi...The Greater Kedah tersohor tu kan mesti ramai orang datang...


Nin diaaaa




JAHIL MURAKAP

 

W.Faudzin


Ibadah pun mereka nak politikkan.  Sanggup tunjuk.bodo tu.




MMMMM.....KIOK LA HANGPA....MAMPOIH LA.....JANAWIBAWA ....


 


RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS BERJAYA DIBAWA KELUAR

 



Alhamdulillah pada awal pagi ini, 13 Nov 2023, saya telah berkesempatan melangsungkan panggilan video dengan Puan Nurul Ain Haron, rakyat kita yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan yang lalu.


Beliau dan suaminya, Mohamed A.M. Shaat seorang warga Palestin telah berjaya dibawa keluar pada malam Ahad, 12 Nov di sempadan Rafah. 


Dalam perbualan kami, Puan Nurul dan suaminya telah menyampaikan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sedaya upaya memastikannya dan suami selamat dibawa keluar dari Gaza. 


Mereka turut merakamkan rasa terima kasih kepada kakitangan Kedutaan Malaysia yang tidak berputus asa dalam memastikan proses membawa mereka keluar dari zon perang dapat dilakukan. 


Dalam konteks ini, saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih Kerajaan Malaysia kepada beberapa buah negara lain yang tidak ketinggalan menghulurkan apa juga bantuan  dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia ini. 


Syukur kepada Allah SWT jua.


#MalaysiaMADANI



DALAM JAHIL NAK JUGA KUTUK ORANG....KEPALA BAPAK BETOI.

 

Urut dada ,zikir banyak-banyak.kena bersihkan hati guna Clorox dah ni..




CALON PARLIMEN KEMAMAN.










 

HAAAAA...TEPUK,.,


 

KHAWARIJ TAK AKAN TERIMA NASIHAT YANG BAIK


 

BUKAN SAJA SOMBONG DENGAN DIA BODO SEMUA SEKALI


 

TAKI NI ANTARA YANG PALING TAK GUNA...MASA DIA..APA PUN DIA TAK BOLEH BUAT.


 

BILA JAHIL BERCAKAP- KAWAN KHAWARIJ NI

 




Fawaz Fathil


Inilah contoh gambaran seorang yang jahil agama apabila mempertikaikan ibadah seseorang tanpa ilmu. Lebih malang lagi dituduhnya berlakon acah-acah berlari di parlimen. 


Berlari-lari anak (الهرولة) memang disunatkan apabila sampai di dua garisan hijau bagi lelaki, dan tidak disunatkan untuk wanita. 


Di dalam laman web islam.qa dinyatakan:


يسن للرجال الهرولة بين العلمين في السعي ؛ لفعله صلى الله عليه وسلم وفعل أصحابه من بعده ، وقد قال صلى الله عليه وسلم ( لِتَأْخُذُوا مَنَاسِكَكُمْ ) رواه مسلم (1297) من حديث جابر.


Terjemahan: “Disunatkan berlari-lari anak bagi lelaki diantara dua kawasan hijau pada ibadah saie, kerana ianya perbuatan Nabi SAW dan para sahabat selepasnya, sebagaimana sabda Nabi SAW (ambillah dariku tatacara ibadah haji kalian) diriwayatkan oleh Muslim daripada hadith Jabir RA. 


Semoga Allah SWT mengeluarkan kita semua dari kejahilan.



Mmmmm PARTI AJARAN SESAT.....MUHYIDDIN SEKURU WALAUN KATA.....



 Kalau tak fitnah, PAS dah lama jadi bangkai. Parti ke ai ni betul-betul bernafas atas fitnah je.


Baca tweet Pemuda PAS Malaysia ni. Pertama, dia tuduh Nik Elin cabar undang-undang syariah. Kedua, dia tuduh telah berjaya di Selangor.


Aku nak tahu juga apa undang-undang syariah yang dah berjaya dihapuskan di Selangor? Setakat ini aku tengok syariat Islam tetap mekar.


Pemuda PAS ni anggap Sultan Selangor tu boneka ke sampai undang-undang yang di bawah Baginda boleh berdiam bila Islam dicabar di sana?


Kedua, kes Nik Elin cabar undang-undang syariah tu bukan macam yang walaun bayangkan. Dia bukan cabar undang-undang yang biasa.


Ianya undang-undang hudud yang Kelantan umum dulu. Dalam undang-undang tu, ada beberapa jenis kesalahan yang di bawah undang-undang sivil pun dimasukkan.


Dia macam meniaga di kedai makan. Kedai A jual makanan, kedai B jual air. Tiba-tiba kedai B pun jual makanan sikit. Jadi tak kena la.


Kesalahan yang sedia ada dalam undang-undang sivil tak boleh diletakkan dalam syariah pula. Jadi mengelirukan. Itulah yang Nik Elin cabar.


Sedangkan undang-undang berkenaan akidah, soal khalwat, nikah kahwin dan sebagainya kekal tak terusik.


PAS bukan tak tahu hal ni. Tapi dia sengaja cipta naratif palsu begini bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan PMX.


Dia nak bina persepsi Islam terancam di negara ini. Padahal yang terancam cuma parti Islam. Bukan Islam pun. Islam mekar di bawah pemerintahan DS Anwar. Lebih mekar daripada seluruh PM yang kita pernah ada. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CALON BERSATU GUNA LAMBANG PAS BAKAL DIWAJIBKAN BAI’AH

 

Mursyidul am PAS mahu calon pilihan raya daripada Bersatu membuat perakuan sumpah setia atau bai’ah, jika bertanding atas lambang bulan pada masa depan.

Hashim Jasin membuat cadangan itu selepas dua Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas lambang PAS pada PRU15 menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) bertanding di Kelantan pilihan raya lalu, di mana masing-masing menang dengan majoriti 163 undi dan 12,464 undi.

Hashim percaya bai’ah boleh membantu usaha mencegah peralihan sokongan kepada parti lawan.


n“Kita jangka dah… kita buat bai’ah pun kerana kita nak jaga yang lompat-lompat ini, supaya kita bukan sahaja bertanggungjawab dengan baiah dan manusia tetapi dengan Allah,” katanya kepada FMT.

“Kalau kita mungkir terpulang dekat Allah,” tambahnya.

Hashim berkata PAS sebelum ini tidak mensyaratkan calon Bersatu yang ingin bertanding atas lambangnya berbuat demikian, bagaimanapun situasi ketika ini menyebabkan ia perlu.


Laporan media sebelum ini mengaitkan amalan bai’ah dengan calon-calon pilihan raya daripada PAS, yang merupakan antara parti yang paling lama bertahan.


Beliau tidak mahu membincangkan tindakan Azizi dan Zahari dari segi agama, namun berkata ia bertentangan dengan persetujuan asal.

Tegasnya, mereka yang menang atas sokongan kepada PAS sepatutnya menunjukkan ketahanan apabila berdepan ujian, sepertimana yang ditunjukkan oleh para wakil rakyat partinya.

“PAS izinkan dia bertanding, takkanlah yang tersirat macam tu dia tak boleh faham?” katanya.

Hashim percaya tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan peluang mereka pada masa akan datang.


SENJATA MAKAN TUAN! AKHIRNYA MUHIYIDDIN TIDAK LENA TIDUR!

151 SOKONGAN BUAT PMX


“Sepanjang zaman memang ada broker politik sebab itu memang kerja dia untuk kekalkan bos dia berkuasa, kerja dia buat urusan ‘beli’ wakil rakyat. “Sesiapa yang tak mampu bertahan dengan cubaan, dugaan atau cabaran pasti tewas. Sebab itu wakil rakyat perlu tahan lasak dan sabar berdepan ujian,” katanya dipetik media. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa https://linktr.ee/jomchannel #AnwarIbrahim #FahmiFadzil #MahiaddinYasin #RentasanBerita #RakyatMemerhati #JomChannel






PENDEDAHAN PANAS APA PN BUAT KATA MANTAN TIM MENTERI UNDANG UNDANG!



PN sekali lagi diingatkan bahawa ahli Parlimen dari gabungan itulah yang telah menentang usaha memperkenalkan undang-undang (RUU) antilompat parti yang lebih ketat. Bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin hari ini menyokong kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bahawa PN menghalang usaha PH untuk membolehkan ahli parlimen mengosongkan kerusi jika mengambil pendirian bertentangan dengan whip parti masing-masing. Sumber Berita Malaysia kini



KEADILAN siap bantu BN dalam PRK Kemaman



 




Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Kemaman, Terengganu yang akan membuka tirai dengan penamaan calon pada Sabtu ini akan mengumpulkan jentera KEADILAN untuk membantu UMNO di kawasan kubu kuat Pas itu.



Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor dan Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari, KEADILAN di kedua dua negeri buat masa ini siap sedia membantu sekutu penting mereka dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi cabaran PN.



"Bagi pihak Selangor dan Pahang, Pakatan Harapan, kita telah berhubung dengan rakan rakan kita di Pahang dan kita sedia membantu di lokaliti atau kawasan mana yang kita beri tumpuan.



"Setakat ini KEADILAN Terengganu tumpu di DUN Chukai di antara tiga DUN di Kemaman.



"Pahang dan Selangor sikit sebanyak kita bersedia. Tugas kita membantu jentera BN. Jadi kita tunggulah seterusnya," katanya diketika ditemui pemberita pada program ziarah Deepavali.



Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, parti itu akan menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada di Kemaman untuk membantu jentera BN kerana parlimen tersebut pernah dimenangi oleh KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum 1999 lalu.



"Sebenarnya KEADILAN mempunyai base yang besar kerana pernah sepenggal pada 1999 mewakili kawasan tersebut. Kita akan cuba membantu," katanya lagi.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman, pada 2 Disember depan. Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 November, manakala hari pengundian awal (28 November).



PRK Kemaman diadakan apabila pada 26 September lepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)



Pada 3 Oktober lalu, Pas memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membawa kepada PRK bagi melantik wakil rakyat baharu.

 

PM beramah mesra bersama jemaah, pelajar Malaysia di Mekah


 Selesai mengerjakan ibadah umrah semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sela sela waktu sebelum berangkat ke Amerika Syarikat menghadiri mesyuarat APEC sempat bertemu jemaah dan pelajar Malaysia di Mekah.


Beliau beramah mesra bersama mereka ketika minum di restoran D'Saji, Mekah


"Berkesempatan minum malam di restoran D'Saji, Makkah.


"Saya juga ketemu dan beramah mesra bersama para jemaah dan pelajar Malaysia yang berada di sini.


"Turut mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan, Insya-Allah," katanya.


PM dijadualkan akan mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-30 dari 14 hingga 17 November ini.


AELM, bertemakan "Mewujudkan Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Mampan untuk Semua”, akan menyaksikan Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan.


Menteri MITI, Tengku Zafrul akan mengiringi Perdana Menteri ke Mesyuarat Pemimpin Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) Kedua, yang dianjurkan di luar AELM pada 16 November.


IPEF, rangka kerja kerjasama 14 negara di Indo-Pasifik, telah ditubuhkan di bawah pentadbiran Presiden AS, Joe Biden untuk menangani isu ekonomi jangka panjang, membolehkan rakan kongsi memberi respons dengan segera dan seiring dengan cabaran dan peluang global baharu.

DIA PUN KAKI TUANG. NAK HARAP HADI NAK MAKAN GAJI BUTA.MACAMANA HANGPA NAK LAWAN.

