MGID

SAIFUL DIMAKI PENYOKONG ANWAR

Saiful dimaki penyokong Anwar



KUALA LUMPUR 4 Feb. – Mohd. Saiful Bukhari Azlan dimaki hamun oleh sekumpulan lapan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun ketika semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi lokasi kejadian hari ini.


Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an turut dilihat berjaya membolosi kawalan polis sehingga berada di sebelah kereta yang membawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu sebelum memaki Mohd. Saiful Bukhari.


Warga emas itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh pihak berkuasa dan diminta pergi ke bahagian luar pos pengawal Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.
Sewaktu dihamburkan dengan makian tersebut, Mohd. Saiful Bukhari dilihat ditenangkan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim.


Reaksi wanita-wanita dan lelaki yang dipercayai penyokong Anwar bagaimanapun berbeza apabila mereka terlihat kenderaan yang membawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mereka turut bersorak `Reformasi!' apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meninggalkan tempat kejadian.


Semasa sesi lawatan ke tempat kejadian tersebut, hakim, barisan peguam bela dan pendakwa dilihat menuju ke blok-blok bangunan kondominium yang terletak di atas bukit.
a = 'UtusanOnline';

PERBICARAAN DSAI-TEKAN REFRESH

Karpal mohon Utusan berhati-hati

Sebelum perbicaraan ditangguh, peguam bela utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh membangkitkan tentang gambar muka depan yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini iaitu gambar saksi utama yang juga pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menunjukkan katil di bilik tidur utama tempat kejadian.



Karpal memohon kepada Mahkamah dihadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin supaya akhbar Utusan Malaysia lebih berhati hati dalam penyiaran gambar dan kapysen gambar berkaitan dengan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

VERSI TV3 1/3.








SAIFUL DILIWAT 26 JUN 2008.
PEGUAM MAKSUDKAN BERLAKU BANYAK KALI.
NAMUN DI TUDUH SEKALI SAHAJA.
LAPORAN 28 JUN SELEPAS 2 HARI DI LIWAT




KUALA LUMPUR, 3 Feb - Perbicaraan kes liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini dengan bekas pembantunya yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangan sebagai saksi pertama perbicaraan.

Anwar yang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan, sedang berusaha menangguhkan perbicaraan dan membatalkan pertuduhan itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berlangsung 18 bulan selepas Anwar, 63, pertama kali didakwa dengan pertuduhan itu pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful, 25, berkata beliau bekerja dengan Anwar mulai Mac 2008 dan meletak jawatan pada Jun tahun yang sama sebagai pembantu peribadinya kerana tidak mahu lagi diliwat oleh Anwar.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam ucapan pembukaannya berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang disahkan oleh Jabatan Kimia adalah milik Anwar.

Selain keterangan langsung Mohd Saiful dalam perbicaraan, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan forensik oleh doktor-doktor dan ahli kimia, di samping keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentar.

Terdahulu Hakim Mohamad Zabidin yang menetapkan perbicaraan bermula 2.30 petang ini menangguhkan prosiding kerana Anwar tidak hadir di mahkamah.

Anwar tiba pada pukul 3.27 petang.

Peguamnya Karpal Singh memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar didengar di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan, dan juga permohonan beliau untuk semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan beliau memperolehi dokumen daripada pihak pendakwaan untuk pembelaannya.

Pertuduhan terhadap Anwar dibacakan selepas Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan itu.

Mahkamah sesak dengan wakil-wakil media tempatan dan asing serta pemerhati antarabangsa selain orang ramai.

Turut kelihatan di mahkamah adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Mohamed Yusof turut dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.

Anwar pula menampilkan barisan pembelaan yang terdiri Karpal Singh, Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, R.Sivarasa, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando.

-- BERNAMA

BUKTI CALITAN KAPAS PADA DUBUR.

9.57am: Bukti pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenialah calitan kapas yang diambil dari kawasan sekitar dubur tertuduh, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

10.07am: Bukti ditunjukkan kepada mahkamah.

10.10am: FRU dan kenderaan polis yang dilengkapi meriam air tiba di perkarangan mahkamah bagi menghadapi kemungkinan demonstrasi oleh penyokong Anwar. Mereka dikatakan akan berarak dari Masjid Wilayah selepas solat Jumaat.

10.30am: Pakaian yang digunakan oleh Saiful ketika didakwa diliwat dikemukakan. Ia termasuk seluar hitam yang menurut Saiful dihadiahkan oleh Anwar.

Saiful berkata pakaian berkenaan diserahkan kepada polis dua hari selepas dia diliwat.

10.50am: Menurut Saiful dia memakai seluar dalam berwarna kelabu yang berjenama Levi pada hari kejadian.

Seluar dalam itu juga dikemukakan di mahkamah hari ini. UTUSAN COVER ITLIVE

DARI PARTI SOSIALIS

PEMUDA SOSIALIS,
PARTI SOSIALIS MALAYSIA(PSM)
KENYATAAN AKHBAR
3 FEBRUARI 2010



Pemuda Sosialis telah mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (03/02/2010) untuk menuntut pemansuhan yuran sekolah yang membebankan rakyat Malaysia. Satu kajian awal telah dilakukan dan diberikan kepada pihak media untuk membongkarkan kepincangan pihak berkuasa yang tidak mengambil berat beban rakyat negara ini dan melakukan pengurangan bantuan pendidikan untuk rakyat biasa.
Sidang ini diterajui oleh dua penyelaras kebangsaan untuk Pemuda Sosialis PSM iaitu Sdr Bawani dan Sdr Karthiges dan dihadiri bersama Sdr M.Tanapakiam (seorang ibu), Sdr Song Yong (aktivis DEMA), Sdr T.Ramalingam (PSM Semenyih) dan Sdr Basir (PSM).
Berikut ialah kenyataan akhbar tersebut :



”NAK HANTAR SEKOLAH, TAK ADA DUIT
TAK HANTAR SEKOLAH, BOLEH DIPENJARA”

Kami Pemuda Sosialis PSM amat kesal dengan keadaan rakyat Malaysia yang terus ditekan dan dihimpit dengan bebanan yuran persekolahan yang kian meningkat. Kami telah mendapat banyak aduan dan keluhan dari pihak ibu bapa yang mendapati yuran dan kos persekolahan terlalu tinggi, membebankan dan tidak adil.

Tahun 2007, rakyat diputarbelitkan bahawa yuran persekolahan akan menjadi percuma tetapi dompet ibu bapa semakin ringan kerana ia adalah satu penipuan. Bermulanya sesi persekolahan 2010, dompet ibu bapa bertambah ringgan lagi dengan kos persekolahan yang terlalu tinggi.

CONTOH YURAN( PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH
BANTUAN KERAJAAN (SK) & BANTUAN MODAL (SJKT & SJKC )

YURAN ASAS

No
Perkara
SK
SJK (T)
SJK (C)
1
Kokurikulum
RM 5.00
RM 3.00
RM 3.00
2
Kertas Ujian Dalaman
RM 10.00
RM 6.00
RM 6.00
3
Sukan Tahunan Sekolah
RM 10.00
RM 6.00
RM 6.00
4
Kegiatan Pendidikan Moral
RM 10.00
RM 6.00
RM 6.00
5
MSSM ( Majlis Sukan Malaysia)
RM 2.00
RM 2.00
RM 2.00
6
Insurans Takaful
RM 1.50
RM 1.50
RM 1.50
JUMLAH
RM 38.50
RM 24.50
RM 24.50


