PINJAMAN SYARIKAT JUDI: ZAFRUL PERLU SIASAT BUKAN BERI ALASAN MUDAH

 Pinjaman syarikat judi: Zafrul perlu siasat bukan beri alasan mudah

Penduduk bandar di China terkejut, panik dengan kemunculan pancaran cahaya UFO

 


Penduduk bandar di China terkejut, panik dengan kemunculan pancaran cahaya UFO


Sejak kebelakangan ini, agak kerap berita mengenai penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilaporkan terutamanya di akaun-akaun media sosial.

Penduduk di bandar Shenyang, China menjadi terkejut dan panik apabila satu pancaran cahaya terang dari objek yang didakwa UFO melintasi lapangan terbang hingga mencetuskan rasa takut dikangan penduduk tempatan.

Insiden tersebut telah dirakam oleh orang ramai yang berada di sekitar lapangan terbang, pancaran cahaya itu kelihatan menjulang di atas bangunan lapangan terbang dan suasananya kelihatan seperti dalam filem sains fiksyen yang sering ditonton.

Susulan rakaman itu menjadi tular di media sosial, ramai netizen tampil dengan pendapat merekadan ada yang mendakwa ia adalah cahaya dari dunia lain di angkasa lepas.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu mungkin adalah kesan penggunaan teknologi asing seperti hologram, bahkan berkemungkinan adalah portal ke dimensi lain.

Bagaimanapun, sebilangan netizen di laman perkongsian Reddit memberikan pendapat lebih munasabah iaitu cahaya itu mungkin biasan atau pantulan cahaya matahari.

Di laman Reddit, beberapa orang memberikan pendapat yang mungkin lebih masuk akal iaitu cahaya yang terpancar itu mungkin biasan atau pantulan cahaya matahari.

Seorang pakar meteorologi tempatan yang dikenali sebagai Xia Chuandong kemudiannya menjelaskan bahawa awan tebal di lokasi itu telah mengaburkan struktur bangunan yang ada disebaliknya.

Hasilnya, wap air di udara membiaskan cahaya dan menghasilkan kesan pancaran cahaya aneh seperti yang dilihat oleh orang ramai.

 DR MASZLEE DISIASAT RASUAH KERANA BAKAL CALON MB JOHOR?

Netizen berang tindakan lelaki mengasari isteri tepi jalan, nasib baik ada ‘Abang Sepanar’ bantu halang

 

Netizen berang tindakan lelaki mengasari isteri tepi jalan, nasib baik ada ‘Abang Sepanar’ bantu halang


Sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga April tahun 2021 dan menunjukkan isu keganasan rumah tangga memerlukan intervensi dan kerjasama pelbagai pihak.

Terbaharu, tular video di TikTok dikongsi oleh @capykaa menunjukkan situasi cemas apabila seorang lelaki bertindak mengasari isteri dan anaknya di tepi jalan. Situasi tersebut berjaya ditangani apabila dua orang awam datang membantu dan melindungi wanita bersama anaknya.

Dapat dilihat menerusi video tersebut lelaki itu mengambil anaknya secara paksa walaupun ditegah oleh isterinya. Video tersebut tular di media sosial selepas dikongsi kembali di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan suami yang mengasari isterinya di tempat umum. Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji orang awam yang cuba membantu wanita dan anaknya itu.

Tidak hanya itu, para netizen turut berasa kagum dengan lelaki yang membantu wanita dan anaknya itu kerana tetap bersabar walaupun memegang sepana. Rata-rata netizen juga menzahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut dan bimbang budak kecil itu akan berasa trauma.

Oleh itu, rata-rata netizen turut berpendapat bahawa pentingnya mengenali pasangan agar tidak tersalah pilih dan kelak menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental. Para netizen turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu wanita dan anaknya itu.


ULAMAK JAHAT BERSAMA GEROMBOLAN PENZALIM


 

PERSOALAN PENGISYTIHARAN MUFLIS GENTING HONG KONG




Pengisytiharan muflis oleh syarikat perjudian Genting Hong Kong turut mengheret tiga bank Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kerajaan: CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank yang dilaporkan meminjamkan RM2.51 bilion kepada Genting Hong Kong.

Sebelum ini Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim meminta penjelasan bagaimana pinjaman itu dibuat tanpa jaminan.

Rakyat Malaysia tentu tertanya-tanya ketika individu dan syarikat kecil dan sederhana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.

Ketika PKP banyak bank menolak untuk memanjangkan moratorium kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Bandingkan situasi rakyat serta syarikat kecil dan sederhana dengan Genting Hong Kong yang mendapat RM2.51 bilion. Ini sama dengan 251,000 rakyat biasa mendapat pinjaman RM10,000 daripada bank-bank berkaitan kerajaan ini.

Namun kegagalan syarikat perjudian ini akan menimbulkan kesan besar kepada bank-bank peminjam dan seterusnya pemegang saham utama mereka - dana kekayaan berdaulat milik kerajaan Khazanah Nasional (CIMB), agensi pelaburan Bumiputera PNB (Maybank) dan skim persaraan pekerja swasta KWSP (RHB Bank).

Nik Nazmi Nik Ahmad

KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN

AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

 

PRN JOHOR RAPTAI PRU15


 Pilihanraya Negeri Johor (PRN) amat meriah. Tiga gabungan politik besar akan bertanding iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Turut akan meramaikan ialah Parti MUDA, Pejuang, Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM). Mungkin Parti Putra dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan turut serta.

PRN Johor kali ini sesak. Adakah itu tidak baik? Bagi saya baik.Jadikan PRN ini satu temasya demokrasi. Rakyat sudah hampir dua tahun terbelenggu dengan wabak Covid-19.

Kehidupan yang murung tiada arah tentu. Rakyat inginkan kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan kebebasan berpolitik. Kita raikan PRN Johor ini.

Rakyat Malaysia memang ketagih dengan politik. Dari rakyat biasa hinggalah ke pucuk pimpinan politik dan para menteri. Berbuih mulut pakar kesihatan, cendikiawan akademia di universiti memberi peringatan bahaya diadakan pilihanraya pada waktu pandemik Covid-19 masih berleluasa dengan varian baru Omincron.

Tetapi yang bernama Umno dan BN terutama “Kluster Mahkamah” langsung tak ambil peduli. Menteri Besar Johor pun ghairah hendak segera bubarkan Dewan Undangan Negeri. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pun bersetuju juga beri perkenan untuk bubarkan Dewan Undangan Negeri Johor. Jadi semua sistem diberi lampu hijau untuk adakan PRN ini.

Sekarang sudah akademik untuk berbahas “menegak benang basah” masing-masing tentang baik buruk diadakan PRN untuk Penggal Ke-15 DUN Negeri Johor.

Pada pandangan saya, PRN Johor ini adalah raptai atau “rehearsal” pilihanraya di peringkat sebuah negeri yang agak besar yang menyerupai wajah Malaysia pada umumnya. Sebab itu banyak parti yang ingin mencuba nasib.

Di DUN Johor ada 56 kerusi, dua kali ganda berbanding Melaka yang ada 28 kerusi sahaja. Jumlah pengundi-pengundi di sesuatu kawasan DUN Johor adalah ramai, tidak seperti di Melaka.

Misalnya bagi DUN di kawasan Johor Selatan seperti Skudai, Puteri Wangsa, Permas, Kempas, Senai jumlah pengundi sangat ramai.

Bagi PRN Johor ini, tidak ada siapa yang boleh jadi “Nujum Pak Belalang” meramal mana parti politik boleh menang mudah dengan memperoleh “sekian-sekian banyak kerusi”.

Kehadiran lebih 2.57 juta pengundi baru, khususnya di kalangan pengundi muda 18 tahun ke atas dalam PRN Johor ini adalah ibarat “game changers”.

Segala “score-sheets” pilihanraya umum PRU-12, PRU-13 dan PRU-14 sudah tidak relevan lagi. Jadi panduan umum bolehlah, tetapi tidak lagi terpakai apabila beribu-ribu pengundi muda dan pengundi daftar automatik membanjiri setiap kawasan DUN di seluruh Johor.

Ada parti-parti baru ditubuh seperti MUDA dan PBM mencuba nasib mereka dan menguji logo-logo mereka. Selamat datang kepada mereka.

Jika PH Johor pada PRU-14 di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin pada pilihanraya 2018 berjaya menumbangkan Umno dan BN di Johor, adakah kali ini PN dan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin yang tidak lagi bersama PH ada peluang untuk memenangi PRN Johor kali ini?

Di Melaka PN hanya memenangi dua kerusi sahaja. Kita lihatlah nanti.

Begitu juga Umno dan BN Johor adakah sudah cukup kuat sekarang untuk menang besar dalam PRN Johor seperti yang dicapai mereka di Melaka?

Dalam PRU-14 Umno khususnya hanya menang di DUN dalam kawasan luar bandar seperti di Pengerang, Kota Tinggi, Mersing, Tenggara dan Pontian.

Dalam PRU-14 dulu, Umno kalah teruk di kawasan campuran di bandar dan separuh bandar. Di Pontian pun, Umno hanya menang di Benut dan kalah kepada Amanah di Pulai Sebatang. Di Tebrau,

Umno kalah di Dun Tiram kepada PH (Keadilan) dan kalah di Dun Puteri Wangsa kepada PH(Bersatu). Soal calon Bersatu di Puteri Wangsa itu melompat ke PN dan sekarang keluar dari Bersatu, itu lain cerita.

Tidak mudah Umno hendak menang mudah di kawasan yang telah dimenangi oleh PH sejak PRU yang lalu.

Elok Umno dan MCA dalam BN mengukur diri dan melihat di cermin sebelum berkokok sombong, memperagakan kekuatan yang diluar kenyataan sebenar.

MCA kalah di seluruh kerusi yang ditandinginya di bawah BN dalam PRU-14 yang lalu. Mengapa kini MCA tiba-tiba ada “magic” untuk kalahkan calon-calon PH dari DAP?

DAP menggunakan logo Keadilan dalam PRU-14 menang 14 kerusi dari 14 kawasan DUN yang ditandinginya. Sokongan pengundi Cina di Sabah dan di Melaka kepada DAP tidak banyak berubah.

Kalau PH dan DAP dapat mengambil langkah berkesan untuk menarik pengundi luar, khususnya di kalangan seramai 400,000 pekerja Malaysia di Singapura supaya mengundi dalam PRN Johor ini, maka MCA yang “mencuba nasib” menentang DAP akan mendapati “mengigit jari” lagi kali ini.

Di Batu Pahat, dalam PRU-14 dua dari tiga DUN di bawah parlimen Batu Pahat iaitu Penggaram dan Senggarang dimenangni oleh PH. Hanya di Dun Rengit, Umno menang.

Di Parlimen Ledang, tiga dari tiga Dun dimenangi oleh PH. Tangkak oleh DAP, Serom oleh Amanah dan Gambir oleh Bersatu iaitu kerusi yang ditandingi oleh Muhyiddin Yassin ketika itu.

Mudahkah MCA untuk merampas Tangkak? Mudahkan Umno untuk merampas Serom dan Gambir?

Di Parlimen Pasir Gudang pun sama. Ada dua Dun iaitu Johor Jaya dan Permas. Kedua-dua Dun dimenangi oleh PH dalam PRU-14.

Begitu juga di Parlimen Johor Bahru, kedua-dua Dun di bawahnya iaitu Larkin dan Stulang dimenangi oleh PH.Ingat mudah bagi Umno dan MCA untuk merampas Larkin dan Stulang dari PH kali ini?

Kepada parti-parti politik pembangkang yang berada di luar PH seperti MUDA, Pejuang, Warisan, Putra, dan PSM saya mencadangkan supaya adakanlah perundingan dan persefahaman pilihanraya dengan PH.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya akan bermesyuarat pada 9 haribulan Februari nanti. Hari penamaan calon lambat lagi. Masih ada masa untuk berbincang untuk elakkan pertembungan tiga, empat, lima atau enam penjuru.

Bertembung sesama pembangkang hanya akan menguntungkan Umno dan BN sahaja.

Kepada PN yang terdiri dari Bersatu, PAS dan Gerakan khususnya, apakah status anda sebenarnya dalam PRN Johor ini? Adakah anda di pihak kerajaan kerana anda masih dalam Kerajaan Persekutuan atau anda di pihak pembangkang? Tolong jelaskan kepada rakyat.

Begitu juga dengan parti terbaru ditubuhkan bernama Parti Bangsa Malaysia (PBM) apa status anda sebenarnya? Menyokong kerajaan atau “mesra kerajaan” atau bebas atau pembangkang?

Dengan sebegitu banyak parti yang berminat untuk bertanding dalam PRN Johor ini dalam keadaan semua orang semacam tidak bimbang langsung tentang bahaya Covid-19, benarlah anggapan saya bahawa PRN Johor ini semacam “raptai” kepada parti-parti politik bagi menghadapi PRU-15 sama ada pada tahun ini atau selewat-lewatnya Mei 2023 tahun hadapan.

PRN Johor dan mungkin PRU-15 nanti jelas menunjukkan pertandingan dalam sistem dua parti iaitu BN dan PH sudah tidak wujud lagi.

Ini pilihanraya multi-parti atau pelbagai parti yang akan mengwujudkan resepi “rojak” bagi politik Malaysia. Baik atau buruk? Kita saksikan nanti.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

1 Februari 2022 (Selasa)


APA KHABAR KAPAL TEMPUR PESISIR PANTAI (LCS)?



Bagaimanapun Sarawak Report, dalam rencananya pada 26 Januari mendakwa rakan kongsi atau joint venture (JV) antara BHIC dan sebuah syarikat Jerman Rheinmetall AG nampaknya menjadi penting kepada pengaliran banyak wang tunai yang kini hilang. “Mengapakah subkontrak untuk pemerolehan difikirkan perlu, dan mengapa Rheinmetall sebagai rakan kongsi yang dipilih, nampaknya menjadi persoalan yang jelas untuk dijawab kerana penyiasat dikatakan tertumpu kepada tiga syarikat Singapura yang kelihatan sebahagian daripada wang itu telah dikesan?” soal Sarawak Report.





[[LIVE]]31.1.22 PAS sudah khianat sejak 2008? ALlah bayar Cash. Kes Sama...


[[LIVE]]31.1.22 Chegubard dikatakan fitnah. Bakal disaman. PAS sudah khianat sejak 2008? ALlah bayar Cash sekarang. Kes Saman Zuraida 29 Mac ini. Implikasi kepada Akta anti lompat parti

PRN JOHOR - UMNO DEDAHKAN KETAMAKAN PAS!!


KAH..KAH..KAH....LA...HANGPA BARU KENAL KA PAS ?  KAMI LAMA DAH KENAL...PADAN MUKA HANGPA...

SOP KAYANGAN

 

Sop kayangan...kata rumah terbuka tak bole?

Bapak penyamun pun ada...

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama menggaul Yee Sang di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA.

ZAFRUL PERLU LETAK JAWATAN KES PINJAMAN TANPA CAGARAN RM 2.5B KEPADA SYARIKAT JUDI




1. KWSP, PNB dan KWAP adalah dari dana awam kerajaan berstatus GLC yang mempunyai kepentingan rakyat. GLC ini adalah pemegang taruh utama dalam skandal yang dikaitkan dengan pinjaman RM2.5B tanpa cagaran kepada Syarikat Judi Genting HK milik rakyat Malaysia. 3 bank yang bertanggungjawab adalah Maybank, RHB dan CIMB. 


2. Di atas kepentingan awam rakyat perlu penjelasan dari Kerajaan Melayu-Isle kenapa episod malang ini boleh berlaku. 


a. Bagaimana amalan tidak mewajibkan cagaran sebagai kolateral dengan nilai pinjaman RM2.5B dibenarkan. Amalan ini bercanggah dengan prosedur pinjaman yang mendedahkan bahaya kepentingan pemegang taruh dari KWSP, PNB dan KWAP yang dimiliki kerajaan. 


b. Siapakah yang bertanggungjawab sehingga amalan tanpa cagaran ini membawa risiko besar kepada dana kepentingan negara yang sepatutnya diperlukan pada fasa pemulihan yang sedang dilalui negara. Mereka perlu dipertanggungjawabkan di hadapan sebuah Inkuiri Siasatan Bebas Diraja demi mengembalikan kepercayaan institusi perbankan kepada orang ramai dan demi kepentingan dana awam yang diamanahkan. 


c. Di manakah Pematuhan Syaria'h dalam pelaburan KWSP, PNB dan KWAP sedangkan dana ini dipinjamkan kepada syarikat judi yang jelas bertentangan dengan piawaian pematuhan syariah. Memburukkan lagi ialah pinjaman tanpa cagaran juga tidak mematuhi kehendak syaria'h  kerana amalan ini tidak menjaga kemaslahatan kedua belah pihak serta menjejaskan kepentingan dana awam. Kepatuhan Syaria'h dalam pelaburan bukan sekadar retorik tetapi perlu menjadi rujukan asas demi memelihara kesejahteraan masyarakat. 


d. Kerajaan Melayu-Isle dituntut membuat penjelasan bilakah diluluskan dan adakah benar Menteri Kewangan hari ini adalah pihak yang bertanggungjawab mengepalai projek pinjaman ini atas nama pulangan beruntung pelaburan. Menteri Kewangan hari ini perlu meletak jawatan sehingga sisasatan bebas dilakukan kerana jika tidak, Menteri Kewangan hari ini punya kepentingan bercanggah dan beliau berpotensi salahguna kedudukannya untuk menutup kes. 


3. Rakyat Malaysia khususnya pengundi Johor sepatutnya menjadikan kes ini sebagai iktibar dan menerima kenyataan bahawa Kerajaan Melayu-Isle Tanpa Mandat yang terbentuk atas pengkhianatan politik membawa semua bala ini. Kerajaan BN ditolak kerana soal integriti dan hari ini mereka kembali tanpa mandat bersekongkol dengan para pengkhianat atas kewajaran perkauman-agama yang sempit. Sememangnya pengkhianatan membawa bala demi bala kepada negara, hentikan rantaian dengan menolak parti perosak negara, para pengkhianat serta para penunggang agama. 


Semasa PH jadi kerajaan secara bermandat, fitnah-pembohongan ke atas Tabung Haji (TH) dicanang sebagai kempen keji kononnya kami tidak memelihara kepentingan Islam walaupun terbukti kami berjaya pulihkan TH yang dirosakkan oleh BN sebelumnya. Isu pinjaman syarikat judi tanpa cagaran yang menjejaskan KWSP, PNB dan KWAP bukan lagi fitnah tetapi satu skandal memalukan dengan nilai dana sebesar 1MDB (RM2.6B). Mana suara para pejuang Melayu-Isle? Beranikah mereka sama-sama menuntut satu Suruhanjaya Bebas? 


"...tiba-tiba mereka jadi pekak, bisu dan buta-tuli serta tidak berakal!" 


Sekian 


DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak 


1 Feb 2022


Jika dikumpul nama binatang boleh buka sebuah Zoo


NORMAN RADZUAN


KATA MENGATA SESAMA MEREKA...
Bila dia membenci.... kawan menjadi lawan dan nama2 haiwan diberi perumpamaan... seperti ' Itik, anjing, babi, biawak, tikus, semut, tupai, kera, monyet, buaya, keldai, kambing, lembu, labah2, ayam, burung kasuari, Bangau, serigala, jerung, udang, ikan, burung kakak tua, nyamuk, agas dan ular...,' Patut dia ini jadi Duta Khas Haiwan ke Zoo Negara.
Manakala kawan yg menjadi lawannya bila menyerang partinya dgn gelaran ....Pelacur (Ku Li), Gigolo (A Kadir Jasin), Bohsia (Khalid Nordin), Berudu (Shaberry Chik), Parti Ajaran Sesat (Muhyiddin Yasin ) Sakit Mental (Ibrahim Ali).
Jika melihat segala cercaan yg diterima Hadi ia bukan dtg dari mulut org yg dia benci dan pernah khianati iaitu DS Anwar Ibrahim. Rata2 sumpah seranah yg diterima Hadi adalah dari mantan pacarannya dari Muafakat Nasional sendiri.
Tapi Anwar pula yg digeruni, dibenci dan dikhianati. Anwar Ibrahim walaupun dikhianati berkali kali beliau tidak pernah dia menghina Hadi Awang mahupun Mahathir dgn kata kasar sebegitu rupa ... sebab itu DS Anwar dikata sabar tahap dewa di kalangan ahli PKR sendiri.
Jadi anda nilailah sendiri. Mereka sesama sendiri yg berbalah... Anwar juga menjadi mangsa dan ditakuti dan yg diperbodohkan oleh mereka tetap org Melayu. Yg kenyang mereka. Inilah level politik negara.








SESUMPAH ATAU BERUDU ?

 Mengenali Pas dalam sejarah politik...ibarat sesumpah yang boleh bertukar-tukar warna kulit..


May be a cartoon of 3 people and text


PN muktamad bahagi kerusi, calon PRN Johor minggu depan, kata Muhyiddin

 


Ramai calon Perikatan Nasional yang berkelayakan untuk bertanding
 dalam PRN Johor sehinggakan sukar untuk membuat pilihan, menurut
 Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan pembahagian kerusi dan calon yang akan mewakili gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, minggu depan.

Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menerima senarai calon yang akan dipertaruhkan daripada parti-parti rakan komponen membabitkan Bersatu, PAS dan Gerakan.

“Dalam masa seminggu kita akan putuskan (jumlah pembahagian kerusi dan senarai calon).

“Senarai calon itu dah ada, tapi kita belum putuskan siapa yang kita nak pilih,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Tahun Baharu Cina anjuran Parti Gerakan di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik yang turut dihadiri beberapa pimpinan utama PN.

Ditanya sama siapa calon yang akan diletakkan untuk menggantikan beliau di DUN Gambir, Muhyiddin berkata gabungan itu mempunyai ramai calon berkelayakan.

“Tunggu sahaja, Johor ini calon yang berkelayakan ramai, kadang-kadang itu susah nak pilih sebab ramai yang layak,” katanya.

PN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor selepas mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam parti gabungan termasuk PAS serta Gerakan.

Gabungan itu akan bertembung sekali lagi dengan rakan mereka BN dalam pentadbiran Putrajaya selain pembangkang yang disertai Pakatan Harapan (PH).

PRN Johor diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Sabtu lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran Dun Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Demam selepas kena dos penggalak? Ini tiga analogi doktor



Oleh DR IMELDA BALCHIN / February 1, 2022

Syabas sudah terima dos penggalak. Sekarang sudah baik, kesan sampingan hanya sedikit dan sementara saja, kan?

Saya sudah berumur 50 tahun. Selepas saya terima suntikan dos penggalak, petang hari yang sama saya pergi berjogging 5 kilometer, cuma sakit tangan tempat kena cucuk itu sehari sahaja.

Apabila saya sibuk dan tumpukan perhatian kita kepada perkara lain, saya tidak perasan pun kesan sampingan yang ringan, sampai boleh terlupa yang hari itu kena cucuk.

Tetapi kalau kita asyik fikir banyak sangat tentang apa kesan sampingan yang kita ada, maka kita akan lebih lagi merasainya dan kita magnify side effect itu. Inilah kita namakan nocebo effect.

Nocebo effect itu maknanya jika saya bagi cadangan nanti akan dapat demam, nanti akan lenguh-lenguh, nanti akan sakit tangan, nanti akan letih mengantuk, pasti anda akan fikir-fikir untuk mencari kesan itu dan anda akan angguk-angguk kepada saya kata betullah ada kesan itu semua.

Namun, saya memilih tidak memikirkan tentang kesan sampingan dan terus buat kerja seperti biasa. Lepas itu, saya terlupa yang saya kena cucuk hari itu. Saya akan fikirkan apa kebaikan yang saya dapat.

Apa-apa pun, manfaat yang kita dapat melebihi kemudaratannya.




Dr Imelda Balchin

Saya beri satu analogi. Macam bila kita dapat gaji. Alamak! Lepas dapat gaji itu kena tolak gaji untuk bayar cukai! Bencinya! Tapi yang lebih kita simpan, ‘kan?

anganlah kata kalau dikenakan cukai terus tidak mahu kerja dan tidak mahu gaji pula, sebab selepas tolak cukai, yang baki itu kita boleh simpan untuk duit belanja.

Sama macam dos ketiga ini. Walaupun kena tahan sedikit demam, selepas itu badan kita membuat lebih antibodi yang memberi lebih manfaat.

Segala kebaikan di dunia ini bukan semua kita boleh dapat percuma, ‘kan?

Saya beri analogi kedua pula. Kalau kita nak badan sihat, kita kenalah berusaha bersenam. Orang yang kata tidak suka exercise sebab tidak suka kesan sampingan berpeluh-peluh dan letih sementara selepas exercise itu tidak akan dapatlah manfaat badan menjadi lebih sihat dan lebih kuat.

Tapi manfaat sekali buat exercise itu tidak tahan selama-lamanya. Kita mesti buat regular exercise supaya badan kita sentiasa fit untuk kesihatan jangka masa yang lebih panjang. Sebab itulah ada dos penggalak.

Akhir sekali ialah analogi ketiga. Apa-apa yang Tuhan kurniakan kepada kita tidak datang percuma. Kita mesti tempuhi ujian.

Kalau kita nak dapat anak, kita juga kena lalui proses bersalin. Allah tidak beri kita zuriat percuma saja. Semua pun kita kena berusaha juga.

Orang lelaki tidak payah bersalin tapi depa mesti dengaq kita membebel, mesti tambah lebih tanggungjawab menambah pendapatan kalau nak ramai anak.

Nak anak kena jaga anak, ‘kan? Nak cegah penyakit kena berusaha. Kesihatan pun begitu. Tidak datang secara percuma.


(function() { var d = document, w = window; w

PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

  Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan Anne Muhammad  - May 29, 2022          Timbalan Peng...