PERSOALAN PENGISYTIHARAN MUFLIS GENTING HONG KONG




Pengisytiharan muflis oleh syarikat perjudian Genting Hong Kong turut mengheret tiga bank Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kerajaan: CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank yang dilaporkan meminjamkan RM2.51 bilion kepada Genting Hong Kong.

Sebelum ini Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim meminta penjelasan bagaimana pinjaman itu dibuat tanpa jaminan.

Rakyat Malaysia tentu tertanya-tanya ketika individu dan syarikat kecil dan sederhana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.

Ketika PKP banyak bank menolak untuk memanjangkan moratorium kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Bandingkan situasi rakyat serta syarikat kecil dan sederhana dengan Genting Hong Kong yang mendapat RM2.51 bilion. Ini sama dengan 251,000 rakyat biasa mendapat pinjaman RM10,000 daripada bank-bank berkaitan kerajaan ini.

Namun kegagalan syarikat perjudian ini akan menimbulkan kesan besar kepada bank-bank peminjam dan seterusnya pemegang saham utama mereka - dana kekayaan berdaulat milik kerajaan Khazanah Nasional (CIMB), agensi pelaburan Bumiputera PNB (Maybank) dan skim persaraan pekerja swasta KWSP (RHB Bank).

Nik Nazmi Nik Ahmad

KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN

AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

 

No comments: