SAIFUL DIMAKI PENYOKONG ANWAR

Saiful dimaki penyokong Anwar



KUALA LUMPUR 4 Feb. – Mohd. Saiful Bukhari Azlan dimaki hamun oleh sekumpulan lapan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun ketika semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi lokasi kejadian hari ini.


Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an turut dilihat berjaya membolosi kawalan polis sehingga berada di sebelah kereta yang membawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu sebelum memaki Mohd. Saiful Bukhari.


Warga emas itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh pihak berkuasa dan diminta pergi ke bahagian luar pos pengawal Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.
Sewaktu dihamburkan dengan makian tersebut, Mohd. Saiful Bukhari dilihat ditenangkan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim.


Reaksi wanita-wanita dan lelaki yang dipercayai penyokong Anwar bagaimanapun berbeza apabila mereka terlihat kenderaan yang membawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mereka turut bersorak `Reformasi!' apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meninggalkan tempat kejadian.


Semasa sesi lawatan ke tempat kejadian tersebut, hakim, barisan peguam bela dan pendakwa dilihat menuju ke blok-blok bangunan kondominium yang terletak di atas bukit.
a = 'UtusanOnline';

No comments: