Saarani kena ucapkan terima kasih kepada Sanusi. Kalau bukan kerana kebodohan Sanusi sibuk nak sekat air ke Pulau Pinang dan nak kenakan bayaran yang tinggi, usahasama ni takkan berlaku.
Sekarang, Perak dapat bina LRA di utara negeri dan sambil-sambil itu dapat jana pendapatan dengan bekalkan air ke Pulau Pinang. Selesaikan 2 perkara dalam satu perjanjian. Kan hebat tu.
Sebenarnya kalau Sanusi tu cerdik, dia boleh je buat macam yang kerajaan Perak buat. Bina loji rawatan air dan bekal air terawat ke Pulau Pinang. Kemudian baru kenakan caj. Baru boleh buat duit.
Tapi sebab tamak, nak duit free je, otak tak berapa berfungsi. Akhirnya orang lain yang dapat peluang tu. Perak tak payah cakap banyak. Tahu tahu je dah tandatangan perjanjian. Baru betul.
Tapi tak pa kot? Lagu mana pun MP ampa sempoi nooo. Guane boh?
Raja Gelap II
.