YURAN TAMBAHAN

NO
PERKARA
SK
SJK(T)
SJK(C)
1
Buku rampaian

RM 12.00

2
PLBS

RM 2.40

3
Buku Nilam

RM 0.80

4
Kad Laporan

RM 1.50

5
Lencana Sekolah

RM 1.00

6
Buku Aktiviti (HANYA THN 4,5,6)
RM 27.00
RM 25.00
RM 105.00
7
Test pad (HANYA THN 4,5.6)

RM 4.00

8
Yuran PIBG (SATU KELUARGA)
RM 40.00
RM 10.00

9
Baju Sukan

RM 25.00

10
Foto

RM 8.00

11
Tanda Nama
RM 3.50
RM 4.00

12
Tali leher
RM 9.50


13
Fail peribadi
RM 7.00


14
Kad Segak
RM 1.50


JUMLAH
RM 88.50
RM 93.70
RM 105.00

Ø Butiran di atas adalah hasil pemerhatian di beberapa sekolah di Perak & Kuala Lumpur.

Ø Bayaran tidak semestinya sama dan ia bergantung kepada sekolah berkenaan.

Ø Purata yuran yang dibayar oleh seorang pelajar adalah >RM120

YURAN SEKOLAH BERASRAMA

NO
PERKARA
PENDAPATAN KURANG RM 5,000
PENDAPATAN LEBIH RM 5,000
1
Wang PIBG
RM 192.00
(BUMIPUTERA)
RM 92.00
(BKN BUMIPUTERA)
RM 92.00
2
Wang SUWA
RM 33.50
RM 33.50
3
Bayaran Asrama (termasuk makanan)
RM 240.00
RM 640.00
Ø RM 200 untuk pelajar Tingkatan Lima – Kelas Tambahan

Ø RM 20 untuk pelajar lelaki – potong rambut

Selain yuran persekolahan kerajaan BN juga telah mengurangkan beberapa insentif untuk murid secara senyap-senyap.
TAHUN 2010 :

1. SBT (Skim Baucer Tuisyen) telah dimansuhkan atas alasan kerajaan “tidak ada duit”. Skim ini adalah kelas tambahan selepas waktu persekolahan untuk murid-murid miskin. Murid akan dibekalkan dengan makanan dan guru yang mengajar akan diberi elaun. Pada prinsipnya, kami tidak setuju bahawa seorang pelajar harus pergi ke Tuisyen kerana kualiti pendidikan di sekolah sepatutnya memadai. Namun, tindakan kerajaan ini akan mendiskriminasi dan menafikan hak untuk kanak-kanak dari keluarga miskin bersaing dengan mereka yang mampu membayar dan sekaligus mengancam hak berpendidikan.

2. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diberi untuk pelajar miskin juga telah dikurangkan bilangannya. Keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM400 atau pendapatan perkapita kurang daripada RM80 layak mendapat RMT. Setiap makanan RMT diperuntukkan RM1.80 sehari untuk murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Contohnya, di sebuah sekolah di Sg.Siput bilangan murid yang layak menerima RMT pada tahun 2009 adalah seramai 43 orang tetapi bilangannya dikurangkan kepada 22 orang tahun 2010 walaupun murid yang tercicir layak menerima RMT.

3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah dikurangkan tahun ini kerana tiada peruntukkan. Syarat kelayakan untuk menerima KWAPM adalah gaji ibu bapa mesti kurang daripada RM530 atau perkapita RM107. Ia berlainan di Sarawak dimana gaji mesti kurang daripada RM585 atau perkapita RM117 dan Sabah serta Labuan adalah kurang daripada RM685 atau perkapita RM137. Ibu bapa menaruh harapan terhadap bantuan ini kerana yuran anak-anak biasanya akan dipotong melalui wang KWAPM dan bakinya akan dipulangkan kepada ibu bapa. Maka pembayaran yuran tidak akan menjadi masalah kepada ibu bapa yang miskin. Malangnya kini, bantuan berkenaan dikurangkan tahun ini. Ada guru yang merunggut kerana kerajaan meminta sedekah daripada guru untuk menyumbangkan RM1 setiap bulan untuk mengisi tabung KWAPM. Mampukah sumbangan ini dapat memenuhi kehendak ibu bapa yang miskin?

