Fawaz Fathil
Inilah contoh gambaran seorang yang jahil agama apabila mempertikaikan ibadah seseorang tanpa ilmu. Lebih malang lagi dituduhnya berlakon acah-acah berlari di parlimen.
Berlari-lari anak (الهرولة) memang disunatkan apabila sampai di dua garisan hijau bagi lelaki, dan tidak disunatkan untuk wanita.
Di dalam laman web islam.qa dinyatakan:
يسن للرجال الهرولة بين العلمين في السعي ؛ لفعله صلى الله عليه وسلم وفعل أصحابه من بعده ، وقد قال صلى الله عليه وسلم ( لِتَأْخُذُوا مَنَاسِكَكُمْ ) رواه مسلم (1297) من حديث جابر.
Terjemahan: “Disunatkan berlari-lari anak bagi lelaki diantara dua kawasan hijau pada ibadah saie, kerana ianya perbuatan Nabi SAW dan para sahabat selepasnya, sebagaimana sabda Nabi SAW (ambillah dariku tatacara ibadah haji kalian) diriwayatkan oleh Muslim daripada hadith Jabir RA.
Semoga Allah SWT mengeluarkan kita semua dari kejahilan.