 



Shahrir Samad cadangkan Mahiaddin jadi Ketua Pembangkang untuk tingkatkan motivasi MP PN. Kelakar pulak rasanya.


Mahiaddin bukan tak layak tapi dia tu sidang pun jarang-jarang sekali datang. Macamana nak perang kalau jeneral pun hilang.


Lepas tu rakyat semua nampak dia bukannya berani pun depan DS Anwar. Datang pun DS Anwar takde je. Datang pun tak berani, lagi nak berbahas?


Sebenarnya bukan tukar ketua pembangkang tapi tukar keseluruhan barisan pemimpin PN. Semuanya dah tak relevan dah.


Dari yang senior macam Mahiaddin, Hadi, Hamzah, Taki hinggalah yang muda-muda macam Fayhsal dan Syahir. Semua mengarut.


Itu tak cerita MP picisan yang lain macam Pendang, Arau, Langkawi, Ketereh, Permatang Pauh, Kepala Batas dan ramai lagi.


Senang cerita, dalam PN memang tiada pemimpin yang berkualiti. Sebab tu MP PH macam Hassan Karim terpaksa menyamar jadi pembangkang nak bantu PN membangkang.


Mahiaddin ambil alih jadi Ketua Pembangkang tak akan selesaikan masalah ni. Senang cerita semua MP PN letak jawatan je.


Buat PRK di semua kerusi PN. Boleh PN letak calon yang hebat. Lepas tu barulah boleh kita boleh dapat pembangkang yang berkualiti. Baru kita boleh dapat Ketua Pembangkang yang berkredibiliti.


Kalau setakat yang ada ni, entahlah. Sementara nak habis penggal, mungkin tak sampai 30 orang je MP PN yang tinggal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAH..KAH..PASAI SANUSI TU BODO KEPALA BAPAK HANG- NAK JUAI AIR KE PENANG 50 JUTA SETAHUN. PENANG BELI AIR TERAWAT DARI PERAK...BUTA BUTA DAPAT JANA PENDAPATAN.



 Saarani kena ucapkan terima kasih kepada Sanusi. Kalau bukan kerana kebodohan Sanusi sibuk nak sekat air ke Pulau Pinang dan nak kenakan bayaran yang tinggi, usahasama ni takkan berlaku.


Sekarang, Perak dapat bina LRA di utara negeri dan sambil-sambil itu dapat jana pendapatan dengan bekalkan air ke Pulau Pinang. Selesaikan 2 perkara dalam satu perjanjian. Kan hebat tu.


Sebenarnya kalau Sanusi tu cerdik, dia boleh je buat macam yang kerajaan Perak buat. Bina loji rawatan air dan bekal air terawat ke Pulau Pinang. Kemudian baru kenakan caj. Baru boleh buat duit.


Tapi sebab tamak, nak duit free je, otak tak berapa berfungsi. Akhirnya orang lain yang dapat peluang tu. Perak tak payah cakap banyak. Tahu tahu je dah tandatangan perjanjian. Baru betul.


Tapi tak pa kot? Lagu mana pun MP ampa sempoi nooo. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CUCU HANIYEH TERBUNUH


 

May Allah SWT accept her in jannah.



WAN AZIZAH DAN ISTIQAMAH BERSAMA PALESTIN

 



Minum air zam zam selepas selesai menunaikan solat sunat tawaf..


Memohon doa agar Allah sentiasa menetapkan iman kita semua juga Allah mengangkat segala penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestine. From the river to the sea, Palestine will be free. Aaminn YRA



DIA PUN TAK TAU KEADAAN DALAN NEGERI DIA..SEMBANG DERAS. KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI. TAPI PUJI.

 


Laaa... Rupanya ok je bisnes di Pulau Langkawi ek? Cerita Langkawi dah jadi sendu tu, bakal jadi pulau berhantu tu kira hoax la kan?


Dah tu yang Sanusi beriya salahkan menteri tu apa? Tapi takkan la MB pun tak tahu situasi Langkawi?