DIA PUN KAKI TUANG. NAK HARAP HADI NAK MAKAN GAJI BUTA.MACAMANA HANGPA NAK LAWAN.

 



Shahrir Samad cadangkan Mahiaddin jadi Ketua Pembangkang untuk tingkatkan motivasi MP PN. Kelakar pulak rasanya.


Mahiaddin bukan tak layak tapi dia tu sidang pun jarang-jarang sekali datang. Macamana nak perang kalau jeneral pun hilang.


Lepas tu rakyat semua nampak dia bukannya berani pun depan DS Anwar. Datang pun DS Anwar takde je. Datang pun tak berani, lagi nak berbahas?


Sebenarnya bukan tukar ketua pembangkang tapi tukar keseluruhan barisan pemimpin PN. Semuanya dah tak relevan dah.


Dari yang senior macam Mahiaddin, Hadi, Hamzah, Taki hinggalah yang muda-muda macam Fayhsal dan Syahir. Semua mengarut.


Itu tak cerita MP picisan yang lain macam Pendang, Arau, Langkawi, Ketereh, Permatang Pauh, Kepala Batas dan ramai lagi.


Senang cerita, dalam PN memang tiada pemimpin yang berkualiti. Sebab tu MP PH macam Hassan Karim terpaksa menyamar jadi pembangkang nak bantu PN membangkang.


Mahiaddin ambil alih jadi Ketua Pembangkang tak akan selesaikan masalah ni. Senang cerita semua MP PN letak jawatan je.


Buat PRK di semua kerusi PN. Boleh PN letak calon yang hebat. Lepas tu barulah boleh kita boleh dapat pembangkang yang berkualiti. Baru kita boleh dapat Ketua Pembangkang yang berkredibiliti.


Kalau setakat yang ada ni, entahlah. Sementara nak habis penggal, mungkin tak sampai 30 orang je MP PN yang tinggal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.