PERBICARAAN DAH BERMULA-SENARAI SAKSI MASIH MENJADI TANDATANYA

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua, hari ini, namun pihak pembelaan masih gagal mendapatkan senarai saksi daripada pihak pendakwa raya.

Lazimnya, dalam kes jenayah, senarai saksi perlu dibekalkan pada hari pertama perbicaraan. Malah dalam kes sivil, senarai saksi biasanya perlu disediakan atau dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.

Menurut seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair mereka akan mengemukakan permohonan pada Isnin, jika senarai berkenaan tidak dibekalkan esok.

No comments: