PIMPINAN BERSIH DALAM UMNO AKAN DISINGKIRKAN ?

 



Mohd Azizie Abd Aziz

ht943m4150h704g21e0i  · 

Kebanyakan watak pemimpin di dalam UMNO adalah penjenayah kolar putih. Mereka pasti sudah maklum bahawa rakyat menolak pemimpin yang tiada integriti. Tetapi di dalam UMNO, mereka masih lagi mengangkat pemimpin yang tidak bersih ini menjawat jawatan di dalam MT UMNO. Ke mana pemimpin ‘bersih’ UMNO? Kenapa tidak diangkat sahaja mereka. Adakah UMNO masih lagi selesa mengekalkan politik kotor?

UMNO tidak berani melakukan perubahan. Zahid bukan mahu UMNO mendominasi dunia politik, tetapi dia yang mahu mendominasi politik UMNO. Pemimpin akar umbi yang lain seperti Asyraf Wajdi pula telah dipupuk serta diindoktrinasi dengan semangat dan kesetiaan kepada presiden dan parti sehingga semangat ketaksuban itu menjadi negatif. Setia secara membuta tuli dan menghayati sindrom penafian diluar kewarasan akal.

 

No comments: