KERAJAAN MARTABAT BAHASA MELAYU DI MAJLIS RASMI – ANWAR

PERJANJIAN PETRONAS SEBUT ‘WANG TUNAI’, BUKAN ROYALTI

PAS BUATLAH HOMEWORK DULU SEBELUM SERANG PH – GUAN ENG

KERAJAAN BERI SUBSIDI WALAU PETROL DIAPUNGKAN

KENAPA HISHAMUDDIN CUBA HALANG PERALIHAN KUASA.



 Berikut adalah antara petikan kata-kata Anwar Ibrahim di Parlimen semalam ketika menjawab celahan Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan berkaitan peralihan kuasa ketika beliau membahaskan Belanjawan 2020:-
“Saya harap kalau Kinabatangan tandatangan, sign ke arah (pihak) ini, jangan sign yang lain.
“Ini masalahnya nak ikut sangat Sembrong…Semua karut.
“Semua ini kadang-kadang nak survive diri, nak tutup siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita tak mahu itu.
“Politik ini bukan kerana ugutan, mesti ada prinsip, sama ada didakwa di mahkamah atau diugut masuk penjara, prinsip jangan digadai.
“Beritahu Sembrong”.
Beberapa Ahli Parlimen BN lain turut mencelah bertanya berkaitan peralihan kuasa itu, tetapi jawapan Anwar yang mengaitkan Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Sembrong seolah-olah ada gerakan untuk menggagalkan peralihan kuasa itu, tentu saja menarik untuk diperkatakan, selain pasti mengejutkan banyak pihak.
Selama ini, gerakan itu hanya merupakan cakap-cakap yang tidak pasti dan tidak disebut secara terang-terangan.
Dalam hal ini, jika tidak sahih dan tidak pasti adanya gerakan itu, mustahil Anwar berani menyebutnya secara terbuka dan berterus-terang di dalam Parlimen.
Apa lagi, pada petang semalam pula, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan turut mengeluarkan kenyataan media menggesa Hishammuddin dan rakan-rakan beliau daripada UMNO agar menghentikan kempen mengajukan idea penubuhan kerajaan tanpa penyertaan DAP dan Amanah.
Majlis Setiausaha menegaskan, PH sentiasa berpegang teguh kepada Muafakat Pakatan Harapan yang dipersetujui PKR, Bersatu, DAP dan Amanah untuk kekal bersatu dalam kerajaan yang turut merangkumi keanggotaan Warisan daripada Sabah.
Berdasarkan apa yang disebut Anwar di Parlimen dan kemudian disusuli dengan kenyataan media oleh Majlis Setiausaha PH itu, jelas bahawa Hishammuddin seperti sedang merancang sesuatu dalam politik negara ini dan ia terlihat bukan lagi sesuatu yang rahsia bagi PH.
Apa sebenarnya gerakan yang sedang dilakukan oleh Hishammuddin?
Kepada siapa beliau mengajukan idea penubuhan kerajaan itu, siapa dalam PH yang memberi restu dan sedia menyokong beliau?
Siapa pula dalam UMNO yang sanggup bersama-sama beliau dalam gerakan tersebut?
Apa matlamat Hishammuddin melakukan gerakan itu – dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri di masa depan?
Memandangkan perkara ini bukan lagi rahsia, malah sudah diperkatakan di dalam Parlimen, Hishammuddin sekarang tidak ada pilihan lain selain perlu berani berterus-terang menjelaskan segala-galanya kepada umum mengenai apa yang disebut oleh Anwar dan Majlis Presiden PH mengenai dirinya itu.
Hishammuddin juga harus menjelaskan beberapa perkara lain yang sejak kebelakangan ini menjadi bualan umum, khususnya dalam UMNO berkaitan dirinya yang antaranya ialah:-
⁃ Benarkah beliau telah mengumpul tandatangan dan akuan bersumpah yang melibatkan beberapa Ahli Parlimen UMNO bagi tujuan menggagalkan peralihan kuasa kepada Anwar?
⁃ Benarkah beliau cuba mengkhianati UMNO dengan pernah berjanji untuk membawa sejumlah Ahli Parlimen UMNO menyokong kepimpinan Tun Mahathir menolak Anwar?
⁃ Benarkah pembubaran UMNO Sabah di mana mereka kemudian beramai-ramai menyertai Bersatu adalah usaha yang didalangi olehnya?
⁃ Benarkah ada sejumlah bayaran bulanan diberikan olehnya kepada beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen UMNO untuk tujuan kepentingan gerakan yang sedang dirancangnya, sekaligus melumpuhkan parti?
⁃ Benarkah hasrat mahu menjadi Setiausaha Agung BN adalah untuk memudahkan lagi akses berjumpa Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen UMNO bagi kepentingan gerakan yang sedang dirancangnya?
Semua persoalan-persoalan ini memerlukan jawapan berani daripada Hishammuddin, cucu kepada Datuk Onn Jaafar dan anak kepada Hussein Onn, dua tokoh yang sebenarnya terbukti lebih berani dengan meninggalkan UMNO dan tidak menyertai UMNO Baru, lalu akhirnya meninggal dunia di luar parti, sebaik menyedari parti itu tidak lagi sesuai dengan jiwa mereka.
Tetapi, ke arah mana perjuangan Hishammuddin bersama UMNO ketika ini? (ShahbudinHusin 16/10/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021