VERSI TV3 1/3.








SAIFUL DILIWAT 26 JUN 2008.
PEGUAM MAKSUDKAN BERLAKU BANYAK KALI.
NAMUN DI TUDUH SEKALI SAHAJA.
LAPORAN 28 JUN SELEPAS 2 HARI DI LIWAT




KUALA LUMPUR, 3 Feb - Perbicaraan kes liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini dengan bekas pembantunya yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangan sebagai saksi pertama perbicaraan.

Anwar yang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan, sedang berusaha menangguhkan perbicaraan dan membatalkan pertuduhan itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berlangsung 18 bulan selepas Anwar, 63, pertama kali didakwa dengan pertuduhan itu pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful, 25, berkata beliau bekerja dengan Anwar mulai Mac 2008 dan meletak jawatan pada Jun tahun yang sama sebagai pembantu peribadinya kerana tidak mahu lagi diliwat oleh Anwar.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam ucapan pembukaannya berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang disahkan oleh Jabatan Kimia adalah milik Anwar.

Selain keterangan langsung Mohd Saiful dalam perbicaraan, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan forensik oleh doktor-doktor dan ahli kimia, di samping keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentar.

Terdahulu Hakim Mohamad Zabidin yang menetapkan perbicaraan bermula 2.30 petang ini menangguhkan prosiding kerana Anwar tidak hadir di mahkamah.

Anwar tiba pada pukul 3.27 petang.

Peguamnya Karpal Singh memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar didengar di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan, dan juga permohonan beliau untuk semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan beliau memperolehi dokumen daripada pihak pendakwaan untuk pembelaannya.

Pertuduhan terhadap Anwar dibacakan selepas Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan itu.

Mahkamah sesak dengan wakil-wakil media tempatan dan asing serta pemerhati antarabangsa selain orang ramai.

Turut kelihatan di mahkamah adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Mohamed Yusof turut dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.

Anwar pula menampilkan barisan pembelaan yang terdiri Karpal Singh, Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, R.Sivarasa, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando.

-- BERNAMA