4. Kadar yuran yang dikenakan rata-ratanya seorang murid perlu membayar sebanyak RM100 – RM150 yang kian naik saban tahun. Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini. Wajarkah ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM 500 dan mempunyai ramai tanggungan dipersalahkan? Sekiranya, kerajaan mengimplimentasikan akta gaji minima dan mengawal harga barang secara adil, nescaya keadaan sebegini tidak berulang. Namun, senario ini sememangnya diwujudkan oleh kerajaan untuk keuntungan semata-mata.

Namun, inilah kata-kata manis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang menyatakan bahawa bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar kerana bayaran secara ansuran boleh dibuat diharap dapat meringankan beban ibu bapa terutama golongan berpendapatan rendah serta mereka yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah. ''Cuma saya harap, ibu bapa tidak terlalu berkira mengenai persekolahan anak-anak”.
Ø Realitinya ibu bapa dipaksa untuk membuat bayaran dan sekiranya gagal berbuat demikian, anak-anak tidak diberi buku. Kebanyakkan ibu bapa yang berada dalam tahap miskin dan miskin tegar mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan desakan di sekolah. Dalam konteks ini, ibu tunggal menjadi mangsa kerakusan BN kerana tidak berdaya untuk menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi.
Kerajaan juga mula mengugut ibu bapa dengan undang-undang baru iaitu:
Ø Kini para ibubapa miskin seolah-olah dalam penjara apabila Kerajaan mahu mewajibkan pendidikan sekolah rendah selama 6 tahun. Undang-undang ini dirangka berdasarkan perangkaan Kementerian bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga peratus setiap tahun kanak-kanak yang tidak didaftarkan di sekolah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Terdapat juga sebilangan murid yang berhenti atau diberhentikan oleh penjaga mereka sebelum menamatkan persekolah rendah.
Ø Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad matlamat utama undang-undang itu adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di negara ini dan memastikan mereka berpelajaran. Menurutnya lagi apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, ibu bapa yang gagal mendaftar anak mereka di sekolah tanpa sebab yang munasabah akan didakwa di mahkamah.
Ø Tindakan Kerajaan BN umpama samseng yang meletakkan dua bilah pisau di dua belah pipi ibubapa. Nak hantar sekolah, tak ada duit. Tak hantar sekolah, boleh dipenjara.
Ø Sistem Pendidikan, kanak-kanak sekolah dan ibubapa menjadi mangsa apabila Ahli Politik dan Menteri Pendidikan yang sentiasa bertukar polisi seperti bertukar pakaian. Negara kita mahu mewajibkan pendidikan tetapi ibubapa tidak mampu menyara kos pendidikan.
Ø Di negara pemerintahan Sosialis seperti Cuba dan Venezuela, Perlembagaan mereka memastikan pendidikan itu adalah satu hak dan adalah percuma. Percuma sehingga ke tahap Universiti. Itu adalah sebab negara itu boleh mencapai tahap pendidikan tinggi dan tahap celik huruf sebanyak 100%.
Ø Di negara kita, Kerajaan antaranya melaksanakan program seperti projek SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) yang melaburkan RM 20 juta untuk memperbaiki kualiti pendidikan dan memberi autonomi kepada pengurusan sekolah supaya dapat menghasilkan pelajar cemerlang. Guru pula berlumba-lumba untuk merealisasikan matlamat kerana kerajaan telah berjanji untuk memberi ganjaran dalam bentuk wang dan kenaikan gaji.
Ø Pada September 2009 Kerajaan Malaysia dengan rasminya mengumumkan telah membeli dua kapal selam KD TAR berjumlah RM3.4 bilion. Darimana dapatnya duit 3.4 bilion ini?
Ø Kerajaan juga telah membazir berbilion-bilion ringgit untuk projek- projek mega seperti Litar F1 Sepang, Mini Putrajaya, Kangar, Perlis, Menara Taming Sari, Melaka, dan banyak lagi projek. Bukan itu sahaja, Putrajaya yang sudah cantik, kerajaan mampu mencantikan semula dengan lampu-lampu yang mahal dan bangunan-bangunan baru. Bagaimana Kerajaan ada duit untuk perkara ini sedangkan pendidikan adalah satu keperluan asas. Mengapa pendidikan dan kebajikan murid yang dikorbankan.
Ø Inilah bezakan sistem pendidikan kita dengan negara lain. Nampak canggih, nampak bergaya tetapi masih ada keciciran kanak-kanak, masih ada sekolah yang serba kekurangan, masih ada mereka yang tak mampu membiayai pendidikan anak-anak. Indah kata daripada rupa
PEMUDA SOSIALIS, PSM berpendirian bahawa:
1. Pendidikan adalah sesuatu yang perlu diberi secara percuma dan bukannya dibayar dengan wang semata-mata.
2. Yuran perlu dimansuhkan serta – merta.
3. Selaraskan semua sekolah supaya dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.
4. Kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan yang diperolehi dari Petronas atau hasil kutipan cukai pendapatann dari korporat dan kapitalis gergasi untuk disalurkan dalam pendidikan. Tapi semakin hari, pendidikan menjadi semata-mata satu lagi perniagaan untuk membuat keuntungan.

“ YURAN NAIK, SEMUA NAIK….
”YANG TURUN HANYA HUJAN DAN NILAI PENDIDIKAN”

JEF OII BIADAP???

DAP biadab, hina ahli PKR - Johari

BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Krisis politik di Pulau Pinang semakin meruncing apabila seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar sikap pemimpin sekutunya dari DAP.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Johari Kassim hari ini menempelak kenyataan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi yang melabelkan PKR sebagai parti yang 'mengutip sampah sarap' untuk dijadikan ahli.

Menurut Johari, kenyataan Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong dari DAP itu adalah satu dakwaan yang biadab dan menghina ahli-ahli PKR.

Malah katanya, ia langsung tidak menghormati PKR sebagai sebuah komponen Pakatan Rakyat serta telah mewujudkan suasana keruh dalam hubungan antara PKR dan DAP.

"Dakwaan beliau itu bagaikan memperkecilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PKR dan pemimpin parti lain yang mengesahkan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam parti.

"Saya dapati Jeff Ooi banyak kali membuat kritikan yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan pakatan pembangkang dan menimbulkan kemarahan orang lain," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Laporan akhbar kelmarin menyebut Jeff Ooi dalam satu sidang akhbar menyifatkan PKR sebagai parti yang mengutip sampah sarap untuk dijadikan ahli dan sekarang merupakan peluang untuk membersihkannya.

Ia ekoran kritikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dari PKR yang mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Johari mendesak kepimpinan PKR negeri dan pusat menghantar memorandum bantahan kepada DAP tentang tindakan Jeff Ooi itu.

Jelasnya, Jeff Ooi juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli dan pemimpin PKR demi menjaga keharmonian dalam pakatan pembangkang.

MAJORITI RAKYAT PERAK MAHUKAN PENGUNDIAN BARU DI ADAKAN

KUALA LUMPUR, Feb 5 —Antara 3-4 orang atau pun 74 % merasakan bahawa dengan menjalankan undi secara telus di negeri tersebut akan dapat meredakan krisi politik yang berlaku di negeri tersbut.Pengundian baru yang bermakna genap setahun Bn meramp[as Perak dari kerajaan yang sah dengan membeli 3 ADUN yang melompat.

Satu badan bebas independent Merdeka Center telah menyoal of 805 pengundi berdaftar juga menunjukkan bahawa Mentri Besar tidak sah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pakatan Rakyat’s Datuk Seri Nizar Jamaluddin,menteri besar yang sah bersaing antara satu sama lain dalam kajian tersebut

Zambry’s berada pada tangga 43 per cent dan jatuh ketinggalan di kalangan pengundi Melatyu dan jua sebagahagian pengundi kaum India.

Nizar pula menunjukkan peningkatan 46 per cent dengan sokongan kaum tionghua,separuh etnik india dan 1/3 pengundi Melayu.


LGE : Attempts to bring downfall to Penang

PKR MEDIA STATEMENT

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
Date: 4 February 2010
I am shocked with the report of NST today which titled "PKR ready to refer Lim Guan Eng to Pakatan Rakyat".

I deeply regret that NST has maliciously misquoted my statement. Upon reading the news, I called the reporter to seek clarification. Subsequently he admitted over the phone that the line was not written by him and it has been inserted by the editor.

I hereby call on the NST to take immediate action to correct the misrepresentation of PKR's stance on this issue.

In my phone interview, I unequivocally said that YB Dato' Seri Zahrain is wrong to lash out at CM Lim Guan Eng. I stressed that inter-party relations and complaints should be brought up in Leadership Council of Pakatan Rakyat.

I have never said that PKR will refer Zahrin's criticism against Lim Guan Eng into the discussion of Pakatan Rakyat leadership. In fact I maintained that such move is unnecessary and inappropriate.

PKR is fully supportive of CM Lim Guan Eng and our relationship with DAP as coalition partner is strong and solid. We understand that the cooperation and unity of Pakatan Rakyat represnts a great threat to the ruling Barisan Nasional. BN has tried various divisive measures to sow suspicion between partners of Pakatan Rakyat.

I would like to reiterate that PKR's commitment to advance the agenda for democratic reforms is unshakeable. To realise this objective, it is essential to continue strengthen good relationship with DAP and PAS.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Secretary-General
Parti Keadilan Rakyat

ALIRAN MEDIA STATEMENT

Why hasn’t the PM taken Nasir to task? PDF Print E-mail
Thursday, 04 February 2010 14:41

http://www.aliran.com

Aliran is totally disgusted with the way certain so-called political leaders behave and express themselves, completely ignoring the reality of this country and dismissing the history of this land. Without a care, they spew filth from their dirty mouths and seem hell-bent on creating havoc.

It is rather unfortunate that our top leaders do not castigate them or take them to task for the harm they are likely to cause to the unity of the various communities. They are very dangerous and can create misery for the majority of Malaysians who do not approve the conduct of these troublesome elements – in fact most Malaysians condemn such unscrupulous behaviour.

The latest outpouring of venom comes from the very top, from someone close to the Prime Minister himself. His top aide, Datuk Nasir Safar, threw caution to the winds, revealed his puerile mind and uttered some rubbish that is not supported by facts.

His offending remarks at a two-day 1 Malaysia seminar in Malacca yesterday were outlandish: “Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies.”

He even had the audacity to threaten that the government could revoke the citizenship of Indians any time if excessive demands were made by the community.

Another outlandish claim by him - that the (federal) constitution was drafted by Umno and that other parties were not involved - only goes to show how daft he could be. Let’s not forget history. The Federal Constitution is the product of our shared and joint commitment to the creation of an independent state which was then known as Malaya. Does he even realise that there was a Malaya before Malaysia?

He had, of course, denied having said all these offensive words. That’s what they all say whenever there is a strong reaction to their derogatory remarks. If Nasir did not utter these seditious words, and if he was indeed misquoted and misrepresented by those who were present, then Datuk, sue them! That is the only solution before you to safeguard your dignity and preserve your integrity. You cannot hoodwink the rest of the country with your unconvincing explanation and denial.

When people like Nasir are not taken to task and disciplined publicly, we have a situation where it is assumed that there is a tacit approval from the top to carry on.

We have the case of Datuk Ahmad Ismail of Penang who was slapped with a three-year suspension of his Umno membership for calling the Chinese “pendatang”. The strong reaction from the Chinese community, forced the hand of Umno to take a firm stand on this issue. But recently that three-year suspension was lifted, drastically reducing the sentence and making Ahmad’s crime appear not that grave after all.

Then we had the cow-head incident, the Allah demonstration, the Perkasa launch all of which only demonstrated that there are no stopping people who go overboard with their offensive remarks. If only the Prime Minister and his Deputy had condemned the behaviour of these elements in very strong and unequivocal terms from the very beginning, then the message would have been conveyed that no nonsense would be tolerated. We would not be in this difficult situation today – simply because they failed us as our national leaders.

If the PM does not address this serious issue sincerely and forthrightly, it will be the undoing of his premiership; it will be goodbye to his 1 Malaysia slogan. While he is trying to proclaim his 1 Malaysia policy, there are elements all over the country undoing our unity and harmony. We have them in our schools, our universities, in the police, in the judiciary, in the civil service and other places of influence and power poisoning minds and polluting the body politic.

If they are not weeded out and severely punished, we will no longer be the model country for a plural society.

Nasir’s resignation is not going to obviate his crime or lessen his offence. He owes an apology not only to the Chinese Malaysian and Indian Malaysian communities but to the entire nation whose peace and harmony could have been affected by his callous remarks.

It is not sufficient for the PM to distance himself from Nasir’s insensitive and seditious remarks. He must order him to apologise unreservedly. The PM must ensure that Nasir is not recycled to head other entities or appointed a director to any business concern. He must be punished and must be seen to have been punished. Only then would it be seen as meaningful redress of this grievous wrong.

P Ramakrishnan
President
4 February 2010


--

RAYUAN KES YANG SEDANG BERLANGSUNG-RAYUAN MENOLAK TUDUHAN LIWAT

PUTRAJAYA, Feb 4 — Peguam-peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di sini hari ini.

Pertemuan itu bertujuan memohon tarikh awal perbicaraan bagi mendengar rayuan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang sedang berlangsung dan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Alauddin memaklumkan secara lisan kepada pihak-pihak yang berkenaan bahawa rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat akan didengar pada 12 Feb.

Ketika dihubungi media di sini, peguam Anwar, S.N. Nair berkata beliau telah menerima pengesahan tarikh itu melalui satu faks dari Pendaftar Mahkamah Rayuan pukul 5 petang ini.

Usul Anwar untuk mendapatkan perintah penangguhan bagi perbicaraan kes liwatnya akan turut didengar pada hari yang sama.

Ketika ditemui pemberita, peguam Datuk Param Cumaraswamy berkata Alauddin turut memaklumkan kepada mereka bahawa tarikh perbicaraan bagi permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan permohonan untuk mendapatkan dokumen penting yang mempunyai kaitan dengan perbicaraan kes liwatnya akan ditetapkan paling awal menjelang minggu depan.

Alauddin turut memaklumkan bahawa mereka sedang mencari seorang lagi hakim untuk menganggotai tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar permohonan semakan semula itu.

Pertemuan itu turut dihadiri seorang lagi peguam yang mewakili Anwar iaitu Wan Anuar Shaddat dan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chiang Kiat.

Anwar, 63, berdepan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008. — Bernama

PERBICARAAN DAH BERMULA-SENARAI SAKSI MASIH MENJADI TANDATANYA

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua, hari ini, namun pihak pembelaan masih gagal mendapatkan senarai saksi daripada pihak pendakwa raya.

Lazimnya, dalam kes jenayah, senarai saksi perlu dibekalkan pada hari pertama perbicaraan. Malah dalam kes sivil, senarai saksi biasanya perlu disediakan atau dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.

Menurut seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair mereka akan mengemukakan permohonan pada Isnin, jika senarai berkenaan tidak dibekalkan esok.

(function() { var d = document, w = window; w

CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...