Netizen berang tindakan lelaki mengasari isteri tepi jalan, nasib baik ada ‘Abang Sepanar’ bantu halang

 

Netizen berang tindakan lelaki mengasari isteri tepi jalan, nasib baik ada ‘Abang Sepanar’ bantu halang


Sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga April tahun 2021 dan menunjukkan isu keganasan rumah tangga memerlukan intervensi dan kerjasama pelbagai pihak.

Terbaharu, tular video di TikTok dikongsi oleh @capykaa menunjukkan situasi cemas apabila seorang lelaki bertindak mengasari isteri dan anaknya di tepi jalan. Situasi tersebut berjaya ditangani apabila dua orang awam datang membantu dan melindungi wanita bersama anaknya.

Dapat dilihat menerusi video tersebut lelaki itu mengambil anaknya secara paksa walaupun ditegah oleh isterinya. Video tersebut tular di media sosial selepas dikongsi kembali di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan suami yang mengasari isterinya di tempat umum. Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji orang awam yang cuba membantu wanita dan anaknya itu.

Tidak hanya itu, para netizen turut berasa kagum dengan lelaki yang membantu wanita dan anaknya itu kerana tetap bersabar walaupun memegang sepana. Rata-rata netizen juga menzahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut dan bimbang budak kecil itu akan berasa trauma.

Oleh itu, rata-rata netizen turut berpendapat bahawa pentingnya mengenali pasangan agar tidak tersalah pilih dan kelak menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental. Para netizen turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu wanita dan anaknya itu.


No comments: